Monday, September 30, 2013

Friday, September 27, 2013

Money Is Art.

Friday, September 27, 2013 11 Comments

Assalamualaikum!~

How art-ness are you to use REAL money to create art?! If you don't have enough guts to waste it, that means you are not art enough...i suppose!

SENI yang cuba diterjemahkan dengan DUIT KERTAS! Real punyer duit kertas tuuuuu!


Mohon sumbangan anda untuk Show We Care:  Syria Care

Jom menderma untuk Tahfiz An Nur


Thursday, September 26, 2013

Motivasi Untuk Tidak Makan Nasi.

Thursday, September 26, 2013 21 Comments

Assalamualaikum!~

Alasan paling lojik tuk elak dari makan nasi terutama wakut malam. Konon takut perut buncit laaaaa....gendut laaaaa... ohhh pleaseeee! Not relevant dah tu sumer hahaha. Apa yang penting??? 'portion size' yezzzaaaaa..... hehehe (tang makan laju je ikut doktor kannn!) 


Mohon sumbangan anda untuk Show We Care:  Syria Care

Jom menderma untuk Tahfiz An Nur


Lee Char Kuey Tiow

Wednesday, September 25, 2013

'Cookie Monster' Dalam Laut!

Wednesday, September 25, 2013 9 Comments

Assalamualaikum!~

Sapa peminat Sesame Street mesti tau karakter comel berwarna biru ni. 


omnomm onomm .... me love cookie!

Mohon sumbangan anda untuk Show We Care:  Syria Care

Jom menderma untuk Tahfiz An Nur

Yeahhhh! dialah Cookie Monster, karakter comel yang suka makan biskut hehe. But, kenit bukan nak citer pasal Cookie Monster yang ni. Kenit nak share pasal 'kembar' dia, yand duk dalam laut. Jom tengok sapa yang serupa ngan Cookie Monster! (^_^)

Aku Tak Takut Gemuk Tapi....

Wednesday, September 25, 2013 22 Comments
Assalamualaikum!~

Hah! inila kejenye bila perut lapo. Bila jumpa makanan sedap-sedap, ape doktor cakap pun dah tak laku dah hehe. Doktor kata kalau nak maintain kurus kena minum air masak banyak-banyak. Pastu suruh elakkan ambil gula dalam makanan. Ahhh susah la camtu doktor!


Mohon sumbangan anda untuk Show We Care:  Syria Care

Jom menderma untuk Tahfiz An Nur



Strawberry cheese cake yang menggoncang perutku muahaha!

CPUV KE 5: SEN HENG / SEN Q - Plant A Tree.

Wednesday, September 25, 2013 15 Comments

Assalamualaikum!~

Alhamdulillah......hidup jugak CPUV kenit kali ni nokkkkssss! hehehehe.

♪ ♫ ♪Senangnya dalam hati...♪ ♫ ♪
Dapat CPUV lagi...
 Ini macam senang hati...
♪ ♫ ♪Ana mau nyanyi lagi!♪ ♫ ♪

hehehehehe lirik cam kelaut je bunyi nye kan.

Mohon sumbangan anda untuk Show We Care:  Syria Care

Jom menderma untuk Tahfiz An Nur

Tuesday, September 24, 2013

Rangka Manusia Pakai Emas & Intan Berlian!

Tuesday, September 24, 2013 17 Comments
Assalamualaikum!~

Budak-budak kecik gi maen jauh-jauh. Yang cepat lemah semangat pun tak digalakkan tengok ni. Ader orang fobia tengok tengkorak lama-lama? Pun takleh tengok jugak...kalau gitu takde saper la nak singgah baca entri kenit ni kan hahaha. 

Ibu-ibu mengandung sila standby bantal nak tekup muka kot-kot rasa seram nak tengok gambo-gambo ni hehe. Tengok barang kemas dia je, takdela seram sangat hehehe. 

Seorang pemburu relik yang digelar sebagai 'Indiana Bones' telah memperlihatkan koleksi mengerikan daripada rangka manusia yang berusia 400 tahun diselaputi dengan emas dan intan berlian yang ditemuinya di gereja-gereja seluruh Eropah.

