Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Thursday, January 16, 2014


Assalamualaikum!


Bak kata seorang pujangga, perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. Maka, mulakanlah langkahmu dengan berkongsi ilmu yang baik. Sorry, ayat last tu kenit tambah sendiri hehe. Maka, begitulah tujuannya kenit di sini untuk sama-sama berkongsi ilmu yang sangat kecil ini tapi diharap dapat membantu rakan blogger di luar sana.

Kenit bermula sebagai newbie. Pengalaman setahun masih dilihat sangat 'hijau' apatah lagi dalam dunia tutorial. Namun, kenit ingin seboleh mungkin menyumbang sesuatu dalam dunia blogging walaupun mungkin yang melihatnya hanya sipi-sipi saja.

Ada 3 ilmu blogspot yang ingin kenit kongsikan bersama pembaca. Bagi ketiga-tiga perkongsian ini, adalah ditanya sendiri oleh rakan blogger lain dan kenit sekadar membantu mana yang termampu. Antaranya:

  • Apa yang perlu ditanya pada Nuffnang (berkaitan ticket)
  • Fungsi crosspost Networkedblogs di blog
  • Cara linkkan tab menu dengan Labels

Apa nak tanya kat Nuffnang?



Inilah dilema utama pengguna Nuffnang terutama blogger yang baru nak berkecimpung dalam dunia pengiklanan. Antara soalan-soalan yang boleh kita tanya untuk pertama kali dan seterusnya kenit kongsikan di {SINI}. Jadi, dengan adanya panduan ini blogger-blogger baru tak perlu menanti lama untuk hantar tiket pada Nuffnang.


Fungsi crosspost Networkedblogs di blog



Kemudahan yang disediakan oleh networkedblogs ini memudahkan kita mengongsi apa-apa entri dari blog kita ke medium sosial seperti di FACEBOOK, TWITTER & LinkedIn. Dengan cara ini, perkongsian akan jadi lebih mudah, pantas dan menarik! Perkongsian ilmu ini ada kenit selitkan di {SINI}.


Cara linkkan tab menu dengan Labels



Tutorial ringkas ini ada kenit kongsikan di {SINI}. Pencarian artikel akan jadi lebih mudah dengan cara ini. Pembaca hanya perlu klik pada tab menu dengan Label yang spesifik untuk mengesan apa-apa entri berkaitan yang diperlukan.


Semoga perkongsian ilmu yang sedikit dan kecil ini dapat membantu rakan blogger yang memerlukannya. Sebagai seorang blogger kenit juga bermula dari awal dan sedikit demi sedikit kenit mempelajari teknik ini untuk memperbaiki lagi kemahiran dalam berblogging. Sesungguhnya, kenit sendiri masih perlu belajar dari blogger otai yang lain (^_^).


Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.


You Might Also Like

12 pengomen comel

  1. gud luck dear, ilmu tentang crosspost tu sememangnya banyak membantu mama... :) satu perkongsian yang menarik

    ReplyDelete
  2. assalam selalu intai cari ilmu...tq

    ReplyDelete
  3. Terima kasih kak sebab sudi share :)

    ReplyDelete
  4. Thanks 4 sharing kenit.. terutamanya tentang crosspost..berguna utk farah tue..=D

    ReplyDelete
  5. T kasih diatas perkongsian.. all the best.. :)

    ReplyDelete
  6. Link sini dalam point tab menu tu x ble klik laa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh dah bro, terima kasih atas pemberitahuan :)

      Delete
  7. wah perkongsian yg menarik dri akak..yumida pun belajar buat tab menu aritu dri akak..thanks atas tunjuk ajarnya..mmg bgs dikongsi bersama..mana tahu yg lain nak buta jugak kan..nice sharing
    Jom berkongsi Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

    ReplyDelete
  8. Terima kasih dengan ilmu-ilmu yang dikongsikan. Semoga terus suksess

    ReplyDelete
  9. terima kasih diatas perkongsian.datang dari senarai peserta segmen ilmu blogspot. done follow anda, salam ukhwah, salam perkenalan, dari : MyCherita

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM