Breaking

Friday, May 31, 2013

Friday, May 31, 2013

Ia Besar dan.....PINK!

Assalamualaikum!~

Anda penggemar PINK

Pernah tengok haiwan berwarna PINK? (bukan guna spray atau celup)

Haaaa kalau belum pernah, mai sini Kenit nak habaq story betoi pasai penemuan seekor haiwan yang unik dan...PINK! (^_^)


Pergunungan Kaputar, New South Wales, Australia.

Thursday, May 30, 2013

Thursday, May 30, 2013

"Allah duduk kat mana?"


Assalamualaikum!~


gambar hiasan

Bilakah kali pertama anak anda bertanya tentang TUHAN? Apakah jawapan yang anda berikan pada mereka?

Kenit tak pasti samada ibubapa di luar sana juga menghadapi persoalan yang sama dengan anak-anak mereka, tapi yang pasti anak-anak sekarang ni lebih advance dan cerdik dari kita dulu hehehe. Banyak nau soalnya heeee.....

Wednesday, May 29, 2013

Wednesday, May 29, 2013

Inspirasi Buat Anak-anak Kita - Iqbal El-Assaad.

Assalamualaikum!~

Menamatkan pengajian di Weill Cornell Medical College in Qatar (WCMC-Q), Iqbal El-Assaad, 20, adalah doktor berbangsa Arab yang termuda.

Beliau adalah doktor perubatan termuda yang berjaya melakar sejarah dengan menamatkan pengajiannya di Kolej Perubatan Weill Cornell, Qatar. Ia merupakan yang pertama dalam sejarah 10 tahun Kolej tersebut.



Iqbal El-Assaad

Semasa kecil, beliau belajar algebra dengan hanya memerhati adik beradiknya belajar. Sebelum hari lahirnya yang kelima, beliau melakukan aktiviti kegemarannya iaitu membaca buku dan menyelesaikan soalan matematik.
Wednesday, May 29, 2013

Bila TV Dah Tak Laku...

Assalamualaikum!~

Lately, memang begitulah....terutama bila start cuti sekolah minggu lepas.

Minat my Pearls terhadap TV semakin berkurang...which is super good! Hanya kartun terpilih menjadi santapan mata di waktu petang setelah pulang dari taska...UPIN IPIN hehehe.

Sebelah malamnya, dihabiskan dengan aktiviti meriuhkan blok pangsapuri 4 tingkat ekekee. Kejap teriak, kejap ketawa, kejap gaduh kejap baik.

So, dua malam lepas Wani said,


"ibuuuu...boringlaaaaa jom la main ngan kakak ngan adik...."

Tuesday, May 28, 2013

Tuesday, May 28, 2013

Teruskan Rajukmu Kenit.

Assalamualaikum!~

Baru-baru ni, break-pump kete Kenit 'merajuk' so, minggu lepas Kenit drive betul-betul macam pemandu berhemah. Tak berani nak 'cucuk angin' kete orang ekeke.

Lepas repair gedebak gedebuk dekat seratus lebeh gak la, akhirnya masalah sudah selesai alhamdulillah....

Monday, May 27, 2013

Monday, May 27, 2013

13 Rekabentuk Rumah Inspirasi Alam Semulajadi.

Assalamualaikum!~

Kita semua memerlukan sesuatu/seseorang yang boleh dijadikan sebagai inspirasi. Mak, abah, adik beradik, best friend, sepupu, anak-anak, suami, isteri malah SEKUTU/SETERU juga boleh menjadi inspirasi untuk diri kita lebih maju kehadapan.

Tidak ketinggalan juga dalam merekebentuk rumah idaman. Ada yang menjadikan alam semulajadi sebagai inspirasi bukan sahaja supaya ia kelihatan menarik dan unik malah luar biasa bagi penggemarnya. Soal selesa atau tidak terpulang kepada mata yang memandangnya, yang pasti ada beberapa rekabentuk yang Kenit suka juga (^_^). 

Jom terjah!~
Monday, May 27, 2013

Lokasi Penuh AES - Lampu Isyarat & Had Laju.

Assalamualaikum!~


Kecoh di FB mengatakan penguatkuasaan AES di beberapa negeri telah bermula (atau pun dah lama mula?). Hari tu Kenit tengok ramai yang ucap 'TAHNIAH' di FB kepada rakyat Kedah di atas penguatkuasaan AES di beberapa kawasan di negeri itu.

Sunday, May 26, 2013

Sunday, May 26, 2013

Barakallah Big Boh!

Assalamualaikum!~

Angin bayu bertiup beberapa bulan sebelum ni di FB mengatakan akan ada orang baru dalam keluarga UAI. Alhamdulillah, dengan izin Allah hari ini menjadi detik terindah buat UAI sekeluarga dengan kehadiran 'bunga' yang bakal mewarnakan lagi hidup berkeluarga UAI.

Siapa yang tak mahu dipimpin oleh ulama yang tersohor ini. Semoga Allah memberkati UAI dan isteri-isteri beliau. Di sebalik kata-kata sindiran dan sinis terhadap UAI yang memilih anak dara sebagai jodoh beliau, ketahuilah wahai yang berkenaan (yang menyindir), bahawa JODOH ITU MILIK ALLAH. Dia yang tentukan...bukan UAI.

Maka, sebagai hamba Allah s.w.t kita semua perlu redha dengan setiap qada' dan qadar yang telah ditentukan untuk kita. Harapan kami anak-anak murid UAI yang di kejauhan ini, agar UAI dapat meneruskan perjuangan beliau menyampaikan dakwah untuk anak-anak muda.


TAHNIAH USTAZ AZHAR IDRUS... SEMOGA ALLAH MEMBERKATIMU SELALU
 (^_^)

UAI bersama isteri ke-3nya, Izyan di meja makan beradab.

Saturday, May 25, 2013

Saturday, May 25, 2013

'Saleem' Versi Bangladesh (VIDEO)

Assalamualaikum!~

Sapa sini minat ngan Saleem IKLIM? Kenit minat kentang dengan penyanyi bersuara serak romantik ni dulu. Lagu-lagunya memang kena ngan 'feel' Kenit hehe.

Era kepopularan penyanyi Saleem telah lama pudar dengan lambakan penyanyi baru. Namun, keaslian suara beliau yang serak basah sukar ditandingi atau ditiru oleh sesiapa membuatkan Saleem sangat EKSKLUKSIF!

Cuba anda tonton dan nilai sendiri suara pemuda ini...samakah dengan suara Saleem?
Saturday, May 25, 2013

Anugerah Pilihan Pembaca 2013

Assalamualaikum!~


Membaca Amalan Mulia
Baca Untuk Undi, Undi Untuk Menang!

Bidang ilmiah dan akademik tidak terkecuali dari melalui proses modenisasi. Walaupun generasi muda sekarang prefer pada pembacaan melalui internet dan media elektronik lain, namun medium bacaan konvensional iaitu melalui buku masih mendapat perhatian di kalangan para pembaca yang setia.

Kejayaan penulis menghasilkan bahan bacaan yang baik bukan saja mampu menarik perhatian pembaca di luar sana, malah dalam masa yang sama berjaya mentarbiyah dan mendidik masyarakat agar sentiasa celik ilmu.

Thursday, May 23, 2013

Thursday, May 23, 2013

Pengalaman Kenit Berpantang - Ceaserean.

Assalamualaikum!~


gambar hiasan

Ceasearean = C-Sect. = Czer
  • Pembedahan cesarean merupakan satu pembedahan yang melibatkan beberapa lapisan pada dinding perut wanita. Lapisan kulit, lapisan-lapisan otot dan dinding rahim dibuka bagi membolehkan bayi dilahirkan melalui pembedahan tersebut.

Wednesday, May 22, 2013

Wednesday, May 22, 2013

Bolehkah Tidur Dalam Masjid/Surau?

Assalamualaikum!~


Biasa nampak kertas notis/peringatan/amaran/cadangan yang lebih kurang seperti ini tertepek di dinding surau opis anda atau di masjid?? 

