Biar Dekat Asal Happy!

Monday, January 20, 2014

Assalamualaikum!

Kali terakhir aku jejakkan kaki ke sini tahun 1993, darjah 3. Bukan pergi ngan family pun tapi pergi ngan saudara masa tu. Style abah tak suka bawa anak-anak gi mandi sungai, berbahaya katanya. Dia lebih suka bawa anak-anak gi mandi laut macam kat Port Dickson tu huhu. Tiap-tiap minggu kat pantai Port Dickson batu 8 tu la tempat kami mandi terkencing terberak di situ muahahahaha!

Setelah 21 tahun menanti, akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke sini. Kat mana lagi kalau bukan Sg. Congkak, Hulu Langat! haha. Eleh, bolakang umah den ajo ghupo eh! Idup-idup den ingat jauh bobonar :D. Kami gi ikut laluan belakang Bukit Ampang je dalam 30 minit gitu dah sampai!



Mira sibuk tayang dompet baru Barbie! Kelmarin dia pau ibu kat
QQ Shop hehe.

Kul 9 pagi, kami gerak dari rumah. Bawa apa yang patut je, last-last terlupa nak bawak tikar! haha. Dengan yakinnya Pak Jelan cakap, "alaaaa kat sana kang kita duk yang ada meja la".Takpe takpe, kita tengok je la nanti >.<


Dalam perjalanan, sinar matahari mula menembusi cermin kereta. Masing-masing amik spek itam dan pakai. Bila pusing belakang, si budak kecik ni siap dengan spek ala-ala Hitrik Roshan dia! hey itu spek ayah le! Kemain melampau bergaya budak ni tau, lawan tokey ni!

Mira dengan muka toya!

Perjalanan cuma 30 minit je, tapi mungkin sebab laluannya banyak kena tempuh trafik light pastu jalan turun naik turun naik, Mira mula buat perangai banyak songeh tak sabo-sabo nak rendam kaki dalam air sungai!

"lamenye nak sampai ni .... ayahhhhhhhh jauhnye sungai ni yaahhhhhh"

"nak yang dekat mandi dalam bilik air je la"

Pastu dia buat muka itik Duffy Duck.


Mana satu ni?mana satu ni?

Kelihatannya, Pak Jelan sangat kenal dengan jalan di sana. Rupanya, setiap Sabtu & Ahad kat area sini la Pak Jelan dan kawannya belajar masak dengan caterer di kawasan ni. Tu yang yakin bebenor dia mengajak kita berpiknik di sana hehe.





Playground paling sunyi! hehe. Sume budak teruja nak mandi sungai, memang tak laku
la mendalah ni. Anak-anak kenit jeling sebelah mata je hehehe.

Posing dulu sebelum mandi hehe

Yesss! yessss! berguna jugak swimming suit ni akhirnya! hahaha. Actually, baju renang ni ayah diaorg belikan dari tahun lepas lagi. Masa tu dok gila shopping kat uptown Damansara, tertengok baju renang ni terus beli. 

Kakak nak design menutup aurat (heeee), cuma kakak malu nak pakai penutup kepala tu, macam kepala botak takda rambut je katanya hahahaha. Yang adik masih dalam dunia kartun haha. Adehhh T__T.



Kami bergilir-gilir bawa anak masuk dalam air. Sejuk gilerrrrrr! Mungkin masa tu awal lagi kot hehe. Tapi, airnya memang jernih pastu ada ikan-ikan kecil dok berenang. Mira sampai takut-takut nak masukkan kaki dalam air,"ikan tu tak mati ke kalau kita pijak dia bu?". Bagus anak aku sangat concern pasal ikan hehehe.

Hahahahahaha heroin malaya!

Kesian pun ada jugak dengan kenit sorang ni. Sakit kaki katanya sebab pijak batu-batu dalam air tu. Ye la nak .... ni kali pertama korang mandi sungai hehe.

Si kenit ni tadi dalam kereta kemain lagi bila nak sampai bila nak sampai. Bila dah sampai, melekat terus ke ayahnya muahahaha! Bila masuk kaki dalam air sungai, mula menangis kesejukan. Akhirnya, ayah jua la tempat Mira berpaut hehehehe.

Rendam kaki je laaaaa

Mira memang tak tahan duk lelama dalam air tu. Sakit .... sakit katanya. Rupanya kaki sakit sebab pijak batu-batu dalam air tu. Memang takleh elak la. Yang kakak pulak geli pijak pasir tu. Memang kenit yang sulung ni rimas kalau ada pasir kat kaki. Sanggup dia buka kasut nak buang pasir 2 butir!