Start Ada Anak....

Tuesday, September 24, 2013 18 Comments
Assalamualaikum!~



Haaa orang dah kawen boleh duk dekat-dekat, orang bujang sila duk belakang nooooo haha. Ni kenit cuma nak share pengalaman sebelum dan selepas ada anak. 

Penat? tak cukup tidoq? tak cukup tangan? tak cukup kaki? 

Stendettttttt! hehe (^_^)

Segalanya rasa macam tak cukup je kan? Kalau ada button 'add me' kat badan ni rasa nak picit je kasi kuaq satu lagi 'kenit' haha. Dah kawen sebulan, takat memasak, membasuh dan menggosok baju takde hal punyer. Nak gi berdating together gether pun boleh lagi. Balik lewat malam?? NO HAL punyer! Sapa nak marah kenit?? Kuar ngan laki sendiri kannnn haha.

Monday, September 23, 2013

Aktiviti Ujung Minggu

Monday, September 23, 2013 18 Comments
Assalamualaikum!~

Biasanya ujung minggu, celik je mata diaorg cari tab nak men game. Yang adik plak minta nak tengok kartun umizoomi la, upin ipin la, oogy la....! Subuh korang hadap tab, pagi korang hadap tv, tghari korang hadap tab, petang korang hadap laptop ayah, malam korang hadap handphone ibu. Tak boleh jadi beb...!

Rosak mata kalau dibiarkan! Biarlah mata ibu sorang yang rabun. Sedangkan diri sendiri pun rasa lemas pakai spek ni hari-hari, inikan pula budak sekecil tu. 



Mohon sumbangan anda untuk Show We Care:  Syria Care

Jom menderma untuk Tahfiz An Nur

Setahun Jagung Nukilan Kenit

Monday, September 23, 2013 26 Comments
Assalamualaikum!~

Alhamdulillah! setahun jagung dah umur ye hehe. 20hb September lepas merupakan 1st anniversary Nukilan Kenit. Happy anniversary NK! Tapi kek yilekkkkkk! haha. Setahun sudah kenit menulis dan bernukil di sini. Dari zero to something you can see now. Dari jadi minah saleh celup bertukar perlahan-lahan menjadi wanita melayu terakhir ekekeke.

Dulu memula nak start, sangat free nak tulis aperpun. Merapu pun tak kesah sebab tau takda sapa nak baca muahaha. Blog ni memulanya kaler pink! Dari ujung 'rambut' sampai ujung 'kaki' hehe. Habis sumer coding kenit try letak. Tak puas, tukar yang lain. Dan, opkos otai2 tutorial banyak membantu kenit masa tu.

Sunday, September 22, 2013

Rumah Transformer

Sunday, September 22, 2013 18 Comments
Assalamualaikum!~

Serius! Rumah ni memey boleh tukar macam transformer tu. Tapi bukan la tukar jadi robot berkaki hehehe. Ia mengambil masa 90 minit (1 jam 30 minit!) untuk selesai dibuka dengan bantuan beberapa orang sahaja. Aiseymen...

Rumah ini jenis 'portable', boleh dibawa kemana saja. So, kalu tak nak duduk di hotel yang mahal bolehlah guna alternatif ini yer!~(^_^)


Mohon sumbangan anda untuk Show We Care:  Syria Care

Jom menderma untuk Tahfiz An Nur


Saturday, September 21, 2013

Perkembangan Tahfiz An Nur

Saturday, September 21, 2013 18 Comments
Assalamualaikum!~

Alhamdulillah syukur sangat-sangat di atas perkembangan terbaru bangunan asrama Tahfiz An Nur walaupun masih banyak kos yang diperlukan untuk melengkapkan bangunan tersebut. Terima kasih pada hamba-hamba Allah yang sudi menghulurkan bantuan samada setelah anda baca entri kenit ini atau dari mana2 sumber lain.

Kenit ada mengikuti perkembangan pembangunan Tahfiz An Nur di Facebook dan nampaknya mereka masih memerlukan bantuan anda semua untuk merealisasikan impian anak-anak muda tahfiz ini. Ini yang dapat kenit sharekan setakat bulan September melalui facebook Tahfiz An Nur.

Mohon sumbangan anda untuk Show We Care : Syria Care


Friday, September 20, 2013

Coca Cola Mohon Maaf Berhubung Isu Penutup Botol.

Friday, September 20, 2013 22 Comments
Assalamualaikum!~

Tak pasti samada semua penutup botol ada perkataan ini atau pembelinya adalah antara orang bertuah pada hari itu hehe. Tapi, yang pasti 'mesej' pada penutup botol itu sangat menyinggung perasaan sesiapa saja yang membacanya. Opkos sape tak marah kalau kita dikata sebagai lembab!

Mohon sumbangan anda untuk Show We Care:  Syria Care

Jom menderma untuk Tahfiz An Nur


source : HERE

Terdapatkah Kaabah Khusus Untuk Para Malaikat?

Friday, September 20, 2013 11 Comments
Assalamualaikum!~


Satu persoalan yang kenit tak pernah terfikir sebelum ini. Apa yang kita tahu dan belajar dulu Kaabah itu hanya satu saja iaitu di Mekah. Dan semua umat Islam bersama para malaikat mengelilingi Kaabah untuk beribadah kepada Allah.

Sungguh ini merupakan suatu ilmu yang baru bagi Kenit, harap perkongsian ini memberi manfaat dan dapat menambah ilmu dan iman di dada.

Mohon sumbangan anda untuk Show We Care:  Syria Care


Soalan : Terdapatkah Kaabah khusus untuk Para Malaikat?

Thursday, September 19, 2013

Motivasi, Psikologi & Kesihatan - Hari Ketiga (Last Part)

Thursday, September 19, 2013 20 Comments
Assalamualaikum!~

Hari ketiga....last one! perlukan semangat kencang untuk menaip entri kali ni. Kali ni nak citer bagaimana Dr. Azrul kuruskan badan! korang mesti suka kan bab ni. Kenit pun suka walaupun dari luar nampak kurus keding, hakikatnya...gendang gendut tali kecapi, gendut disana bergendang disini hahahaha (ape yang ko merepek ni!)

Anyways, kenit dah janji kan nak share tips Dr. Azrul. So let's start shall we (^_^)

Wednesday, September 18, 2013

Menang Tapi Rasa Bersalah Pulak.

Wednesday, September 18, 2013 18 Comments
Assalamualaikum!~

Allahurobbi.....mana nak start ni? 

Itulah...mungkin rezeki, di saat poket tak berapa nak 'lebat' dan aku sangat memerlukannya ada jugak rezeki Allah bagi kat aku....tapi tak segumbira yang aku selalu rasai. Selalu kalau bab menang kontes, aku la yang paling teruja walaupun 10 kontes aku masuk 1 je yang mungkin akan menang.

Tapi, kali ni walaupun menang tempat ke-2 aku tak rasa apa2 melainkan rasa bersalah! Allahurobbi....

Berangan Tak Salah

Wednesday, September 18, 2013 16 Comments
Assalamualaikum!~

Lama tak bawak diaorg gi jenjalan. So, kitaorg decide bawak diaorg gi AEON Setiawangsa. Sana tak crowded sangat, Nak cari barang pun senang. 


"ayahhhhh..boleh tak kite gi Ey-Eyon (kasi sengau)?"

Walaupun bunyinya sungguh sengau dan sengal tapi kami mengerti maksudnya itu muehehe. Ingatkan gi sana nak main playground yang free tu. Ghuper-ghupernye kemaruk nak naik motor dan kete mainan.



Tuesday, September 17, 2013

BubblyNotes Review Pasal GengTi.

Tuesday, September 17, 2013 12 Comments
Assalamualaikum!~

Ahakssss! ghupernyer entri kenit pasal GengTi Tumpas tu sudah pun direview oleh my lovely dear friend dari Bubblynotes.Com. melalui segmen yang kenit menangi iaitu Segmen: My Best Entry. Terima kasih sekalung budi kuucapkan kerna sudi review 'kejayaan operasi' kami suami isteri hahaha.

Asalnya ingat sekor je la kan, memang Lu Langsi Lu Mati! la jawabnya. Ghupernye dia bawak genggggggggg.....!


