Thursday, October 31, 2013

Ceaserean Atau Normal?

Thursday, October 31, 2013 15 Comments
Assalamualaikum!~

Sesetengah orang berpendapat beranak secara c-sect tu lebih senang penjagaannya berbanding beranak normal. Masa zaman (bunyi cam zaman purba plak dah!) kenit pregnant dulu sekitar tahun 2006, banyak yang kenit dengar rumors tentang beranak c-sect ni. Ada yang cakap beranak c-sect ni tak sakit dan senang jaganya.

Sebab mengapa kaedah c-sect jadi pilihan ibu : 
  1. Ubat bius disediakan untuk ibu. Ada yang bius separuh, ada bius penuh sampai tak sedar apa. Tau-tau je baby ada kat katil sebelah hehe.
  2. Nak jaga senang, tak perlu nak terbongkok-bongkok mencuci luka. Tambah kalau ada suami jenis takut tengok luka dan darah....lagi hampeh! ekekeke.
  3. Senang nak bergerak, tak perlu nak jalan ala2 jepun pakai kimono, senang citer lebih mudah la nak handle kalau luka kat perut je.
  4. Senang sikit nak membuang, tak perlu sembelit sampai seminggu pastu nangis-nangis nak berak. Ni kalau nak berak tak perlu rasa 50-50 samada nak mencangkung atau nak berdiri je! Kalau ada jugak suami yang tak boleh nak hargai isteri yang susah payah begini ....memang nak kene tarbiyah kaw-kaw lagi la si suami tu.

Jasamu Tetap Dikenang.

Thursday, October 31, 2013 17 Comments

Assalamualaikum!~

Bila kita dah biasa bekerja bersama, bergurau, bergelak ketawa, bergosip (hehe) even kuar gi beli makan pun bersama, maka bila salah sorang kene pindah pasti suasana dan keriangan tu dah tak macam dulu. Walaupun hanya pindah unit dan bahagian still rasa tu takkan sama macam dulu-dulu.

Tapi, itulah realiti kehidupan. Bertemu dan berpisah sudah menjadi resam manusia sejak zaman berzaman. Kalau kita tak berpisah kita takkan bertemu yang baru. Ish.... tetiba sebak pulak pehal??! hahaha. Asalnya, nak citer pasal makan! ni tetiba emo pulak.... buwekkkkk~

Wednesday, October 30, 2013

Imaginasi Dalam Lukisan

Wednesday, October 30, 2013 12 Comments

Assalamualaikum!~


Salah satu benda feveret yang kakak suka buat bila ilham datang menerjah adalah melukis. Kakak akan lukis apa saja benda atau tulis perkataan yang baru dipelajarinya kemudian tunjuk kat ibu. Setiap lukisan ada ceritanya pulak. Walaupun tak dapat dipastikan samada cerita itu adalah kisah benar atau sekadar rekaan semata-mata hahaha. Ada juga masanya kakak sendiri tak pasti apa yang dilukisnya ekekekeke. Hentam saja lah labuuuuuuuu :D


Belon panas 

Tuesday, October 29, 2013

Macam-macam Pesen!

Tuesday, October 29, 2013 20 Comments

Assalamualaikum!~

Di petang yang ala-ala mendung di satu dua tempat, dan jiwa yang sedikit kacau dan tensi kerana tak dapat antar sampel simpul kasih untuk promosi di tempat keje akak kenit di Sri Damansara pagi tadi, ditambah pulak jalan yang sesak di sana sini, menaikkan lagi tekanan dan suhu udara dalam hati ini  ...... jengggg!

Tapi, akhirnya kepanasan jiwa dapat disejukkan dengan habisnya jualan simpul kasih yang kenit bawak ke opis arini weeeeeee. Thank you to my opismate yang support my small bisnes. Muker aler senyummmmmm (^_^).

Monday, October 28, 2013

30 Orang Yang Pertama Dalam Islam

Monday, October 28, 2013 15 Comments

Assalamualaikum!~

Dulu masa sekolah, cikgu tanya "Siapakah orang pertama yang mencipta telefon?" Kita jawab "Alexander Graham Bell" kan. Tapi, bila anak -anak kita tetiba tanya " siapa orang pertama yang tulis perkataan 'bismillah'??" Pasti ramai ibubapa yang ternganga-nganga terkedu kedu terkentut kentut nak menjawabnya kan. Pasal ramai dari kita yang tak tahu siapakah orang yang pertama menulisnya. 

Kalau tahu alhamdulillah...tapi bagi yang tak tahu?? 

Saturday, October 26, 2013

Bila Kakak Adik BerKEEK!

Saturday, October 26, 2013 7 Comments

Assalamualaikum!~

Lama dah rasanya tak update KEEK dua beradik ni. Sebab kenit memang tak berapa nak aktif pun di KEEK tu hehe. Bebudak ni je la yang boleh memeriahkan suasana dengan gelagat dan keletah bersahaja diaorg. Memang tak berapa nak malu-malu depan 'kamera' bebudak ni hehe.

Kenit pun tak pernah sharing video bebudak ni ngan korang. Patutlah tengok label 'KEEK' ada 1 je sejak 6 bulan lepas hahaha. Tak sompek la den nak cover sumer laman sosial den ..  bizi yo!

Video-video ni sumer koleksi lama dan terawal kenit. Hope korang enjoy hehe.



Friday, October 25, 2013

Perbanyakkan Selawat Di Hari Jumaat

Friday, October 25, 2013 10 Comments

Assalamualaikum!~


Syukur alhamdulillah kita masih berkesempatan untuk bersama dan masih dipinjamkan nyawa pada hari Jumaat penuh barokah ini. Sesungguhnya, apa yang kita miliki baik harta benda, keluarga, kudrat tenaga mahupun udara yang kita sedut ini adalah rahmat dari Allah yang takkan terbalas oleh kita .... hamba-hambaNya yang lemah.

Maka, WAJIB lah kita bersyukur dan mentaati perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya. Sesungguhnya, hendaklah kamu mengucapkan perkataan-perkataan yang baik dan memuji junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w pemberi syafaat di hari kiamat.


Thursday, October 24, 2013

Barbarians Dalam Industri Fesyen.

Thursday, October 24, 2013 12 Comments
Assalamualaikum!~

Sebelum korang baca entri ni, kenit nak minta maaf sekiranya imej yang dipaparkan nanti tidak menyenangkan..tetapi kenit sekadar ingin berkongsi info, dan mengajak kiter sumer untuk lebih bertanggungjawab terhadap haiwan & alam sekitar. Hentikan penggunaan produk dari haiwan, hentikan kezaliman terhadap haiwan.

Astaghfirullahhalazim! KEJAM!TAK BERPERIKEMANUSIAAN! Itulah ungkapan yang sesuai digelar pada industri fesyen di London yang sanggup melakukan apa saja demi fesyen! Kenit memang cukup pantang kalu binatang diseksa untuk apa tujuan sekali pun! 


sumber : yahoo

Apekejadahnye Ni Sumer?

Thursday, October 24, 2013 15 Comments

Assalamualaikum!~

Uwaaaaa konpius...konpius den! Apakah yang sedang berlaku pada blog den ni ha? Apo layi tak kono ni ha? Alkisah...... alkisah maka tersebutlah kisah sang kancil datang berama-ramai mihmihmih. Alkisah terkeluar plak dialog arwah Pak Sudin dalam citer Pendekar Bujang Lapok hehehe.

Problem no.1

Semalam kan, tengah check komen-komen tetiba kenit jumpa satu komen ni....

klik tuk baca dengan jelas dan terang lagi bersuluh huhu

CPUV KE 13 - INTI Rebranding Campaign

Thursday, October 24, 2013 15 Comments

Assalamualaikum!~

You know actually, selalunya kenit happy nak share CPUV yang kenit perolehi daripada Nuffnang. Laju je kenit menaip...but today a bit slow. Bohong kalau kenit tak rasa apa2 dengan insiden yang meragut nyawa seorang pengurus bank baru-baru ini. Even though she has nothing to do with me relatively tapi kenit rasa sedih dengan kejadian tersebut T____T

Anyways, back to the CPUV story... yesterday kenit ade antar tiket kat Nuffnang tanya pasal CPUV ni. Kenit tengok ramai dah yang dapat CPUV baru, tapi kenit punyer masih tak berubah? Memang ada CPUV yang masih on-going tapi saje je la nak tambah koleksi mih mih mih~


So, today kenit check dan Nuffnang berbesar hati bagi satu lagi CPUV campaign tuk kenit. Check this out....



