Sunday, March 31, 2013

Kenit Dah KEEK-ing!

Sunday, March 31, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~




Lepas facebook, youtube & blogger, kini terciptanya KEEK yang menjadi obsesi rakyat Malaysia haha. Aku ingat KEEK tu macam GEEK ke muahaha, tapi bukan yek? KEEK ni merupakan aplikasi yang boleh mendownload video berdurasi selama 36saat. Naper 36 saat? KEEK jawab..."it's a secret". Ceh..!

Friday, March 29, 2013

'Tolong jangan bagi telur pada kami'

Friday, March 29, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~

'Tolong jangan bagi telur pada kami'-MCA. 

Nak tergelak pun ader! Ni bergurau ke haper ni? biar betik? Adakah mereka sedang merayu kepada para pengundi di Selangor?? Jangan gabra sangat kot! Kalau kolang (korang) ada buat kija (khidmat) di sini, pasti ala (ada) sokong punya maaaaa. Kalu tala (takda) so soli (sorry) looooorrrrr.  Kehangatan PRU13 kali ini boleh menjadi kayu pengukur samada mereka masih relevan dikalangan rakyat negeri Selangor atau tak. 


SUMBER: malaysiakini.com

Thursday, March 28, 2013

Ucapan Terakhir Syeikh Saeed Romadhon Al-Buthi (VIDEO)

Thursday, March 28, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~

Allah tidak menarik ilmu yang ada pada setiap diri manusia, tetapi Allah akan menariknya dengan mematikan sebahagian ulama.


Tanggal 21hb Mac 2013 bersamaan dengan 9 Jamadilawal 1434, dunia telah dikejutkan dengan  berita dukacita mengenai pemergian seorang tokoh ulama dari negeri yang dulu dikenali sebagai Syam (kini Syria), Syeikh Saeed Romadhon Al-Buthi Rahimahullah.



No Homework In Finland.

Thursday, March 28, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~

If this kind of system is implemented in Malaysia,  not just the students of primary and secondary but also the parents would be the happiest people on earth! haha. Who likes to have lots of homework when you can choose to have none and still be the best in school?*wink wink*

Compare to countries who still using the 'conventional' (lots of tests & homeworks) methods in their education system, Finland has become the role model of bringing up a new generations of free from homework yet maintaining the graduation level as high as 93% beating Canada (78%) and US (75%)! Now, isn't that awesome? *wink wink*

Upah Menangis Untuk orang Mati.

Thursday, March 28, 2013 2 Comments
Assalamualaikum!~

Kenit biasa dengar orang diupah untuk menangis & meratap di majlis pengebumian orang mati. Terutama di kampung-kampung memang ada situasi begini. Pak Jelan pun biasa tengok situasi begini di kampung masa dia kecik dulu. Pernah dia bagitau, kalau ada kematian, ahli keluarga akan mengupah orang lain untuk berlakon 'menangis' dan 'meratap' di atas pemergian si mati.

gambar hiasan

Wednesday, March 27, 2013

Akibat Tiada Teman.

Wednesday, March 27, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~

Macam biasa petang Rabu kami menghabiskan masa membeli makanan di pasar malam Taman Maluri berdekatan IKM. Wani & Mira awal2 dah order ayam goreng dengan fishball goreng. Pasar malam ni antara peberet Kenit, sebab barisan dia panjang & barang yang dijual pun pelbagai, kalau pandai tawar menawar memang berbaloi2!

Kenit tak suka singgah gerai yang tak relevan dengan tekak & citarasa hehe. Kat dalam kepala dah terbayang benda apa nak beli hehe so, tak susah terus terjah gerai yang berkenan di hati saje. 

Ayam goreng...checked!

Nasi tomato..checked!

Kek coklat...checked!

Torayaki....checked!

cakoi...checked!

Terima Kasih Chocolate Wrapper!

Wednesday, March 27, 2013 2 Comments
Assalamualaikum!~

Sudah dua kali Kenit menggunakan khidmat dari Chocolate Wrapper dan kedua-dua kalinya tidak pernah menghampakan Kenit hehehe. Chocolate Wrapper memang dah terkenal di rantau Asia Tenggara ni khususnya Brunei & Singapore. Ia merupakan sebuah syarikat menjual personalize chocolate wrapper. Bukan itu saja, Chocolate Wrapper juga menghasilkan cekelat mereka sendiri! 

'Perkenalan' pertama kami bermula tahun lepas. Masa tu, Kenit tercari-cari idea apa nak bagi kat budak-budak sempena besday diaorg. Dan, akhirnya kami 'bertemu' di facebook Chocolate Wrapper. Memang rambang mata tengok design-design yang disediakan. Itu belum lagi yang diminta oleh pelanggan. 

Untuk besday My Pearls, Kenit tempah minibar coklat dari mereka. Ternyata hasilnya amat menakjubkan! hehehe. Konpom puas hati beb! 


Ini design yang Kenit order untuk tahun lepas - Hello Kitty
hehehe cute giler kan?

Sanah Helwah My Precious Pearls - Part 2

Wednesday, March 27, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~

Memandangkan minggu ni cuti sekolah, maka sesi kedua sambutan besday My Pearls dibuat di nurseri. Pada 26hb Mac, tercapai gak hajat Kenit nak bagi anak-anak celebrate besday ngan kawan-kawan. Seronok la malam sebelum tu kami prepare goodies tuk kawan-kawan depa.


beria-ia Wani nak tolong, seronok katanya hehe.

Lagi 'Sultan' Tuntut Hak?

Wednesday, March 27, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~

Hamboiii hamboiii ni dah over the bridge dah ni bro! Sorang tuntut habis sumer yang lain mengikut ye! Lepas 'Sultan' Jamalul D. Kiram III cuba 'merebut' Sabah, kini ada pulak kes yang membabitkan seorang lelaki yang menggelar dirinya 'Sultan' atau lebih tepat lagi Yang Di-Pertuan Agong!

Yang nak dituntutnya bukan kecik punya tanah. Seluruh tanah Malaysia ni nak dituntutnya! Adakah ramai lagi manusia yang GILA KUASA & GILA TANAH di sini? Lepas ni sapa plak mengaku tanah Malaysia ni dia punya??


Tuesday, March 26, 2013

Artis & Politik: Populariti Atau Kredibiliti (VIDEO)

Tuesday, March 26, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~

Petang tadi, Kenit berpeluang menonton wacana Sinar Harian yang sangat menarik perhatian. Golongan artis memang tak dinafikan memberi pengaruh besar dalam masyarakat umumnya. Baik dari segi tingkah laku, penampilan dan ideologi menjadi perhatian dan kritikan masyarakat.

Namun, artis juga seperti manusia biasa lain yang dahagakan keadilan & ingin bersama masyarakat untuk memberi sumbangan sosial yang baik. Tak kira apa pegangan politik mereka, masing-masing ingin memberikan yang terbaik buat kita (rakyat).


Monday, March 25, 2013

Al-Fatihah Buat Ulama-Ulama Negara.

Monday, March 25, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~

Setiap yang hidup pasti akan mati. Ketentuan telah ditakdirkan buat setiap makhluk bergelar manusia. Hanya amal ibadah yang menjadi pelindung pabila bertemu Maha Pencipta. Sesungguhnya, kita yang masih hidup masih dibekalkan masa & ilmu untuk memenuhi iman di dada. Jangan sia-siakan masa yang amat mencemburui kita. Rebutlah peluang mengerjakan ibadah agar bekalan ke sana tidak kehabisan. 

Muhasabah: Allah tidak menarik ilmu yang ada pada setiap diri manusia, tetapi Allah akan menariknya dengan mematikan sebahagian ulama.




Allahyarham Dr. Muhammad Uthman El Muhammady
(1943-2013)

Am I Thin?

Monday, March 25, 2013 0 Comments
Assalamualaikum?~



Not sure whether i can catogorize myself as THIN when i feel not! haha. But, that's what people said to me everytime. Yesterday, after i finished my solah at the surau in my office, a lady happened to pat on my shoulder and say, "you are lucky being thin, don't have to squad down to wear socks hehe". And, what a humble thing she said. I was like...'wish it's true' in my heart haha.

How's My English?

Monday, March 25, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~



Somehow i feel like writing in English today. It's been so long since i use my English either in writing or speaking. Since i transferred to KL, it seemed English is no longer becoming a must-speaking language here. Compare to where i worked in Kuantan, i got to use my English language when there are foreigners specifically air-force pilots from English-speaking countries.

Sekali Empat Dia Datang!

Monday, March 25, 2013 2 Comments
Assalamualaikum!~

hohohoho satu permulaan yang baik antara Kenit & nuffnang untuk tahun 2013 ni. Lame dah dok tunggu ni hehehe. Sekali empat dia serbu! "Saya suka saya suka..!" Ini merupakan CPC Kenit yang keeeeee.....11 hingga 14 sepanjang 7 bulan Kenit berblogging. Dan, ini merupakan 4 CPC aku untuk tahun 2013 ni....chaiyok chaiyok!




Terima kasih daun keladi Nuffie, lain kali bagilah lagi hehehe. Kalau korang nampak iklan-iklan nuffnang Kenit menari-menari di atas, di tepi & di bawah sudi2lah klik ye. Tambah iklan Magnum Pele Dragon tu...fuyoooo!hehehehe.


Terjah jugak yang ni:

Sanah Helwah My Precious Pearls! - Part 1

Monday, March 25, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~

Misi nak sambut besday bersama My Pearls sekeluarga sudah tercapai Sabtu lepas...alhamdulillah. Memang seronok dan senang nak handle besday dua orang anak dara ni sebab besday diaorg jatuh pada tarikh yang sama hehe.

So, preparation kami biasa-biasa je. Pastikan ada wan & atuk, kek, belon & hadiah! But, this year ada pembaharuan sedikit, special preformance dari bidan terjun...mr badut! muahahaha. Tak sangka berbakat jugak mr badut baru kiter ni hehehe.

Saturday 23 Mac 2013


chocolate sponge kek with angry bird design - from ayah & ibu

Friday, March 22, 2013

Thursday, March 21, 2013

Ayam Ketawa Riang.

Thursday, March 21, 2013 6 Comments
Assalamualaikum!~

Seharian dilalui dengan senyuman, kerutan dahi & gelak tawa. Itulah kehidupan insan bergelar manusia. Namun, haiwan juga reti bergelak ketawa. Kenit tak pasti samada ayam ini berkokok atau semput atau ketawa hahaha. Jom nengok!~


Seriously, this video has made my day! haha. Nak kata semput tak jugak..nak kata ayam ni ketawa, takda sapa buat lawak pun..nak kata tercekik pun elok je tegak berdiri haha. Mungkin, ayam ni sakit tekak kot....entah...haha. 

Semoga terhibur guys! (^_^)

P/S: Rasa cam nak gi bagi STREPSILS je kat ayam ni muahahaha~

Aku Blogger Berhemah.

Thursday, March 21, 2013 6 Comments
Assalamualaikum!~

Sepanjang hayat Kenit berblogging ni, rasanya tak pernah lagi Kenit buat perkara yang tak berhemah. Dan insyaAllah, memang tak terfikir plak Kenit nak buat begitu di masa akan datang. Tak berhemah macam maner tu? Macam-macam la.....Kenit pun tak tau nak explain camner. Yang pasti, semalam Kenit ditegur seorang hamba Allah yang baru dikenali. Dan sehingga sekarang, Kenit pun dok tunggu explanation hamba Allah ni.


Ooohhhhh Itu Ke Namanyeeee??

Thursday, March 21, 2013 4 Comments
Assalamualaikum!~

Kuih ni memang dah peberet Kenit sejak zaman sekolah lagi. Tapi, namanya memang tak pernah Kenit tahu! Kalau tanya makcik yang jual kuih, diaorg pun tak tahu nak panggil ape!haha. Akhirnya, makcik tu suruh Kenit panggil je kuih kerak telinga! KERAK TELINGA?????That is meloyakan okey! hahaha. Ader ghuper telinga ke kuih ni makcik? Or, telinga maner pulak yang berkerak yek? hahaha. Setahu Kenit  yang berkerak ni biasanya TAIK telinga je la! Haihhhh makcik ni, sesuka je letak nama yang teruk cenggitu. Nasib baik bukan kuih TAIK TELINGA! ngeh3x~



Ditakdirkan jumpa kat mahkamah..terus rembat!
Tak banyak...ompek (4) jo!

Wednesday, March 20, 2013

"Raja Di Tanah Si Buta"

Wednesday, March 20, 2013 3 Comments
Assalamualaikum!~

Aku masih TAK PERCAYA pada tanggapan seorang pakcik yang pernah aku temui dahulu, mengatakan bahawa negeri Sarawak paling mundur, tiada bangunan pencakar langit dan orang-orangnya masih tinggal di atas pokok....

Tapi, mungkin juga anggapan pakcik itu benar.....


Anda Ketagih Internet?

Wednesday, March 20, 2013 2 Comments
Assalamualaikum!~

Adakah korang termasuk dalam kategori ketagih internet? Tak syak lagi...kita sumer warga blogger adalah orang yang ketagih internet! Kalau takda internet lagu mana nak update  blog ari-ari ye dop? Nak buka facebook & twitter? Nak baca online-news & yang paling disukai ramai...online-shopping??haha.

Ada yang ok je kalau takda internet sehari, ada gak yang 'meroyan' sampai nak baling modem/broadband ke dinding kalau internet buat hal/lembap ye dop? Tambah, kalau balik kampung..line internet langsung 'padam'! Haaa tu boleh membuatkan kiter bertukar jadi Godzilla tau!hehe. Tetapi, berapakah tahap ketagihan kiter? Setiap orang tak sama kan. Kenit terbaca mengenai beberapa tanda jika kiter ketagihan internet & cara mengukurnya. So, nak tengok Kenit ni penagih tegar atau tak? Jom check!~ huhu.



gambar: BH

Sihat Sebelum Sakit

Wednesday, March 20, 2013 0 Comments
Assalamualaikum...

Nikmat yang Allah kurniakan pada manusia ialah sihat sebelum sakit. Sudah menjadi lumrah pabila manusia dikelilingi dengan nikmat kaya & kesihatan maka manusia lupa mensyukuri nikmatNya. 

Namun, bila hidup dikelilingi dengan kesakitan & kepayahan manusia tidak mampu berbangga melainkan mengharapkan dirinya diampuni Allah. Itulah tanda yang jelas lagi terang bahawa betapa manusia itu lemah lagi tidak berdaya. 

Moga muhasabah ini mampu menerangkan hati yang gelap.... Maaf, kerana  sudah lama tidak update. Terima kasih pada yang telah add. 

Abah aku dimasukkan ke hospital Melaka atas kerana tidak sihat dari minggu lepas. Ku mohon agar kalian dapat mendoakan kebaikan & kesihatan abahku kembali baik. Hanya Allah saja yang mampu membalas jasa kalian...insyaAllah.Terima kasih....

Tuesday, March 19, 2013

Apo Kono Eh Jang?

Tuesday, March 19, 2013 2 Comments
Assalamualaikum!~

Bukankah orang-orang tuo dulu dah posan..kerano mulut, badan binaso. Den dah koba an banyak kali dah bondo ni hehehe. Sokarang, ekau gak yang malu. Malu bukan sajo sebagai seorang Ketua Pesuruhjaya SPRM, tapi layi malu sebagai seorang manusio begolar Islam.

Lain kali jangan dibuek layi yo. Jadikanlah ini sebagai pengajaran. Jangan dibiasokan 'makan daging' saudara sendiri. Kolak di akhirat, kot mendapat sunggoh!



Geli Aku Mat!

Tuesday, March 19, 2013 2 Comments
Assalamualaikum!~

Buat ape nak sentap sangat nim, redho je la kalau orang kata ko dah berisi. Huh! Memang dah lama Kenit perasan...amalan mengunyah mesti dihentikan! Pagi, tadi sorang hamba Allah dah tegur kemain berisi Kenit ni. Sonang hati la tuuuuu! Bukan sonang hati dik nonnn....air-cond sejuk melampau! Maner tekak ni tak haus, perut tak berbunyi hehehehe.

Tak kisah la tu..jom kiter layan video ni. Paling kurang pun, korang mesti gelak sengsorang depan pc hehe.

Ritual Ganti Pakaian Mayat.

Tuesday, March 19, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~

Kelainan adat & tradisi kaum Toraja ini menjadikan mereka 'unik' di mata masyarakat dunia yang lain. Kaum Toraja berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia. Namun, berdasarkan kajian arkeologis, orang Toraja berasal dari Yunan, Teluk Tongkin, China. Pendatang dari China ini kemudian bercampur dengan penduduk asli Sulawesi Selatan. Kata tana artinya negeri, sedangkan kata toraja berasal dua kata yaitu tau (orang)dan maraya (orang besar atau bangsawan). Kemudian penggabungan kata-kata tesebut bermakna tempat bermukimnya suku Toraja atau berikutnya dikenal sebagai Tana Toraja.


Kaum Toraja sememangnya terkenal dengan sambutan ritual pelik apabila berlaku sesuatu kematian. Ritual ini telah pun menjadi kebudayaan bagi masyarakat Toraja. Apabila berlaku kematian di kalangan kaumnye, akan berlaku korban kerbau. Apa yang (tak) menarik, korban tersebut bukan di sambut secara sembelihan tatapi secara menetak leher kerbau tersebut dan membiarkannya seksa sehingga mati. Selain daripada itu, mereka juga menyambut hari kematian dengan mengadakan Laga Ayam dan membuatkan mayat 'berjalan' ke kampung!

Monday, March 18, 2013

Petik Jari Jer!

Monday, March 18, 2013 2 Comments
Assalamualaikum!~

Perghhh! memang tangkap sumbat betul idung mancung Kenit ni. Dari malam tadi, takleh nak lena. Muka sembab pun Kenit layankan jugak keje..takleh MC banyak keje wooooo! Selagi terdaya Kenit buat..tak daya aku membuta kejap! huahuahuahua~

Weh! lemah badan tau kene selsema ni. Siap ngan pakej batuk berkahak lagi. Kenit makan kuey tiow goreng pagi tadi pun takda rasa apa. Tu maknanya apa??? Idung tersumbat satu hal..kepala sakit pulak gara-gara tak cukup tido. Mood keje bukan kelaut lagi dah...keLONGGGGGKANGGGGGGG!

Sunday, March 17, 2013

Bebas Rokok Selamanya.