KLIK gambar untuk baca artikel review penuh (^_^)

Mulut Cakap Sayang...Tapi Ingat Tak?

Tuesday, September 17, 2013 14 Comments
Assalamualaikum!~

Mungkin itulah karakter yang tak boleh lari dari seorang mak. Mak yang suka masak untuk anak-anaknya. Mak yang suka melayan kerenah anak-anak dan cucu-cucunya. Walau betapa dia pernah sedih atau marah, bila tengok muke cucu terus sejuk hatinya.

Seorang mak akan cuba sedaya upayanya untuk tidak membahagikan kasih sayang dan membeza-bezakan anak-anaknya. Apa yang anak sulung dapat, anak tengah dan bongsu mesti dapat.

Long story short...... 

Monday, September 16, 2013

"Ibu pun kena gak ke??"

Monday, September 16, 2013 16 Comments
Assalamualaikum!~

Adehhh bebudak skrg bijak....bijak mengenakan makbapak balik! Maafkan kenit pada sahabat yang singgah sini dan meninggalkan komen. InsyaAllah sok kenit balas dan singgah kembali. Takleh lama ni....diaorg dah menjeling dah tu!

Dulu, kiter kata kat dia "no games and cartoons on schooldays".

Sekarang depa pekena kiter plak cakap, "no blogs on public holidays" hahahaha acaner tu??? budak2 sekarang......T__________________________________T

p/s: memang tak best bila tak update blog, tapi kalau kita lawan depa, nanti depa menjawab kita balik. Hurmmm sok mesti 'balas dendam'!

Friday, September 13, 2013

Kenapa Aku Diuji?

Friday, September 13, 2013 13 Comments
Assalamualaikum!~

sumber : google


1-KENAPA AKU DIUJI? 
Surat Al-Ankabut: 2-3“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka akan dibiarkan (saja) hanya dengan mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia pasti mengetahui orang- orang yang dusta.”

Thursday, September 12, 2013

Motivasi, Psikologi & Kesihatan - Hari Kedua & Ketiga

Thursday, September 12, 2013 8 Comments
Assalamualaikum!~

Hari kedua ceramah pasal pengurusan psikologi. Mujurlah pagi tu sumer buat muker segar takda yang mengantuk...kot hehe. Tak banyak nota yang nak dishare sebab ni berkaitan dengan peranan AKRAB (Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam Malaysia).

Bagi penjawat awam, korang kene tau ni siapa pegawai AKRAB di jabatan korang. Jika ada pegawai yang ingin mengadu masalah peribadi atau apa masalah pun boleh refer pada pegawai AKRAB yang telah dilantik.

Ni serba sedikit mengenai AKRAB....

Trick Baru Adik

Thursday, September 12, 2013 15 Comments
Assalamualaikum!~

Lepas ngadap homework, diaorg main-main baby pulak. Dah siap mengemas di dapur, aku duduk merehatkan diri di sofa usang tapi masih empuk. Mataku melihat gelagat dan keletah dua gadis kecil itu....dan kemudian ke lantai.

'Aaahhhh...bersepah lagi'  getus hatiku. Dan, mereka masih bermain tanpa rasa bersalah. Barangkali begitulah aku ketika kecil dahulu. Menyepahkan rumah tiap kali bermain, dan mak setia mengemas kembali anak2 patungku tanpa mengeluh atau mengadu. Anak bongsu...manjanya kadang2 boleh buat abang dan akak cemburu!

Wednesday, September 11, 2013

Tuesday, September 10, 2013

4 Blogger Dipenjara Kerana Hina Islam.

Tuesday, September 10, 2013 13 Comments
Assalamualaikum!~

Penghinaan terhadap Islam samada oleh non-muslim atau muslim sendiri sangat ketara di alam maya. Semuanya di ujung jari, tekan huruf-huruf di keyboard tu maka keluarlah ayat yang dinginkan. Tak fikir dah baik atau buruknya benda yang nak disampaikan asalkan hati busuk tu puas. 


sumber : The Nation

Motivasi, Psikologi & Kesihatan - Hari Pertama {sambungan}

Tuesday, September 10, 2013 10 Comments
Assalamualaikum!~

Sangkaku lepas pekena nasi panas ngan ayam masak lemak cili yang tak berapa berapi tu bersama ulam-ulaman dan air oren yang manis akan membuatkan mata ini layu menjelang petang. Ternyata meleset.....hehe.

Slot kedua dikelolakan oleh anak Hj. Hushim, iaitu En. Mohd Fauzan Bin Hj Hushim. Beliau juga merupakan CR (Counselor Registered) dan merupakan seorang peguam.  



Monday, September 09, 2013

Tips & Amalan Untuk Menghadapi Peperiksaan.

Monday, September 09, 2013 10 Comments
Assalamualaikum!~

Eh esok pekse kan?? pekse UPSR kan?? Kenit dulu paling nervous time nak pekse. Dahlah jenis tak berapa nak hadap buku, pastu mulala menggelabah tengok soalan haha. 

Tapi, yang paling best time nak pekse ni sumer perkakas nak nulis mesti beli baru muahaha. Time tu la paling syok dapat 'pau' abah mintak beli pensel baru, pen baru, pemadam baru, konon nak guna dalam dewan pekse nanti haha. Jangan buat begitu pada ibubapa ye anak-anak, sangatla membazir hehe.



sumber : google

Motivasi, Psikologi & Kesihatan - Hari Pertama

Monday, September 09, 2013 14 Comments
Assalamualaikum!~

Warna-warna skeptikal mula terbit dari wajah semua peserta kursus. Tengok tajuk pun dah tahu, ini geng yang penuh ngan masalah di tempat keje haha. Tapi, itu hanya prasangka kami saja. Sebenarnya, kalau difikirkan balik, bertuahnya kami yang terpilih untuk join kursus selama 3 hari ni. 

Seperti siri-siri ceramah yang lalu dalam poket baju mesti ader cekelat (gula-gula). Buat pemanis mulut, penyegar mata. Tapi, kali ni sebiji pun Kenit tak makan pasal penceramah sumer gempak habis!


cam tak? cam tak? cam takkkk?

Friday, September 06, 2013

So Tell Me Nukilan Kenit.

Friday, September 06, 2013 3 Comments
Assalamualaikum!~

Jarang sekali kenit dapat online malam khas untuk berblogging. Sekarang ni susah dah nak online malam, sebab anak-anak especially Mira tak suka kenit ngadap laptop 'buat keje' hehe. Merengek-rengek dia mintak kenit duduk sebelah dia temankan dia tengok tv atau tido ngan dia.

Malam ni ok sikit, sebab esok dah cuti so anak-anak pun dibenarkan layan game dan kartun. So, dapatla kenit curi masa sedikit tuk blog. Pagi ni masa blogjogging, Kenit ada terperasan kat blog kengkawan ramai yang dah letak Nuffnang Poll 2.0. Apekejadahnya tu? hehe. Oohhh ghuper-ghupernye soal jawab ye.

Demam 5S Di Opis

Friday, September 06, 2013 7 Comments
Assalamualaikum!~

Seminggu lepas kami 'berkubang' dengan habuk dan debu yang sekian lama 'bersarang' di dalam bilik stor. Atas dasar menyahut seruan 5S yang diwar2kan oleh pegawai kami, maka seksyen kami mengambil peluang ini untuk join 5S di tempat kerja.

What is 5S?
  • Amalan untuk wujudkan tempat kerja lebih produktif.
  • Mempastikan mesin/kelengkapan bersih, berfungsi.
  • Membina budaya kerja yang positif dan dinamik.
  • 5S ialah lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shitsuke.
  • Amalan 5S meliputi pengetahuan teknikal, praktikal dan logik untuk menghasilkan penambahbaikan.

Tutup Aurat Tapi.....

Friday, September 06, 2013 14 Comments
Assalamualaikum!~

Tak sempat nak dengar tazkirah pagi Ustaz Shauki kat IKIM.fm, yang ada hanya zikir La haulawala je tadi. Adik bersemangat ngikut baca, kakak hanya diam di belakang. Barangkali berzikir dalam ati je kot. 

Habis zikir, Pak Jelan 'tune' gi ERA.fm dan kuarlah lagu....  

Thursday, September 05, 2013

Aduhh! Sakit Belakangku.

Thursday, September 05, 2013 19 Comments
Assalamualaikum!~

Duduk tercongok 8 jam depan pc memang memeritkan. Walaupun, bukanlah kita nak duduk sampai tak bangun-bangun langsung tapi, kadang2 bila terlampau bizi dan keje menimbun-nimbun kita tak sedar yang sebenarnya kita dah duduk situ dekat 2 jam!

Bila nak tegakkan posisi badan barulah terasa sengal pinggang dan sebagainya. Kat opis memang ader poster bergambar cara-cara nak kurangkan stress tu. Alaaa yang kawan tolong picit bahu la, tumbuk-tumbuk belakang la. Tapi, 'kempen' tu memang la sangat tak berjaya.

Merdeka Special Request - Plan B

Thursday, September 05, 2013 14 Comments

Assalamualaikum!~

Terjebak! Aaaaaaa terjebak aku kali ni! Diaorg dah nampak daahhhhhhh. Gatai sangat ko nim pi bawak sampai tingkat 4, kuar lif terus nampak benda bulat-bulat atas tu. Plan A dah jadi Plan B. Tangan diaorg dah menunjuk-nunjuk ke arah situ.

Adik menonong je pi masuk, belum sempat aku nak tanya kat 'penyambut tetamu' tu. Nak buek camno, anak-anak dah ajak. 



Wednesday, September 04, 2013

Shame On Us..!

Wednesday, September 04, 2013 10 Comments
Assalamualaikum!~

Ya Allah! Im speechless....

Sangkaku minyak RON95 naik, itu yang paling mendukacitakan hatiku...

Sangkaku harga barang yang bakal naik, itu yang paling menyusahkan aku...
Sangkaku orang membunuh dan dibunuh itu menakutkan aku...

Tapi....

Tuesday, September 03, 2013

Merdeka Special Request - Plan A

Tuesday, September 03, 2013 12 Comments
Assalamualaikum!~

Aiihhhh...dah lama mintak tapi asyik aku ngelak. Bukan susah sangat pun nak tunaikan, tapi kepenatan badan selalu sangat mengundang kemalasan. Kali ni, tak sampai ati aku nak kata "NO". Mata bulat, hidung kembang kempis sambil mulut cakap..."PLEASEEEEEEE....please ibu bawakla kakak adik naik bas ngan train. Kejapppppppp je buuuu..."


Amboiii kemain lagi dapat nek bas, muker ceria masing-masing..

Monday, September 02, 2013

Jamuan Raya Puspanita 2013

Monday, September 02, 2013 17 Comments
Assalamualaikum!~

Anak-anak beraya sakan kat sekolah, ibu kat opis pun tak ketinggalan beraya jugak tau. Memang untung masuk puspanita ni.  Tak banyak gambar makanan yang nak dishare disini, sebab kami galak bergambar kat beranda luar tingkat atas sekali haha. Tapi, makanan sama mewah macam anak-anak punye. Kek? adeeeee kek coklate moist la kek putih tu la kek oreo tu la.


ni main course. 

Anak-anak Beraya Sakan!

Monday, September 02, 2013 12 Comments
Assalamualaikum!~

Amboiii amboii amboii! Memang beraya anak-anak kat sekolah. Tak tahu nak bawak apa untuk jamuan bebudak ni, yang ada dalam paler otak ni D.A.D.I.H sebab paling senang giler nak sediakan haha. Bebudak ni jgn cakapla excitednya kemain lagi!


"yeaaaaa...bestnye esok nak rayer kat sekolah! buuu...seronokla sekolah ni. Dapat rayer...dapat gi vitagen.."

Eleh...tang makan tang gi jenjalan memang ko seronok dek. Tapi, tang nak suruh bangkit pagi mandi memang ko liat tahap champion kannnnn. Sampai kat sekolah nanges peluk ibu la nak ibu la rindu ibu la...haaihhhh.


amboiiii Miratora posing kemain ko! Apasal la ko senyum
camtu dekkkkk. Takyah sembunyila gigi tu, ramai orang tengok dahhh~