Wednesday, October 23, 2013

Protokol & Etiket Bersama CuteCarry - Communication

Wednesday, October 23, 2013 22 Comments

Assalamualaikum!~

Hari ketiga CuteCarry citer pasal protokol makan di dalam majlis rasmi. Ada tatacara dan etiket bila kita berada di meja makan. Terkenang kenit di Majlis APC 2012 aritu, ada air botol mineral atas meja. Kenit pun amik bukak dan terus minum dari botol tu. Walhal, ada cawan goblet kat sebelah tu, patutnya isikan air mineral tu dalam gelas tu baru minum hahahaha. Memang takleh dibawa ke majlis kenit ni kan hehehe.

CuteCarry tunjukkan caranya start dari nak duduk sehinggalah selesai makan. Jenuh jugakla nak blajo jadi tertib ni, pasal kita dah biasa makan kat warung biasa je hehe. Takda masa sopan santun sangat bila dah tengok makanan depan mata kan muehehehe.

Giveaway Jom Menang

Wednesday, October 23, 2013 19 Comments


Assalamualaikum!~



KLIK BANNER UNTUK JOIN

HADIAH:
i) 1 set perfume bernilai RM120.00
ii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iii) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Cellphone Jewellery Sticker
iv) Ankle bracelet + Shawl + Wallet + CD Pocket + Keychain

Hadiah ditaja oleh Loveperfume & Yumida


TAMAT: 9 NOVEMBER 2013

Tuesday, October 22, 2013

10 Smartwatch For Your Future.

Tuesday, October 22, 2013 21 Comments

Assalamualaikum!~

When everybody turn around to more advanced and multifunctional gadgets such as smartphones and stuff, watches too have improved in many many ways with it's special features and way more advanced technologies than you can imagine.

If you thought the Samsung Galaxy Gear is the first 'real' smartwatch to hit the market, then you're in for a pleasant surprise. How many of these smart watches can you recognise?



1. Nissan Nismo

Monday, October 21, 2013

Haiwan Ini Yang Paling Banyak Bulu Di Dunia.

Monday, October 21, 2013 18 Comments

Assalamualaikum!~

Hahahaha apekejadahnya tajuk entri kenit kali ni. Tertanya-tanya jugak kan binatang apa yang paling berbulu kat dunia ni? Kalau korang tengok mesti vevuluuuuuu je rasa! mihmihmih~

Rabbit Angora berasal dari Turki dan merupakan haiwan domestik paling lama dalam sejarah pemeliharaan haiwan. Ia menjadi popular di kalangan kerabat diraja Perancis pada pertengahan kurun ke 18, dan pertama kali muncul di US pada awal kurun ke 20.

Ia dibiak dan dikembangkan untuk mendapatkan bulunya, samada dengan mencukur, menyikat atau mencabutnya.


fuhhh! nampak idung je...yang lain penuh bulu hehe

Friday, October 18, 2013

Bila Kakak Dapat LEGO

Friday, October 18, 2013 12 Comments

Assalamualaikum!~

Memang kakak tak reti duduk diam. Dia bukan jenis yang boleh duduk setempat... paling lama pun 2minit. Kalau disuruh duduk diam, pun badan je yang 'diam' tapi mulut pulak yang tak reti diam muahahaha. Tak tahula dia ikut pesen sape. Kenit ni jenis penyenyap....budak baik dari zaman sekolah rendah lagi tau ekekeke~

Kakak jugak bukan yang jenis suka duduk melangok depan tv lama-lama. Boring katanya! Bagusssss...at least, kakak takda jadi tv addict macam ibu ni (masa kecik2 dulu). Ibu dulu, boleh maintain duduk tak bergerak depan tv kalau tengok citer feveret ibu. Tambah filem kungfu Jet Li...haiiiyakkk! hahaha. Memang karakter kami berdua berbeza dalam banyak perkara, tapi satu yang ibu & kakak ada persamaan adalah....kami mudah menangis!

Thursday, October 17, 2013

Jenis-jenis Cacing Dalam Tubuh Kita

Thursday, October 17, 2013 16 Comments

Assalamualaikum!~

"Eeewwwwwww eeeeeeeeeewwwwww!" takyah nak geli sangat la ye hehe. Memang cacing ni dok ada dalam perut ang pa sumer. Tak caya, ang pa suruh anak ang pa letak telinga depa kat perut ang pa pastu kuarla bunyi "cretttt cretttt" hahahaha. Tu betul la tu perut ang pa ada cacing lagu tu! mihmih~  

Jom kiter hulurkan salam perkenalan kepada 'parasit' dalam tubuh badan kiter hehe. 

Say hi to....

Wayang Ujung Minggu.

Thursday, October 17, 2013 27 Comments

Assalamualaikum!~

Ujung minggu lepas, memang kaw-kaw punyer kitaorg satu family layan movie. Tak sangka punggung kami boleh tahan duduk berjam-jam tengok citer filem dalam bilik hahaha. Ntah angin kus-kus mana yang datang menerpa kami membuatkan satu family malasssss nak kuar menjenguk matahari.

Memula kitaorg layan Curse of Chucky. Sebelum tu kenit dah tengok dah, cuma Pak Jelan ngan bebudak ni je belum tengok lagi. Mula2 tengok mukadimah, adik puji "wahhhh, anak patunggggg la buuuu". Sekali bila dia tengok anak patung tu boleh bergerak dan bercakap & ketawa dengan kejam, berlari dia menyorok belakang kenit. Nampaknya misi menakutkan diaorg telah berjaya muahahaha. Yang kakak tutup muka dengan bantal busuk. Pak Jelan buat2 tido lelapkan mata bila ada part korek biji mata bahahaha! Tak boleh blah family aku ni!

Wednesday, October 16, 2013

Penjawat Awam Wanita Boleh Pakai Seluar Ke Pejabat.

Wednesday, October 16, 2013 12 Comments


Assalamualaikum!~

Hou yeaaaa! Pada korang (penjawat awam) yang masih tak alert ngan benda ni, sila check pekeliling ni kat jabatan masing-masing ye. Kenit pun baru tau hehe. Anyway, this is kind of good news pada mereka yang nak tukar alternatif pakai seluar/long pants ke pejabat pasni.

To me personally, it's always better to wear long pants than short skirt ke opis. Walaupun skirt tu bawah paras lutut ia masih boleh 'mengganggu' pemandangan di opis hehe. Ni sekadar pemerhatian kenit je, mungkin tempat lain takde la kot. Yang pakai baju ketat-ketat apatah lagi kan......

Monday, October 14, 2013

Ramalanku Benar Belaka!

Monday, October 14, 2013 13 Comments

Assalamualaikum!~

Haaaaa kan den dah kabo an. Tak polu nak susah an hati tu. Ini pokaro kocik yo hehe. Ari tu den ado kabo kek SINI pasal ilang habih sumo papan iklan den kek Nuffnang. Den ingatkan Nuffnang merajuk ko, buek hal ko hehehe.

Lagi den kato, takpo kito tak payah susah-susah an diri anto tiket bagai kek Nuffnang dulu. Kito tunggu ari Isnin (aghini la) tengok ado ko tidak dio kek sano (Nuffnang).

CPUV KE 12 - Sunsilk Samson S

Monday, October 14, 2013 11 Comments


Assalamualaikum!~

Baru lepas packing baju nak balik Melaka arini. Walaupun cuti ader sampai esok je, tapi kenit nak jugak balik kampung! Takpe...yang penting kenit dapat jumpa mak abah. Kakak adik dapat jumpa atok ngan wan. Kami rindu ..... sob sob sob~

Persiapan raya haji tak dala gempaks sangat kali ni sementelah cuti pun tak lama. Hari rabu kakak dah start penilaian akhir tahun jadi kami makan ala kadar, pakai ala kadar. Yang penting??? dapat jumpa atok ngan wan....

Saturday, October 12, 2013

Dah Pandai Melawa!

Saturday, October 12, 2013 9 Comments

Assalamualaikum!~

Dah berkali-kali ibu terkena ngan anak-anak. Kalau time sekolah nak bangun pagi cukup liat! Tapi, time cuti sekolah pandai pulak diaorg ni bangun awal...? Padahal, malam sebelum tu dah siap pesan dah esok cuti sekolah boleh bangun lambat sikit pun takpe (dengan harapan dapatla ibu pun sama bangun lambat sikit hehehe). Tapi, haghemmmmm.....dia bantai bangun awal jugak!

Bangun pagi2 mandi siap dan pegi breakfast kat kedai Cik Tonah. Yang makan ibu dan ayahnya, dia dua beradik bantai main kat tengah padang tu. Itulah budak-budak....bila sihat tak reti nak duduk diam. Berkali kita marah, berbelas kali la dia makin ligat bermain! Tapi, bila datang time sakitnya.... kita yang tak senang duduk! hehehe. But i tell you...seronok jadi ibu. Tak boleh dibayar dengan wang ringgit dan kemewahan untuk menggantikan rasa happiness & kasih sayang antara kita ngan anak-anak, right? (^_^)

Friday, October 11, 2013

Mana Pergi Leaderboard & Large Rectangle?

Friday, October 11, 2013 24 Comments

Assalamualaikum!~

Sebelum kita mencari permasalahan kenapa iklan di Leaderboard & Large Rectangle kenit boleh ilang dari Nuffnang, jom kita jeling-jeling sikit blog picisan Nukilan Kenit ni hehehe. Cer perhati cer perhati.... apa yang korang perasan ada/takda kat blog ni??

Haaaaaaa...banyak takda kan? Sumer ni kenit la punyer keje hehehe. Cbox, linkwithin, segala link ke blog ping dan widget 'Papan Lekat' habis kenit kuarkan dari blog. Sebab? Sebab kenit takmo segala virus yang tak berkenaan masuk menepek kat blog ni. Tengok kat cbox tu je la. Jenuh kenit nak scroll down tengok sapa yang datang berkunjung ke sini. Senang sikit kenit nak BW kalau korang tinggalkan pesanan. Tapi, bila ada cbox tu, mesej yang mengarut2 plak kuar! Vevuluuuuuu je ai baca youuu! hehehe. Ntah apa-apa punye link diaorg bagi, naya je kalau terrrrrklik!

CPUV KE 11 - Project Durian

Friday, October 11, 2013 22 Comments

Assalamualaikum!~

Arrghhhh! kelemahan sendi di sana sini...tulunnnn! Hampir setengah hari kenit berkejaran sana sini tuk settlekan hal peribadi yang dah tak jadi peribadi sangat! Gara-gara 'office boy' yang seperti berumur 90 tahun ke atas, nyanyuk tak tentu pasal...! Ok...ini macam entri luahan hati la pulak kan. Lantak la!

Ini baru dikatakan hangin satu badan. Kita cakap lembut-lembut, beri pesanan setiap hari kat dia mintak tulun amik surat kalau gi AG sana. Tapi......haghaaaammmmm dia nak panjat tingkat 3 tu! Eeeeiiiii vevuluuuuuuu je aku nengok pe'el cenggitu!

Thursday, October 10, 2013

Cabutan Kedua Pemenang Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway

Thursday, October 10, 2013 27 Comments

Assalamualaikum!~

Nampaknya masih ada pemenang yang masih belum menuntut hadiah top-up dari kenit sehingga semalam (9hb Oktober 2013), setelah diumumkan di SINI pada 7hb Oktober lepas. Maka, dengan itu ada TIGA (3) tempat kosong lagi untuk diisi pemenang bertuah bagi cabutan kedua yang akan dibuat...sekarang! hehehe.

Untuk makluman korang, kenit ada memaklumkan kepada semua pemenang tentang kemenangan mereka di link masing-masing tapi, masih tak tuntut hadiah jugak. So, to be fair kenit akan cabut buat kali kedua dan pilih pemenang lain dari 30 peserta yang layak untuk menang kali kedua(^_^). Suke tak suke tak suka tak? hehehe.