Biasa kalau diaorg ni jumpa air terus nak terjun je, tapi masa tu memang airnya agak sejuk la hehe. Tapi masing-masing buat muka gigih nak senyum sambil terketar-ketar dalam  air hehehe.


Tiba masa makan, masing-masing tunjuk muka lapo padahal sedang terketar menahan sejuk hehe. Ibu je maintain cool waktu ni >.<


Bihun goreng cincai boncai

Inilah juadah kami aritu. Memang cincai boncai je masaknya, tapi dimasak penuh kasih sayang. Hasilnya? Sodap! Pak Jelan memang masak style cincai campak-campak gitu je dalam periuk tapi bila makan ... perghh! Tengok pada rupa macam pucat lesi je bihun ni, cuma ada udang ngan telur je pastu kicap hehehe. 




Kesian aku, sekeping gambo ni je la kenangan ngan bebudak ni. Nak tangkap banyak2 malu-malu arnab la pulak kan. Sebab masa tu kat sebelah kiri dan kanan tempat kitaorg piknik ada family lain jugak. Memang control habis dah ni hahaha.

My kenits kesejukan. Bibir Mira dah lebam dah tu!

Akhirnya, my kenits surrender hehe. Hampir 1 jam setengah main dalam air, siap dibelikan pelampung lagi tu! Tapi, takleh celen kesejukan air sungai yang menusuk hingga ke tulang itam diaorg! Kesian anak ibu .....

Pelampung yang dibeli hanya mampu bertahan 20 minit dalam air. Pastu Pak Jelan ajak balik dah sebab tengok anak-anak tak tahan sejuk duk dalam air lelama hehe. Kalau beli awal-awal tadi, dapat gak la berenang puas-puas kan.

Sebelum balik .....


Walaupun sejuk, my kenits happy. Dan, diaorg kata nak datang lagi! Takpe dear, umah kito dokek jo ngan sini, nanti boleh ajak ayah datang sini lagi k hehehe.


Turun Bukit Ampang, Pak Jelan berhentikan kereta di tepi jalan.



"Kat sini la kita dapat tengok view KL. Waktu malam lagi cantik berlampu-lampu. Orang pun ramai lepak-lepak sini sambil makan sambil tengok pemandangan KL dari sini."



"Oohhhhhh ....."



Dan, tak lengkap rasanya kalau kenit tak amik sekeping dua gambar pemandangan KL dari atas bukit ni kan. Walaupun bukan kamera canggih atau beresolusi tinggi, tapi ok la ni hehehehe. 




Last but not least.....

"Ada apa kat Sg. Congkak?"

" video


Traumatic answer .... BATU!mihmih.


You Might Also Like

16 pengomen comel

  1. pernah sekali bawa amir ke sungai congkak, dia bukan main suka lagi padahal bibir dah menggeletar semacam...tu pon takmo naik...nak main air lagi...hehehehe...budak2 kan kak...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye mama, sejuk cam mane budak kalau dah jumpa air memang nak main jugak la hehe :D

      Delete
  2. sg. congkak tempat perkelahan masa sekolah dulu join jadi pengakap... ^_^... lama juga farah x jejak sg.congkak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terkenal sg congkak ni dari dulu kan Farah. Best kalau ada aktiviti kat sini dekat ngan alam semulajadi :)

      Delete
  3. Wahhh seronoknya mandi sungai.Last saya mnd sungai ntah bila2 lah tak ingt hehhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaaa kalau macam tu kena gi balik la hehe :D

      Delete
  4. seronoknya pergi berkelah dgn family..happy je anak2 akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru nak berjinak-jinak bawak bebudak ni hehehe. Masing-masing dah besar sikit baru sedap berjalan ye dak :)

      Delete
  5. time well spent with family ^^ fae pun suka mandi sungai. sejuk jgn ckp la haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, dari terperuk di rumah baik kita masuk utan satu family kan hehehe.

      Delete
  6. Wah happy la dapat mandi sungai kan.. farah dh lama tak p mndi sebab takut kena kencing tikus..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kenit pun ada terfikir tu jugak Farah, tapi alhamdulillah selamattttttt hehehe :D

      Delete
  7. wah syoknye sambil berpiknik..lama dah x mandi sungai mcm ni
    Ayu mempesonakan! Jom!!! Cantik Berhijab Dengan Fesyen Terkini Shawl Dari Hijabterkini.com

    ReplyDelete
  8. Hi.. Bestnya dapat mandi sungai. Dulu masa kecik2 suka juga mandi sungai. Sekarang prefer mandi di swimming pool jak. Hehe..

    ReplyDelete
  9. ketawa sakan saya baca ayat akak..kelakar sangat.

    ReplyDelete
  10. Xtvt.kekeluargaan yg memyeronokkan..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM