Monday, January 27, 2014

# Cerita My Pearls

3 Sebab Mengapa Kakak TakNak Pergi Sekolah.


Assalamualaikum!

Hormon tak berapa balance bulan pertama ni. Bukan hormon badan, tapi hormon persekitaran hehe. Dengan kakak yang dah bersekolah 2 sesi dan kesibukan yang melanda diri di pejabat, di atas jalan raya dan di rumah, menyebabkan carta jadual kehidupan ku sedikit 'berombak'. Nak BW pun terbantut!

Minggu pertama dan kedua, kakak seemed ok. Suka gi sekolah pagi dan suka gi sekolah agama petangnya. But, lately aku tengok kakak macam dilanda 'jiwa kacau'. Terutama ekspresi wajahnya bila nampak aku.



Rabu lepas kakak MC sehari sebab demam dan cirit birit. Tapi, disebalik ketidaksihatan dirinya tu, aku dapat rasakan dia macam sembunyikan sesuatu!

Hazwani jenis yang takkan bagitau masalah dia dengan orang. Kalau boleh dia nak 'tanam' dalam-dalam masalah dia. Sakit kaki ke, tangan berdarah ke takkan dia bagitau kat cikgu. Kes kaki tersepit tu je la contohnya, 5 kali soal baru dia nak bagitau T__T.

kali ni, something is wrong with her. I just know it! Tanya sekali... dia senyap. Tanya kedua kali ... dia diam jugak. Tanya ketiga kali .... air mata berjurai dah! Tanya keempat kali .... idgham tu aku kasi panjang sikit, "Bagitau ibu Hazwaniiiiiii, napeeeeeeeee awak taknak gi sekolah niiiiiiiii????"




"Kakak nak ibu. Kakak rindu ibu". Menjejeh-jejeh air mata dia cakap macam tu kat aku. Ini boleh jadi macam homesick atau lebih tepat mother-sick. Tak tahu la naper Hazwani boleh jadi emosional tetiba. 

Mungkin dia rasa tak selesa atau terlalu berat untuk dia tanggung buat masa ni. Sampaikan dia request suruh aku gi amik dia di sekolah tengahari dan hantar pula dia ke sekolah agama lepas tu. Penat pun ye jugak tu. Setiap kali balik petang, mesti dia akan tidor terlentok-lentok dalam kete sampai la ke umah. 

Antara benda yang buat dia menangis jugak ialah masalah kawan di sekolah. Ini memang biasa berlaku di zaman kanak-kanak. Aku pun kena buli gak dulu kat sekolah rendah tapi tak trauma mane pun haha. Kes kakak ni, kawan lelaki dia baling pensel kat muka dia katanya. Mungkin ia nampak tak serius tapi, sekarang dia takmo gi sekolah tau!  So, ini memang serius pada Hazwani! Aku dah pening dah ni camne nak yakinkan dia semula. Puas aku soal selidik samada dia kacau budak tu atau tidak, cakap sesuatu yang tak elok ke tidak dan sebagainya. Tapi, kalau budak dah nangis gitu bukan dia yang mengacau tapi dikacau.

Setiap kali balik sekolah, soalan pertama yang akan aku tanya, "kakak ok ke? study arini ok?". Subjek-subjek lain memang setakat ni takda masalah pada kakak. Tapi, bahasa Arab dan tulisan jawi memang dia sedikit kelam kabut buat permulaan ni. Memang diakui, semangatnya sedikit 'jatuh' dan disebabkan tulah bila ada homework tulisan jawi, dia akan buat muka sedih minta aku ajarkan. "Susah la bu ...kakak tak boleh buat."

Bab soal siasat dah selesai. Sekarang masuk bab nak menyelesaikan masalah kakak pulak. Ya Allah berikan aku ilham untuk meyakinkan kakak semula. Korang.... doakan aku juga ye T__T.



32 comments:

  1. Replies
    1. sian jugak nengokkannya. 1st time la katerkan...

      Delete
  2. kuatkan semangat kak...insya Allah, dia akan dapat atasi dengan bantuan akak...saya doakan semoga semuanya dipermudahkan...aamiin...

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah, terima kasih mama atas doa yang baik ini ....aaminnn :)

      Delete
  3. alalalla manje nyee ngn ibu diee..rindu sgt smpi nk g skola pn xmo jauh ngn ibu die ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooooo manja dia mengalahkan adiknya! haha. Ye la, umur 2 tahun dah dapat adik, tak puas bermanja lagi la kes ni agaknya hehe :D

      Delete
  4. tula masalahnya akak kan.. kalau bdk2 tetiba xnak pegi sekolah adalah tu masalah buli-membuli kat sekolah.. semoga dipermudahkan urusan.. singgah follow sini.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah aaminn.. terima kasih wawa :D

      Delete
  5. ala kesiannya..semoga keadaan kembali normal yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harapnya begitulah...insyaAllah terima kasih ye Ija :D

      Delete
  6. perempuan kan selalunya lembut sikit... org kacau dia da sedih da.. pelan2 kena ajar hati dia kuat sikit, selebihnya doa setiap kali hantar sekolah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu dear, hazwani ni keras kat luar dalam lembut. Mudah menangis pulak tu hehe. InsyaAllah, dalanm proses meyakinkan dia ni :D

      Delete
  7. adik dulu pun penah mcm ni sbb ada budak dok kacau die.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmm tu la, tak sangka pulak boleh kena kat kakak kali ni hehe :D

      Delete
  8. Moga dapat selesaikannya aka. Kental kental. :)

    ReplyDelete
  9. saya pun pernah kena gak anak darjah satu bila ambil time petang balik keje, tiba-tiba nangis, sampai kat rumah tanya baik-baik dia jawab........rindu mama...aduhai....
    nasib baik anak sekolah semua girl........

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh akak pun pernah kena ye. Tu la, ni sama kes la ni hehe.

      Delete
  10. dugaan tu kak..kena byk besabar.mudahan akan dpt tanganinya dgn cpt

    ReplyDelete
  11. biasalah tu kena buli, kena garang sikit. hehe. bab jawi ngan arab tu kena usaha comform pandai punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Garang tkleh jalan dah skrg ni dik hehe. Lagi dimarah lagi dia takmo gi kang :). Akak pun ckp benda yg sama, bab jawi ngan arab kena bykkn latihan.

      Delete
  12. alahaii siannya kakak..kena pujuk habis habisan ni..bahaya jugak tu kak baling pensel..kalau kena mata ke.bahaya tu

    ReplyDelete
  13. Alahai.. Sweet n.touching je rasa...

    ReplyDelete
  14. laaa siannye..sure hati ibu dia ni runsing
    moga dipermudahkan utk akak

    ReplyDelete
  15. semoga tabah melayan kerenah anak,, ^_^

    ReplyDelete
  16. Br strong okey kenit.. I know u can do it!!

    ReplyDelete
  17. moga dipermudhkan semuanya sis..tp bila bca entry sis, teringat time kecik-2 pun mcm ni jgak..hihi

    ReplyDelete
  18. Aduhh kesiannya.. budak2 mmg mcm tu. Anak sy pun pernah tak nak pergi sekolah sbb kawan dia terkoyakkan buku dia. In shaa Allah.. mmg ambil masa sket, tp nnti ok lah.. semoga Allah beri ketabahan kpdnya.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
  19. kesiannya ...anak saya pun dok buat perangai tak mau pi sekolah kebelakangngan nie kena siasat nie

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates