Breaking

Saturday, January 04, 2014

Hari Pertama Wani Di Sekolah Agama

Assalamualaikum!

1 hari, 2 orang budak dan 3 buah sekolah! Tapi, penatnya mengalahkan handle 10 orang anak! hehe. Cam maner la diaorg yang ada anak 5-6 orang yek huhu kalau den mau pengsan! Dari pagi hingga petang kami berkelana di sana sini menguruskan hal sekolah bebudak ni. Mira ke tadika macam biasa pagi tu. Kenit hantar sampai kat depan gate pintu je, tak masuk dalam pun tengok dia hehe. Tak nangis anak ibu ni .... tough girl kan!hehe

Habis kelas tghari tu, kami dah menunggu depan tadika Mira nak bayar yuran. Minggu lepas tak sempat, sebab sibuk menguruskan hal sekolah kakak. Ye la kakak sekarang dah kena pergi dua sekolah ... pagi dan petang. Mujur la dua2 sekolah tu dekat-dekat je huhu.

Berselfie sambil tunggu giliran
Ya Allah! chubbynye akuuuuuuu!
T__T

Tahun ni memang tahun barang naik! Bila segalanya yang asas naik, maka yuran tadika pun otomatik naik. Tapi, disebabkan kakak dah kena pergi dua sekolah pagi dan petang, maka kurangla sikit bayaran yuran pendaftaran tahun ni.  

Tahun ni yuran daycare dan tadika naik RM10 masing-masing. Baju sekolah dan baju sukan pun naik RM10 jadi RM40 dan RM30 sepasang masing-masing T__T. Mujur jugak baju sukan & baju sekolah takyah beli dah, Mira boleh guna kakak punye hehe. Masih elok pun .....

Transit dah semestinya kena ada untuk kakak, senang dia nak berehat dan tukar baju sebelum ke sekolah agama petangnya. Mira (tadika {deposit 2 bulan} + daycare {deposit 2 bulan}+ alat tulis + insurans + lain-lain =RM790, kakak (transit {deposit 2 bulan}) = RM300. Gedebak gedebuk semuanya RM1090, agak murah berbanding tahun lepas {SINI} hehe. Bulan-bulan bayar RM470 berbanding RM600 tahun lepas. Ok ke? Ok la tu (^_^)

Antara parent yang hadir untuk bayar yuran.
Lepas dia .... kamiiiiii!

Dah settel bab tadika, kami bergegas pulak ke sekolah kakak. Yuran sekolah kakak dah lama settel on the orientation day aritu. So, takda la pening-pening lalat sangat haha. Pagi tu, kami banyak habiskan masa di sekolah kakak, sebab ni 1st time dia masuk sekolah rendah so kasi chan laaaaaaaaa. Kenit dulu pun darjah satu mak tunggu luar kelas dari pagi sampai tenghari tau! Setia mak berdiri di tepi tingkap luar kelas nak tengok kenit nangis ke tak masa tu hehehe. Tapi, mujurlah anak-anak macam kenit jugak .... muka blur takda perasaan muahahaha!


Yeayyy! anak aku dah keluar!
(^_^)

Haaaa cer teka mana satu kakak? haaaa yang tudung senget tu la kakak haha. Tunggang langgang tudung ko nak! sebab dok 'berperang' nak bawak turun beg troli 10kg tu kan. Tu la, ibu dah kato jangan diboli beg boghek-boghek ni, kang ekau jugak yang mencungap nak menampung beg tu turun naik.

Dah la kelas kat atas, nak kena bawak beg troli 10 kg tu. Tu belum ada buku teks lagi tu! hehehe. Mau 'kering' kakak ari-ari turun naik tangga dengan beg tu heeeee.



Dah kuar sekolah, kami singgah di masjid berdekatan untuk solat dan menukar pakaian kakak. Pukul 2.30pm dah nak kena ada kat sekolah agama untuk bayar yuran dan penempatan kelas Tahun 1. 



Masuk je kelas, terus dia meluru amik 'port' baikkk punyer tepi tingkap. Dalam kelas kat sekolah rendah pun dia duduk tepi tingkap jugak! Ni sekolah agama pun duduk tepi tingkap jugak! Ye la .... kakak kan kuar ikut 'tingkap' dulu hehehe.

geng tadika ke geng sekolah agama
T__T

Oooohh patutla dia punye excited lain macam semalam! Ghupernyer ada geng! Kemain rancak dia berborak dalam kelas. Ibu takut nanti dalam repot kad cikgu tulis kakak banyak cakap dalam kelas T__T, Hampir satu kelas tu semuanya budak-budak dari tadika yang sama tahun lepas. Tak boleh lari kemana dah huhu.



Kesian Mira, seharian dia bergelumang dalam baju sekolah tadikanya tu huhu. Ibu terlupa sungguh la nak bawa baju spare semalam. Ayahnya lagi tak ingat ape dah, komplen sakit kepala huhu. 

Beratur nak bayar yuran

Sekolah agama ni half-swasta half-gomen, bagi kenit yuran pendaftarannya agak murahla RM190++ termasuk lencana sekolah, PIBG dan macam-macam lagi. Bulan-bulan bayar RM15, ok tak?


Selesai bayar yuran, kami tinggalkan kakak dalam kelas. Macam biasa ... muka takda perasaan haha. Mira pulak gaduh lapo lapo. Kesian anak ibu, dah la baju tak bawak, berlengas ngan peluh penat menunggu kakak dari tenghari sampai petang.

Dah dapat sosej masih buat muncung itik??

kesian ....
bengkak mata budak tak tido petang
hehehe

termenung tunggu bila la kakak nak balik ni
heeee

Sekolah agama habis pukul 5.30pm. Takpela balik lambat sikit hehe. Asalkan kakak adik ada depan mata ibu setiap hari pagi dan malam. Ni je la caranya ibu nak mendekati anak-anak ibu. Walau payah kuturutkan jua.... ececececeh!

Me and my pearl Hazwani.
Terserlah lagi ke-chubby-an pipiku
T____T

13 comments:

  1. wah mahalnya yuran sekolah huhu nasib baik sekarang dah dpt biasiswa tak menyusahkan mak ayah lagi . tinggal adi je lagi 2 org. kalau tak kesian mak abah ek.

    ReplyDelete
  2. Wahhhh daycare tu mahalnyeeee, hhuhu bnyk jugak pakai duit utk start sek ye :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. oohh ader benda terlupa nak tambah tu, jap jap kenit update balik hehe. Tapi, nak sekolah ni memang kena banyak pakai duit :D

      Delete
  3. mmg segalanya duit la zaman skrg.. kesian bg yg tak mmpu... sbb tu msih ada yg x bersekolah walaupun dh zaman moden ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah, itulah yang menjadi persoalan paling pelik untuk dijawab.

      Delete
  4. Slmt menempuh alam persekolahan.. semoga menjadi insan yg berjaya di dunia & akhirat.. aamiin.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminn yarabbal 'alamin mekasih pakcik khir :D

      Delete
  5. kak lea pun semput nak manage bajet bulanan.itu naik ini naik ayoyo.....ramai officemate tak jadi nak tambah anak sebab kena fikir kos itu kos ini he3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang terasa tahun ni sumenye naik kak hehe.

      Delete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.