Sunday, March 17, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~

Sudah hampir 2 minggu abah kuar hospital. Alhamdulillah perkembangan kesihatan abah semakin memberangsangkan. Mak pun alhamdulillah sihat. Sejak abah dimasukkan ke hospital bulan lepas, Kenit mula terasa bimbang dengan tabiat merokok abah. Abah dimasukkan ke hospital tu pun disebabkan tu la. At least, itu merupakan salah satu sebab BESAR yang RELEVAN. Tahu tak, bila Allah turunkan azab pada hamba-hambaNya,  pada masa itulah kita akan mula menghargai nikmat kesihatan yang Allah kurniakan pada kita. 


Petua Tidur Rasulullah S.A.W

Sunday, March 17, 2013 4 Comments
Assalamualaikum!~


gambar hiasan
SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Saturday, March 16, 2013

Mencuri Tak Kira Tempat.

Saturday, March 16, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~

gambar hiasan

Ia berlaku di tempat-tempat awam terutama di masjid & surau, seakan-akan sudah menjadi kebiasaan. Kalau lepas time solat Jumaat, solat terawih memang akan ada yang balik berkaki ayam. Yang hilang mungkin sepasang...dua pasang...berpasang-pasang. Bila dah ilang, orang yang dituduh tak lain tak bukan...Mat Pit (mat dadah). 

Friday, March 15, 2013

Jadual Gaji Minimum-Maksimum: Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2/2013

Friday, March 15, 2013 9 Comments
Assalamualaikum!~

Berikutan pengumuman PM mengenai penambahbaikan jadual gaji minimum-maksimum bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Di Bawah Sistem Saraan Malaysia, adalah dimaklumkan bahawa satu Pekeliling Perkhidmatan Awam telah dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia hari ini melalui laman web rasminya, www.jpa.gov.my


Me & My 'Pearl'.

Friday, March 15, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~

Wanita & permata memang tak boleh dipisahkan! At least, itulah yang aku tengok kat iklan di TV hehehe. Tapi, aku tahu 'hubungan istimewa' yang sedia terjalin pabila wanita melihat cincin permata di depannya! Memang tak dapat diungkapkan dengan kata-kata apatah lagi kalau ia pemberian dari orang tersayang, ye dop ye dop?

Hey, saper tak teruja bila dapat cincin permata kan kan kan? Actually, aku prefer cincin emas...emas 916..baru ada value! hahahaha. But, kali ni aku sangat terharu,terpaku & termalu-malu bila ANAK sendiri yang sangat BERMURAH HATI menghadiahkan cincin permata buat ibunya ini....! *sambil jeling kat Pak Jelan* aiyaaaaa, anak lagi romantik dari bapak ka.....!

Dunianya 'Terbalik'!

Friday, March 15, 2013 0 Comments
Assamualaikum!~

Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa. Tiada kesangsian bagiNya terhadap setiap kejadian yang berlaku apatah lagi bagi manusia yang merasakan ia mustahil untuk terjadi! Dan di atas KekuasaanNya itulah maka, lahirnya manusia-manusia yang 'unik' dan 'luar biasa' dari yang lain. Jom kiter terjah!~


Bojana Danilovic membaca akhbar secara 'terbalik'

Kami Suka Kuey Tiow-ing!

Friday, March 15, 2013 1 Comments
Assalamualaikum!~

Tahukah korang kuey tiow merupakan makanan kegemaran aku? hahaha tak tau? sekarang aku dah habaq, hang pa dah tau la kan hehehe. Sejak aku pindah KL ni, susah bebenor nak jumpa char kuey tiow yang sodap! Tak macam kat Kuantan dulu, aku start kete, naik Batu 11 dah tercegat depan warung Penang Char Kuey Tiow...uuhhhhh terbayang-bayang kesedapan & kelazatan char kuey tiow pakcik tu.

Bila dah mai KL mula la meroyan cari char kuey tiow sedap!Ada tu memang ada, tapi yang ada jauh sangat la plak. Aku pernah makan char kuey tiow Sani kat Subang tu. Boleh tahan...tapi giler la kalu aku ni gi sana  hadap ari-ari! Eh, jangan tak tau...aku ni boleh dikategorikan sebagai GILA BAYANG kat char kuey tiow tau! Kalu dah sedap di tekak, hari-hari aku boleh makan benda yang sama! Makan la sampai muntah...! wahahaha~ 

Berdoa Semudah Petik Jari?

Friday, March 15, 2013 2 Comments
Assalamualaikum!~

gambar hiasan

DOA

Doa bermaksud 'permintaan' atau 'permohonan'. Dalam konteks Islam, doa bererti memohon atau meminta pertolongan dari Allah s.w.t.  Seperti firman Allah yang bermaksud:


"Mohonlah (mintalah) kamu kepada-Ku, pasti Aku perkenankan (permintaan) kamu itu."
(Surah Al-Mu'minun: ayat 60)

Thursday, March 14, 2013

Two Sides Of The World

Thursday, March 14, 2013 3 Comments
Assalamualaikum!~


ON ONE SIDE......


This morning aku terbaca pasal satu pesta makan yang diadakan di Thailand untuk gajah-gajah mereka. Bukan saja pesta makan malah, 13hb Mac merupakan Hari Gajah yang disambut setiap tahun di sana sebagai penghormatan kepada binatang itu. Betapa sayang & hormatnya mereka kepada binatang  yang dianggap suci itu.....

Bila Si Kenit Bertukar Wajah!

Thursday, March 14, 2013 5 Comments
Assalamualaikum!~

Dah lama sebenarnya aku nak tukar nama blog ni. Bunyi macam tak kena ngan aku plak. Orang Melayu mestilah bunyinya Melayu, takkan plak bunyinye omputih ye dop? Nak kata aku ni kacuk omputih takdop pulak hahahaha. Jadi, kali ni aku nekad nak tukar nama blog yang agak keomputihan kepada kemelayuan hehehe.


Header baru

Wednesday, March 13, 2013

Dia Anti-Ali Punyer Air Tongkat.

Wednesday, March 13, 2013 2 Comments
Assalamualaikum!~

Tiap kali dia dengar je Pak Jelan nak air tu, mesti dia tarik muka buat muka macam ayam berak taik kapur. Sungguh tak gemarnye dia pada air tu. Hatta, dalam keadaan tak sihat ni pun dia sempat kasi warning order lagi kat ayah dia jangan minum air tu depan dia. Tak tahan bau busuk air tu katanya.....hamboiiii dalam sakit-sakit pun kuat lagi idung tu!

Kalau duk dalam kete turunkan cermin tingkap tu kengkadang mestila ada bau tak menyenangkan dari luar. Bau longkang ke, bau loji kumbahan ke, bau air dari lori sampah meleleh atas jalan ke...sumer tu memang akan buat dia tutup idung sambil kata, "eeiiiiii aper bau busok ni buuu?" Memang begitula gayanya si Mira...mudah sentap dengan bau-bau yang tidak menyenangkan hehe. Sensitip giler deria bau dia! Kengkadang tu, kiter lom kentut lagi dia dah dapat baunya...! Maner taknye..dia kentut dulu bau dia la kuar dulu hahahahahaha~

HRMIS Itu Amat Meyakitkan!

Wednesday, March 13, 2013 4 Comments
Assalamualaikum!~

Kalau dulu nak isi borang cuti amatlah leceh! Nak kena isi borang nak kene bawak gi mengadap penyelia kemudian kene tunggu big boss sain barulah cuti ko lulus! Itu zaman Pak Kaduk...! La ni zaman canggih..sumer di ujung jari ngeh3x~

Tiap kali masuk HRMIS tak lain tak bukan hanyalah kerana nak COLI..eh eh COTI! ha ko kan dah typo!! geram sangat sampai tershashul jari Kenit menaip! Saper kat sini macam Kenit?  bab SKT & LNPT hanya terjah bila dah dekat ujung tahun je. Masa tu pun barulah kalut nak update SKT masing-masing atau update data peribadi huhu. 



Buku Teks: Digital @ Konvensional?

Wednesday, March 13, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~

Sebelum muncul abad ke 20, kebanyakan pelajar seluruh dunia masih menggunakan buku teks sebagai rujukan maklumat di sekolah. Para pelajar terpaksa membawa buku-buku teks yang berat ke sekolah setiap hari walaupun terdapat jadual subjek yang disediakan. Buku-buku teks ini pula ada yang tebal & bersaiz besar, maka ia sedikit sebanyak memberikan 'tekanan' kepada para pelajar.

Namun, manusia ini ternyata memang cepat menginovasi sesuatu kaedah, termasukla kaedah pembelajaran yang praktikal & terbaik bagi generasi muda masa kini. Penggunaan buku teks tidak lagi dilihat sebagai medium saluran informasi yang praktikal di sekolah. Maka, para saintis menawarkan teknologi baru bagi menggantikan buku teks...iaitu iPad!

canggih wooooooo!

Jenis Pesawat Tempur Malaysia.

Wednesday, March 13, 2013 4 Comments
Assalamualaikum!~

Antara cita-cita aku masa kecil dulu...nak jadi PILOT! Acah je...aku nak jadi PRAMUGARI sebenarnya hahaha. Sebab, best tengok dressing pramugari masa tu...dengan kebaya ketat dan beg galas di tangan berjalan lenggang kangkung dalam airport heeeeee. Yang lagi bestnyer, dapat pergi serata dunia tengok negeri orang sambil bekerja....syok beb! I guess....