Tidur di dalam surau/masjid telah dimasukkan sebagai larangan yang 'termaktub' dalam peraturan dan adab ketika di masjid/surau.

Wednesday, May 22, 2013

Kelab Bayern Munich Bina Masjid.

Assalamualaikum!~

Tersebarnya Islam di seluruh Dunia...

Dimulakan dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Islam akan mencapai wilayah yang dicapai siang dan malam. Allah tidak akan membiarkan rumah yang mewah mahupun yang sederhana kecuali akan memasukkan agama ini ke dalamnya…”
 (HR. Ahmad)

Baru 5/6 tahun kebelakangan ni je Kenit tahu yang ramai juga pemain bola sepak di Eropah beragama Islam. Antaranya Zinadine Zidane (bekas pemain Real Madrid), Nicolas 'Bilal' Anelka (Chelsea), Sulley Muntari (Inter Milan), Thierry Henry (Arsenal) dan Mesut Ozil (Real Madrid). Alhamdulillah..........

Tuesday, May 21, 2013

Tuesday, May 21, 2013

Langgar 'Pantang'.

Assalamualaikum!~

Sedangkan iman pun boleh goyah, inikan pulak DIET!

Tak guna menaip banyak, perut dah lapo kedaroh semalam. Maka, singgahlah kami di Atas Tuber Restoran, Desa Pandan.

Tuber?? Tak tahu betul ke tidak..tapi Kenit cari maksudnya lebih kurang macam 'bonggol'. So, restoran ni dok ataih bonggoi ka? Cenggitu? hehe. Belasah je la! perut dah lapo kedaroh doh ni!


Tuesday, May 21, 2013

"Teh Beng Ser!"

Assalamualaikum!~

Tahun 2004 Kenit pertama kali menjejakkan kaki ke Pantai Timur. Penghijrahan yang membawa 1001 rahmat dan kebaikan buat diri Kenit. 

Seronok bergelar perantau, tapi dalam masa yang sama gementar kerana 'sebatang kara' di negeri orang. Kekangan bahasa dan dialek tempatan yang luar biasa agak menjanggalkan (betul ke tatabahasa ni?) Kenit hehe.

Mula-mula memang susah nak catch-up maksud diaorg, tapi hidup ni kan penuh cabaran hehe. Kalau cabaran sekecil ini pun kita tak tahan acaner nak menghadapi cabaran yang lebih hebat nanti, ye dop? (^_^)

Nak tahu perkataan pertama yang Kenit belajar mula-mula sampai di Kuantan?....

Monday, May 20, 2013

Monday, May 20, 2013

PowerBank YooBao.

Assalamualaikum!~

Powerbank yang menakjubkan....

Mengapa? Sebab di saat kemalasan untuk mengecaj handphone datang melanda, powerbank sedia datang membantu Kenit! ekekeke.


Kenit sememangnya rabun gajet. Tang mana ada gajet yang canggih manggih orang lain dah duk pakai, 6 bulan lepas tu atau setahun lepas tu baru Kenit perasan.... 

"Oohhhh...powerbankkkkkkk! Gitu kekdahnyeeeee~"
Monday, May 20, 2013

Nuffnang : DiGi Prepaid & Iron Man 3.

Assalamualaikum!~

Permulaan yang baik untuk hari Isnin penuh kemendungan hehe.

Tersangat feliks dengan Nuffie. Bila dia duduk sengsorang jadi 'taiko' kat blog ni susah plak nak dapat earning. Ni bila dah di'madu'kan dengan KOMLI kemain lagi dia ligat bagi CPC.

Tak kisahlah feliks ke tak, asalkan orang bagi kita amik la ehehehe.

Sunday, May 19, 2013

Sunday, May 19, 2013

Pereka Fesyen Terkenal Masuk Islam.

Assalamualaikum!~

Subhanallah, Walhamdulillah, Allahuakhbar. Segala puji bagi Allah Tuhan sekelian alam.

Di keheningan malam yang sunyi dan dingin selepas berhentinya hujan yang sekian lama merajukkan diri. 

Alhamdulillah dikesempatan ini, kita berpeluang melihat seorang lagi ikon terkenal dalam bidang fesyen yang telah mendapat hidayah dariNya. Syukur ya Allah, sempena bulan Rejab yang mulia ini, kehadiran seorang saudara baru sangat menyentuh perasaan ini.


Calvin Thoo
sumber: fb
Sunday, May 19, 2013

Makaroni Goreng Kenit.

Assalamualaikum!~

Semalam tergerak plak hati kecil ini menggodek resepi makaroni goreng kat tenet. 

Entahlah angin kus-kus mana yang menerpa diri ini, menggerakkan hati dan tangan untuk memasak makaroni goreng...for the 1st time! ahakzzzz...

Bersemangat Kenit pi beli barang petang semalam gak ngan anak-anak. Anak-anak pun felik naper ibu diaorg ni tetiba je rajin bebenau nak masak western food ni?ekekeke. Bukan Kenit tak pernah masak western style, tapi takat goreng kentang, hotdog dan burger tu pernah la ekekekeke. Hey, itu pun Western tauuuu...:D

This time Kenit nak try yang lebih adventure skek *alahaiiii* ekekeke.

So, bolehla kita mula ye hehehe....

Friday, May 17, 2013

Friday, May 17, 2013

Misi Yong Tau Foo - Accomplished!

Assalamualaikum!~

Tahukah anda apa yang boleh menggembirakan anak-anak selain dari dapat hadiah dan gi jenjalan? 

MAKAN...! Yehhhh.....

Tahukah anda apakah cara yang boleh kita buat untuk celebrate kemenangan anak-anak kita setelah penat bersukaneka?

MAKAN ..... jugak! ekekeke.

They have been asking for it long before the PRU week. Tapi, belum nak jadi rezeki lagi. Dok tunggu..tunggu pas PRU pun tak bukak lagi. But, finally they are open..! hou yeaaa (^_^)


Untuk tidak menghampakan My Pearls yang mengidam yong tau foo sejak berminggu2 lamanya, Kenit gagahkan jugak menerjah kedai yong tau foo terkenal seantero Desa Pandan/Kg. Pandan hehe ...


Dalam ujan - Kalau bab makan, laju je diaorg jalan!

Thursday, May 16, 2013

Thursday, May 16, 2013

Sukaneka Tadika Sri Anakanda 2013.

Assalamualaikum!~


That was the day where my Pearls became 'athletes' hehe. Kalau bab bermain/bersukan memang laju je My Pearls ni. Tak sia-sia Kenit bawa mereka bermain di taman permainan sehari sebelum sukaneka untuk kuatkan otot dan tulang hehehe.

Sukaneka Tadika & Taska Sri Anakanda 2013 diadakan di padang Sek. Keb. Petaling Jaya pada 12hb Mei 2013. Upacara dimulakan dengan ucapan oleh Guru Besar Tadika Sri Anakanda, Ph, Hjh Fauziah Othman dan seterusnya dirasmikan oleh Datuk Dr. Hj. Wahab (ingat-ingat lupa hehe).

Berkumpul dalam khemah...

Wednesday, May 15, 2013

Wednesday, May 15, 2013

WiFi Percuma Selangor - Senarai Hotspot

Assalamualaikum!~




Alhamdulillah! Beruntung rakyat Negeri Selangor. Air percuma! Kini Wifi pun percuma! Allahuakbar...

Pekhidmatan Wifi percuma oleh Kerajaan Selangor ini benar-benar dinantikan oleh semua pihak. Alhamdulillah, WIFI SELANGORKU adalah perkhidmatan PERCUMA Internet tanpa-wayar yang disediakan melalui Grant SelangorKu oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan.
Wednesday, May 15, 2013

Kronologi Nakbah Palestin 1948.

Assalamualaikum!~

Sempena Hari Memperingati Nakbah Palestin hari ini 15hb Mei, Kenit nak share info mengenai sejarah peristiwa nakbah yang menjadi titik hitam dalam kehidupan rakyat Palestin khususnya dan seluruh umat Islam  secara amnya.