Tuesday, October 08, 2013

Amanah Allah

Tuesday, October 08, 2013 13 Comments

Assalamualaikum!~

6 beradik yang ditinggalkan...Allahurobbi T___T

KUALA SELANGOR – Hanya disebabkan tidak puas hati, sepasang suami isteri sanggup meninggalkan enam anak mereka yang masih kecil bersendirian di sebuah rumah di Jalan Bukit Panjang, Jeram, kira-kira jam 1 pagi semalam dan hilang tanpa khabar berita.
Lebih menyedihkan, keenam-enam beradik itu terpaksa makan apa sahaja termasuk cebisan roti terbuang demi mengisi perut, manakala adik bongsu mereka berusia tujuh bulan hampir ‘nyawa-nyawa ikan’ akibat kelaparan.

Monday, October 07, 2013

Pemenang Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway

Monday, October 07, 2013 22 Comments

Assalamualaikum!~

Alhamdulillah, berakhir sudah Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway. Kenit mohon maaf diatas kelambatan mengumumkan pemenang, sebab kakak selsema teruk sejak Jumaat lepas. Tido malam pun tak lena. Apapun,terima kasih ye korang sudi join 1st GA kenit. Ada bloggers baru yang kenit tak kenal lagi pun sudi join, korang sumer ohsem!

Seperti yang dijanjikan kenit akan umumkan pemenang bertuah menggunakan Random.org. So, jom kiter tengok nombor saper yang kenaaaaaaaaaa....! (^_^)

Friday, October 04, 2013

Pendaftaran Sekolah & Sekolah Agama Kakak.

Friday, October 04, 2013 19 Comments

Assalamualaikum!~


Sekarang dah masuk bulan Oktober kan. So, memang kenit kerap jugak check status pengesahan sekolah kakak untuk tahun hadapan. Benda depan mata je, masuk esppsel dan check samada nama anak kita ada dalam senarai sekolah yang dipohon. 

Kenit ingat nak buat rayuan mulanya, tapi mikirkan sekolah yang PPD bagi ni not bad la. Sekolah baru ni perempuan je sumer, sama cam masa kenit kecik2 dulu. Senang sekolah pempuan ni hehe. Lagi satu, yang penting sangat ialah transit. Kalau transit takda dari sekolah ke taska, susah sikitla bagi kenit nak amik dan antar kakak ke taska. Kiter ni bukan boleh kuar sesuka hati je. Kat opis ni ramai 'mata-mata golap'! hehe.


Katak Serupa 'Alien' Lepas Makan Kelawar!

Friday, October 04, 2013 24 Comments

Assalamualaikum!~


Renjer hutan di Peru berjaya merakamkan imej unik seekor katak (cane toad) apabila seekor kelawar terbang masuk ke dalam mulut katak tersebut, meninggalkan hanya sayap dan ekornya kelihatan di luar mulut katak itu.


Mohon sumbangan anda untuk Show We Care:  Syria Care

Jom menderma untuk Tahfiz An Nur


sekali pandang ada ghuper peliks jugak katak ni hahahaha~

Thursday, October 03, 2013

UPDATE: Senarai Peserta Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway.

Thursday, October 03, 2013 21 Comments
Assalamualaikum!~

Alhamdulillah..! Thank you thank thank you guys! (^_^) Terima kasih sekalung budi bagi yang telah menyudikan diri join 1st GA by kenit. Terima kasih atas support anda (^_^).

Minggu ni kenit sibuk giler dengan kursus di ofis...happening giler ok! bukak blog pun sekadar bukak katup je hehe. InsyaAllah kenit akan singgah ke link korang to say hi and thank you (^_^)

Sudi2kan diri untuk check jika link penyertaan anda ada dalam senarai di bawah, Kalau takda, bagitau kenit ye. Sambil check tu, bolehla korang BW link kengkawan lain dan berkenalan (^_^).

Kak Mun Dah Pencen?

Thursday, October 03, 2013 13 Comments

Assalamualaikum!~

Ini bukan kategori ketinggalan kapal lagi dah tapi kapal karam terus...! Macam maner aku boleh tak perasan Kak Mun dah pencen sebulan yang lepas?? hahahaha. Hampeh tul! 

Minggu lepas, tetiba Kak Tun menyapa... 

"Nim, nak gi Amcorp?"