Tapi, tu cerita lama. Hakikatnya, aku ni boleh dikatakan Acrophobia (takut pada ketinggian). Aku rasa bila kedua-dua kakiku berada di atas tanah itu lebih baik & selamat bagiku hahaha. Dah tu, aku tak reti berenang..takat kaki cecah tanah dalam air tu boleh la lepas tu mulala aku HELP! HELP! HELP! hehehehe. Atas awan dop leh, dalam air dop leh memang totally fail la nak jadi pramugari pun. So, dop leh dop leh.....

Tuesday, March 12, 2013

Bukan Yang Dulu Lagi...

Tuesday, March 12, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~



Perlukah aku mengeluh? perlukah aku merungut? Yang buatnya aku sendiri...tiada yang memaksa. Dulu aku gak yang mengada-ngada nak jadi camni. Sekarang dah mendapat, perlulah aku hargai. Perubahan ini harus aku tempuhi dengan keterbukaan hati. Aku perlu menerima keadaan baru ini, aku perlu menyesuaikan diri dengan 'kenaikan' ini. Mungkin juga aku perlu mula memahami kehendak diri ini. 

Penawar Atau Racun?

Tuesday, March 12, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~

Kecoh 1Malaysia tentang isu menghina anggota pasukan keselamatan yang sedang berjuang di Lahad Datu. Mentang-mentang teknologi cyber makin canggih, semuanya di ujung jari kan! Kalu nak aibkan orang, nak burukkan orang, kitalah heronya. Tapi, kalu disuruh angkat senapang dan pergi berdepan dengan musuh, banyak plak alasan bodoh dan kata cerca yang dikeluarkan. Manusia.......

Kenit ada gak terbaca pasal orang-orang yang terlibat dengan isu menghina ni. Ni pun Kenit jumpa kat FB Pak Jelan...

sumber: fb

CUEPACS: Sabar, Tunggu Pengumuman Hujung Tahun.

Tuesday, March 12, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~

Itulaaaa aku dah kabo, memang ramai yang tidak berpuas hati dengan 'berita baik' yang disampaikan PM semalam. Tak kurang juga maklum balas yang diterima dari kakitangan awam yang mengatakan mereka TAK FAHAM dengan ucapan beliau yang hanya menyentuh pada dasarnya saja. Tak cayer? Nah, korang terjah SINI


Intipati Sistem Saraan Transformatif- SH

Ilmu Kebal Tak Jadi.

Tuesday, March 12, 2013 1 Comments
Assalamualaikum!~

mstar online

'Peperangan' yang tercetus antara Tentera Sulu & pasukan keselamatan negara (ATM & PDRM) adalah antara orang Islam dengan orang Islam. At least, itulah yang aku dengar & lihat dari media cetak. Tapi, setahu aku dalam Islam, tidak langsung kita disuruh & diajar untuk mengamalkan sebarang amalan ilmu kebal hatta dalam peperangan.

Monday, March 11, 2013

Hadiah Untuk Kakitangan Kerajaan, ATM & PDRM.

Monday, March 11, 2013 4 Comments
Assalamualaikum!~


Ucapan PM sempena Majlis Perdana Perkhidmatan Awam ke-13 di PICC pagi tadi, telah memberikan khabar gembira kepada lebih 1.4 juta penjawat awam seluruh negara. Namun....rata-rata mereka agak KELIRU dengan beberapa terma yang digunakan dalam ucapan/amanat beliau. Takpe, jom kiter 'buka' dulu 'kotak hadiah' hehe~

Pelamin Anganku Musnah.

Monday, March 11, 2013 2 Comments
Assalamualaikum!~

Tajuk di atas bukan untuk aku, tapi sesuai dikaitkan dengan tragedi yang menimpa pasangan kekasih ini. 

Miri: Harapan seorang lelaki untuk hidup bahagia dengan pasangannya berkecai selepas dia secara tidak sengaja mengetahui jantina sebenar kekasihnya ketika berkunjung ke sebuah pusat hiburan di sini, tiga hari lalu.
Kakitangan syarikat swasta berusia 26 tahun itu turut mendakwa menanggung kerugian kira-kira RM30,000 sepanjang menanggung perbelanjaan kekasih dikenali sejak lebih setahun itu.

Wira Kecundang.

Monday, March 11, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~


Datuk Lee Chong Wei
Kelmarin aku sempat tengok perlawanan Badminton All England Separuh Akhir antara Malaysia (Datuk Lee Chong Wei) melawan Thailand (Saensomboonsuk Tanongak) di Channel Sport. Itupun, secara tak sengaja Pak Jelan tertukar channel hehe.

Tiru Atok..!

Monday, March 11, 2013 3 Comments
Assalamualaikum!~

Budak-budak memang suka tiru gaya orang dewasa especially families. Apa yang parents cakap atau buat samada semasa marah @ happy@ tensi, budak-budak akan observe dan 'copy' perbuatan itu dan later dia akan plak akan buat benda yang sama.