Sebelum ini Kenit tak pernah didedahkan dengan cerita mengenai Hari Nakbah Palestin ini. Di sekolah, tiada juga diselitkan mengenainya dalam subjek Pendidikan Islam. Apatah lagi, di televisyen sukar sekali kita hendak mengetahui tentang sejarah-sejarah yang berlaku di negara lain.
Wednesday, May 15, 2013

Memperingati Hari Nakbah.

Assalamualaikum!~

Masih ingatkah kita pada saudara kita di Palestin? Tak banyak yang kita tahu kalau dengan hanya bergantung pada berita di media perdana sahaja. Masih banyak lagi info-info yang boleh kita perolehi melalui media alternatif.

Hakikatnya, saudara-saudara kita di Palestin, Syria dan di negara2 yang sedang bergolak berjuang setiap hari demi mempertahankan tanahair mereka dari Zionis laknatullah. Semoga Allah memberikan kemenangan kepada orang-orang Islam dan sesungguhnya jannah menanti para-para syuhada'.

Tahukah anda hari ini 15hb Mei  adalah Hari Memperingati Nakbah Palestin? Kalau tak tahu, jom Kenit kongsikan ringkasan info mengenai Hari Nakbah ini. 


Apakah Hari Nakbah?


  • Nakbah bermaksud malapetaka atau bencana besar, manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.

sumber :fb

Tuesday, May 14, 2013

Tuesday, May 14, 2013

Mubahalah Dalam Islam.

Assaalamualaikum!~

Seronok dengar kuliah pagi di radio Ikim.fm. Setiap pagi Kenit driving sambil 'meredah' arus trafik di Federal, pasti Kenit tak ketinggalan mendengar kuliah pagi bersama Ustaz Shauqi. Bukan saja topik yang dibincang menarik dan menambah ilmu pengetahuan, malah baik untuk anak2 Kenit juga. 

Tambah pula, setiap kali habis kuliah pasti ada zikir, dan masa ni lah dalam kereta kami ambil peluang 'nyanyi' bersama2. Alhamdulillah Wani & Mira tahu dah zikir yang mudah.

Aperpun, berbalik kepada topik di atas, dah dua hari Kenit dengar perbincangan ustaz tentang 'Mubahalah' yang terjadi pada zaman Rasulullah s.a.w. Memang Kenit tak pernah mengetahui apa itu Mubahalah sebelum ini. Sebab tu, Kenit tertarik nak berkongsi dengan anda semua.

Apa itu Mubahalah?

gambar hiasan

Monday, May 13, 2013

Monday, May 13, 2013

Lamborghini Egoista.

Assalamualaikum!~

Ever dreaming of driving a Lamborghini anyone? Yeah....keep on dreaming guys. Because this new stylish-extravaganza full of egoistic version will only be in our dreams...DREAMSSSSSS hahaha.

Sempena ulangtahunnya yang ke-50, Lamborghini telah membuat suatu kejutan, dengan terciptanya sebuah kereta one-off yang direkabentuk oleh Walter De Silva. Ia diinspirasikan oleh rekabentuk helikopter Apache, dilengkapi dengan kuasa 600-hp V-10, Lamborghini dengan satu tempat duduk ini diabadikan dengan nama "Egoista"....(sambungan di bawah)


Sunday, May 12, 2013

Sunday, May 12, 2013

Kereta Terbang Akan Datang!

Assalamualaikum!~

I used to wonder, 'could this be a reality someday?'

Terutama bila 'terperangkap' dalam trafik jam 5 hari seminggu kat Federal tu! Setiap kali memang Kenit wish giler2 sambil terbayang kereta 'kebal' Kenit transform jadi kereta terbang dan keluarkan Kenit dari trafik jam sambil melambai2 tangan ke arah kereta2 kecil di bawah yang masih 'berhimpit-himpit' di bawah sana ekekeke.

But, imagination left imagination....until now!

Saturday, May 11, 2013

Saturday, May 11, 2013

Samakah Syiah Rafidhah & Syiah Zaidiyah?