"Wat mende?"

"Akak nak gi belanja makan Kak Mun kat sana, nak ikut?"

"Bakpe belanja Kak Mun pulak?".

"Laaaa..kan dia dah pencen..."

"Laaaa..bilenye dia pencen??"

Haaaa the rest malas la aku citer lelebih. Tanjat gegurl aku pagi tu hehehe. Okla, so aku ikut la Kak Tun and the geng. Lama dah jugak aku tak jumpa Kak Mun...tu pasaila lama aku tak nampak dia kat opis hehe. Anim....anim!

Protokol & Etiket Bersama CuteCarry - Appearance

Thursday, October 03, 2013 6 Comments
Assalamualaikum!~

Perghhh! kursus lagiiiiii....! ape boleh buat, tempoh 'matang' kami tak cukup lagi hehehe. Ada baki 4 hari lagi nak kene perabih ni. Tetiba dapat panggilan kursus lagi. This time....pasal protokol dan etiket!

Kursus kali ni pun 3 hari ja! Tapi, rasanya macam nak sambung lagi 3 hari hehe. Penceramahnya happening giler woi! Ni kali kedua kenit join kursus etiket di jabatan kenit, but i have to tell you, i love the 2nd one...! (^_^)

Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway.

Thursday, October 03, 2013 48 Comments
Assalamualaikum!

Kelajuan jari menaip tak seperti biasa sebab excited + nervous nak mulakan disini hehe. Sempena anniversary Nukilan Kenit yang pertama, Kenit nak celebrate dengan korang the very 1st GA by Nukilan Kenit. I know i know....it's a bit late... nak masuk bulan Oktober pun kan. 

But, fear not my humble friends...hari ini ia bermula..

Dengan lafas Bismillahirrahmanirrahim.....

Setahun jagung penuh kemanisan! 




Syarat-syarat sah join:

1. Follow blog Nukilan Kenit (senang nak follow up result nanti kan). Tak kisah la nak add biasa atau Google +


2. Buat satu entry bertajuk "Setahun Jagung Nukilan Kenit Giveaway"


3. Copy je kod entri yang disediakan di bawah ni.


4. Dah siap? baru leh hantar link entry korang ke diruang komen di bawah sebelum 3hb Oktober 2013 11.59 tghmalam.



Senang tak syarat2nya? senang je kannnnn hehe. Kenit mencari 17 orang pemenang bertuah. Pemilihan pemenang akan dibuat melalui Random.org. Jika penyertaan kurang dari 50 pun Kenit akan teruskan. sob sob...kasi chan la yek :D



Hadiah yang bakal korang menangi:

1)Top-up RM10 X 3 pemenang

2)Top-up RM5 X 4 pemenang 

3) 10 blog bertuah yang akan dimasukkan dalam 
bloglist Nukilan Kenit bulan Oktober
(5 Oktober - 5 November 2013)

Giveaway ini akan tamat pada 3hb Oktober11.59 tghmalam

Copy Coding Entri Yang Disediakan Ini 


Credit to Mialiana.com

Semoga 1st GA kenit ni dapat mengeratkan lagi hubungan maya
sesama kita (^_^)
Have fun guys!

CPUV KE 7 & KE 8

Thursday, October 03, 2013 7 Comments
Assalamualaikum!~

Ya Allah...! tension giler aku tak update aper2 dua tiga hari ni tau...! Orang lain syok update entri bagai setiap hari. Yang kenit asyik sibuk ngan kursus ....! Oh em geeeeee....! muahaha~

Ok stop it anim! Itu selingan gedik sebentar tadi. Bukat kenit yang sebenar haha. Eh, korang pernah rasa jari menggigil tak bila tak dapat menaip tuk update entri??

You know right now, jari kenit menggigil laju nak menaip...macam addict plak kannnn!
Dah berhari tak menaip ni...entri dalam draft bersepah dik non!

Balik umah sempat bukak 5/10 minit je....sebab ada dua 'supervisor' kecik dok monitor kiter kan. Buka blog sikit, dia kasi sound kat kita....! Tensi you knowwwwww :D

Mujur Nuffnang tak bagi i tensi...dia bagi i happy hari ni hehehe~