So, yesterday diaorg main doktor-doktor....

Saturday, March 09, 2013

Jangan Tangguh Kerja.

Saturday, March 09, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~ 

Abah semakin sihat alhamdulillah. Sejak abah 'discharge' spital aku & mak jaga betul pemakanan abah. Aku kene pastikan abah makan & minum tak terlampau masin & tak terlampau manis. Alhamdulillah abah pun sangat corporative! mungkin sakit hari tu buat dia serik kot. Yela, masuk ni dah 2 tahun berturut-turut abah duk di spital..mau tak serik! 

So, petang tadi aku & Pak Jelan pi spital balik nak amik surat doktor untuk follow-up checkup abah. Bila aku tanya maner surat untuk abah..ghuper-ghupernyer tak bertulis lagi! Patutla tak tepon-tepon dari minggu lepas kami tunggu..ghupernye diaorg tak sentuh lagi surat tu! Aku dahla nak kene balik KL esok, bukan boleh nak tunggu lama. Dengan selambanya aku 'sound' doktor tu, "doktor tolong isi borang ni sekarang boleh tak? saya dah nak kene balik KL sok mana boleh nak tunggu doktor call je. Dari minggu lepas saya tunggu takda sapa tepon gak...!"Ganas sangat ke ayat aku tadi tu? hehe maklumla tengah GERAM! huhu. 

Terkebil-kebil la doktor muda tu amik buku pesakit & isi borang berkenaan. Bukan aku tak memahami kesibukan para doktor di situ tapi, keadaan aku juga tak mengizinkan untuk aku stay lama di kampung semata-mata nak tunggu diaorg call amik surat. Come on..aku percaya doktor di situ lebih muda dari aku..patutnyer lebih cergas & bertenaga. Isi borang tadi tu pun amik masa 10 minit je..tak susah la kan. Butiran pesakit dah ada cuma transfer je ke borang lain. Tak susah maner kan...itulah yang aku perhatikan tadi. Seeloknya jangan ditangguh kerja...kalu siap cepat doktor senang saya pun suka maaaa... ke guaner?

Friday, March 08, 2013

TMJ Digantung 6 Bulan & Didenda.

Friday, March 08, 2013 0 Comments

Asalamualaikum!~

Pergh! Boleh tahan 'garang' jugak FAM ye. Even, kerabat diraja juga tidak terlepas dari didenda akibat mempersoalkan mutu pengadilan perlawanan. Masa mula-mula aku dengar hal ni pun aku kat kampung lagi. So, nak update pun tak boleh sangat. Korang boleh terjah SINI untuk baca apa yang TMJ cakap pasal mutu pengadilan.


TMJ

Saiful: 'Bapa Saya Diperguna..' (Pulak Dahhhhhh)

Friday, March 08, 2013 2 Comments
Assalamualaikum!~


sumber: SH

Maner satu ni?? Yang bapak cakap anak dia dipergunakan. Yang anak balas cakap bapak dia pulak dipergunakan...! Terjah SINI untuk baca kenyataan pengakuan si bapak. Kali ni saper  yang TIPU saper? Haddowww! Ni yang bikin aku fenin hehe. Actually, tak fenin pun...cuma culas & meluat!! But, that is POYOLITIK! Haper orang kesah...ko cakap A, dia cakap B. Dia kona kut sini, ko kona kut sinun! 

Dari Fitnah Kepada Kebenaran!

Friday, March 08, 2013 2 Comments
Assalamualaikum!~

Wowowowowowow! Betulkah apa yang aku baca ini? Terbeliak mataku membaca title tersebut di satu website. Fuh!....ini lebih fanasssss dari api yang membara!hehehe. Kes yang sangat mendapat perhatian negara & dunia suatu ketika dahulu, sehingga orang yang diperkatakan itu mendapat pelbagai gelaran 'busuk' dari orang-orang yang menentangnya. 

Kebenaran telah terbukti, dan pengakuan telah dibuat! Lihatlah apa yang FITNAH telah lakukan pada orang yang difitnah. Ia meninggalkan kesan yang amat mendalam termasuk kepada keluarga yang DIFITNAH. Kejamnya dikau PEMFITNAH!

sumber: malaysiakini

Budak Dulu & Sekarang.

Friday, March 08, 2013 0 Comments
Assalamualaikum!~

Masa umur korang 2 tahun, apa bakat korang yang bisa dilihat? Aku..? Time tu bakat aku ngan korang sama jer..tak lain tak bukan MAKAN, TIDO, BERAK, MAIN wahaha! Masa tu maner tau main benda besar-besar ni sumer. Paling kuat pun, anak patung tu je la heeeee.


Ahmad Adam Haziq, 2 tahun. (Kecik-kecik cili api)