Umum mengetahui kewujudan fahaman syiah di negara kita dan bahaya syiah khususnya dalam masyarakat Islam. Even, ramai non-muslim menyamakan syiah itu sama dengan Islam kerana 'perwatakan' yang hampir serupa dengan Ahli Sunnah. Tapi, masih ramai yang tidak mengetahui (termasukla Kenit)  yang syiah ini tergolong dalam banyak kategori.

Friday, May 10, 2013

Friday, May 10, 2013

Indahnya Berselawat.

Assalamualaikum!~


Selamat datang bulan Rejab yang penuh berkat.


Firman Allah Ta’ala yang bermaksud:

“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” 
                                                                   (Surah Al-Ahzaab 33:56)

Imam Al-Bukhari meriwayatkan, Abu 'Aliyah berkata, "Selawat Allah adalah berupa pujianNya untuk nabi di hadapan para malaikat. Adapun selawat para malaikat adalah do'a (untuk beliau)."
Friday, May 10, 2013

My Ephonelution.

Assalamualaikum!~

Masih ingat handphone pertama anda? 'Perkenalan' kita dengan teknologi smartphone menjadikan kita sentiasa tercari-cari smartphone yang sesuai dengan keperluan semasa & akses yang lebih luas untuk keselesaan kita.

Bilamana orang lain sudah ada Nokia 3310 (paling popular masa tu), Kenit yang agak ketinggalan, masih guna housephone hehehe. 'Perkenalan' Kenit dengan handphone pertama bermula masa Kenit Form 6.

Sejak dari itu, evolusi smartphone Kenit pun bermula.....



NOKIA 5210

Thursday, May 09, 2013

Thursday, May 09, 2013

Air Tangan Orang Tak Solat.

Assalamualaikum!~


Alangkah ruginya kita, orang-orang Islam yang diberikan title Islam sejak dari dalam kandungan dan membesar sebagai seorang muslim, tetapi tanggungjawab melaksanakan perintahNya, tidak kita laksanakan. Lalu, jatuh hina lah kita lebih hina dari khinzir dan air kencing anjing hitam. Nauzubillahiminzalik!





Wednesday, May 08, 2013

Wednesday, May 08, 2013

13 Perkara Yang Perlu Dijaga Oleh Wanita.




1. Bulu kening – Menurut Bukhari, Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening. (Petikan dari Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.)

2. Kaki dah semacam hantu loceng – "Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan."
                                                      (Petikan dari Surah An-Nur Ayat 31.) 

Wednesday, May 08, 2013

Orkid Hantu.

Assalamualaikum!~

Bunga dan wanita memang tak dapat dipisahkan, setuju? Namun, bunga yang satu ni mempunyai nama yang mungkin agak menakutkan bagi sesetengah wanita. 

Tahukah anda, orkid juga berhantu? hehe . Yes, bunga secantik orkid juga mempunyai hubungkait dengan hantu, bukan sebab ada 'hantu' duduk dalam bunga tu macam.....


Tuesday, May 07, 2013

Tuesday, May 07, 2013

Rakyat Selangor Dijemput Hadiri Majilis Kesyukuran.

Assalamualaikum!~

Semua maklum akan keputusan PRU13 baru2 ini yang menyaksikan kemenangan mudah oleh PR ke atas Negeri Selangor. PR sekali lagi berjaya mempertahankan 44 kerusi DUN dari 56 kerusi DUN yang dipertandingkan.

Oleh itu, Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menjemput semua rakyat Selangor untuk hadir ke satu majlis kesyukuran pada Khamis malam, 9hb Mei ini bertempat di Dataran Kemerdekaan.



Sunday, May 05, 2013

Sunday, May 05, 2013

Nukilan Kenit Buat Yang Akan Mengundi.

Assalamualaikum!~

Makin berdebar2 plak rasanya nak menunggu hari Ahad ni kan? Walaupun Kenit dah selesai mengundi, tapi perasaan teruja & nerves tu masih bersarang di hati ini hehehe.

Inilah kali pertama dalam hidup, Kenit merasakan semangat membara tatkala menjelang pilihanraya. Sebelum ni, Kenit tak heran langsung pasal pilihanraya. Terpulang kepada mak abah Kenit nak undi siapa. 

Saturday, May 04, 2013

Saturday, May 04, 2013

Fenomena "Flashmob".

Assalamualaikum!~

Amende "flashmob" ni?? Kenit baru dengar terma ni sebenarnya hehehe. Flashmob telah merebak ke seluruh Malaysia lebih2 lagi menjelang hari mengundi PRU13.

Kalau sebelum ni, anak2 muda kita cenderung dengan fenomena KPop, Psy, Harlem Shake & Gwiyomi. Kini, "flashmob" menjadi pendekatan terbaru anak2 muda yang berazam mahukan perubahan.

Kerancakan fenomena "flashmob" berlaku hampir di seluruh negara menjelang hari mengundi. 



Terengganu

Friday, May 03, 2013

Friday, May 03, 2013

Pengumuman Gembira : 6 Mei Cuti Umum Di SELANGOR.

Assalamualaikum!~




Pengumuman! Pengumuman! Gumbiranya rasa hati dapat cuti sehari lagi! hehehehe. Alhamdulillah.....

Bagi anda yang bertugas di negeri Selangor, ini ada berita gumbira dari Kerajaan Selangor. Baru sebentar tadi, Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan 6 Mei sebagai cuti umum bagi rakyat Selangor melalui akaun Facebooknya di SINI.

Pemberian Hari Pelepasan Am ini selaras dengan Akta Hari Pelepasan 1951, perenggan 9 yang menyatakan bahawa Pihak Berkuasa Negeri boleh menetapkansatu hari sebagai hari pelepasan am.


Friday, May 03, 2013

Nuffnang X Is Now Imotiv.

Assalamualaikum!~

Anda pengguna NUFFNANG X? Sapa yang dok rajin update di handphone dan menggunakan Nuffnang X perlu tahu berita terbaru ini. Nuffnang X telah bertukar wajah kepada Imotiv.

[ee-moh-tiv].....gerakkan bibir anda dengan betul.

Menurut pengasas Nuffnang X (sekarang dipanggil Imotiv), versi terbaru ini dibangunkan untuk memenuhi kehendak & citarasa pengguna Nuffnang X, maka dengan ini terhasillah.....Imotiv.


Dari email

Thursday, May 02, 2013

Thursday, May 02, 2013

Jalan-jalan Pilihanraya.

Assalamualaikum!~

Wahhh! lega dah ngundi...! Anda bagaimana? Mesti syok/teruja/neves/blur/biasa/takut/tak heran kan? hehe. Ini kali pertama Kenit berpeluang menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Memang teruja sungguh! But more to clueless actually (sebab 1st time kan)haha.


30hb April merupakan tarikh keramat bagi diri Kenit kerana for the first time, 'kuasa' memilih Kenit yang punyaaaaaaaaaa hehehe. Pengalaman pertama ini menyedarkan diri Kenit bahawa every votes count. So, rugila sesangat kalau korang tak gi ngundi nanti.

Wednesday, May 01, 2013

Wednesday, May 01, 2013

Anda Sanggup Makan? (GAMBAR)

Assalamualaikum!~


Kata orang, You Are What You Eat ( Kamu Adalah Apa Yang Kamu Makan). Jika apa yang kamu makan itu bersih & halal, maka kamu akan peroleh kesihatan & manfaat darinya. Tapi, kalau apa yang kamu makan itu halal tapi tidak menjaga kebersihannya, maka kamu akan peroleh mudarat & keburukan darinya. Wallahualam!~
Wednesday, May 01, 2013

Hotel Kecil Terbaik Di Dunia!

Assalamualaikum!~

Kebanyakan antara kita pernah menginap di hotel. Kenit juga begitu. Ada hotel yang besar, kecil, selesa & sempit dan sebagainya. Definisi keselesaan bukan lagi tertakluk kepada ruang bilik yang besar dalam sesebuah hotel. Kini ia lebih meluas....dalam pakej yang kecil! hehehe.

Jom kita terjah hotel kecil terbaik di dunia (according to Yahoo).



  • Hanya 90 minit dari San Diego terletaknya beberapa buah hotel bilik di pinggir bukit di padang pasir Mexico.


Looks like....reban ayam, don't u think?

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.