Tuesday, January 07, 2014

# Cerita My Pearls # Petua

Mangsa Tersepit Jugak?


Assalamualaikum!

Memang nak jadi sungguh kan. Benda bukan dirancang, tak siapa rela merasa sakit tersepit. Tapi itulah.... benda nak jadi, tetiba boleh pulak tersepit celah kerusi dan sebagainya. Tak sangka pulak anak ibu pun boleh termasuk dalam kategori 'tersepit' tahun ni huhu. Tapi, ini bukan calang-calang punyer tersepit, ini betul2 sakit punye tersepit! T__T

Alkisah kakak bercerita ....



"Petang tu kakak main kejap kat buaian tu nak tunggu kereta pegi sekolah agama. Kakak mula2 berdiri kat tengah-tengah buaian tu, tangan kakak pegang besi tempat duduk tu. Pastu Izzati tolak kakak, kakak jatuh kaki kakak tersepit. Kakak tarik kaki kakak kuar perlahan-lahan pastu kakak duduk kat tepi tu je."

"Kakak nangis tak? ada bagitau cikgu?"

"Nangis .... kakak nangis. Kakak tak bagitau cikgu"

"Nape tak bagitau cikgu? Abis tu kakak gi sekolah agama camne?"

"Kakak boleh jalan sikit-sikit la"

"Dah tu masa rehat kakak jalan ke kantin jugak? tak sakit ke?"

"kakak jalan perlahan-lahan. Sakit gak"

Budak lain tersepit dekat sekolah, kakak tersepit kat taska huhu. Nak salahkan sesiapa, benda tak jelas lagi, apapun ibu akan tanyakan hal ni pada cikgu later on. Ibu dah peringat banyak kali pasal benda ni kat kakak, tapi tu la ....

Start kakak berjalan ke luar sekolah agama lagi, ibu dah perasan kakak jalan terhencot-hencot sambil tarik beg sekolah. Bila ditanya, ini rupanya yang terjadi. Masuk dalam kete, bukak kasut dan stokin ... hah! habis lebam kaki! Yang ibu tak puas hatinya kakak sampai ke sudah tak buka mulut cakap yang kaki kakak sakit. Kena soal siasat baru mulut nak terbuka bercakap. Dengan cikgu apatah lagi, memang tak berbunyi la.



Nak marah pun tak guna, benda dah jadi. Lenkali, kalau sakit perut ke sakit kaki ke sakit kepala ke demam ke bagitau cikgu cepat-cepat. Kengkawan memang takkan tolong kakak. Kakak sendiri kena jaga diri kakak bila ibu ayah takda. Lantakla, ini pun dah seribu rahmat ibu sudi nak membebel.


Akibat kepenatan dan kesakitan, kakak tertidur sepanjang perjalanan pulang. Sebak ibu tengok, 'sakit' ibu rasa bila kakak menjejeh-jejeh air mata tengok kaki sendiri bengkak macam tu. Naik atas rumah pun ayah yang dukung.


Kakak mungkin sedang menahan sakit, tapi ibu perasan yang kakak suka bebenor bila ayah dukung kakak even dalam umah hehe. Nak gi mandi berdukung, nak gi membuang berdukung. Siapa lagi kalau bukan ayah yang kuat perkasa. Ayah je yang larat nak dukung kakak yang umur 7 tahun dengan berat 21kg. Ibu takat larat 14kg je mihmihmih. Kakak, nanti ibu ayah dah tua tak larat, kakak dukung la kami macam kami dukung kakak adik ye. Jangan lupa ibu ayah tau.


Plan asal nak bawa kakak gi berurut, tapi jiran bagi petua untuk surutkan bengkak tu dulu. So, ayah punye tugas la gi beli ais. Jiran ibu bagi garam bukit sekali, katanya masukkan satu sudu dalam ais dah cukup. Pastu rendam kaki anak, takyah lama-lama takat celup-celup pun boleh.


Pagi tadi ibu ayah bawa kakak gi klinik. Baru pukul 8am tapi terasa macam rombongan cik kiah berlonggok depan klinik hehe. Ramainya orang yang datang nak dapatkan rawatan especially orang-orang tua. Ayah dukung kakak sampai kat tempat duduk. Bila missy panggil untuk pemeriksaan rutin pun ayah dukung kakak lagi.

Adik pulak mengadu lapar pagi tu, maklumla kuar umah awal pagi tak makan apepun kat umah. Sempat nyonyot sebotol susu je hehe. Sementara ayah temankan kakak, ibu ngan adik gi beli kuih-muih kat tepi jalan tu. Bila balik klinik tengok ayah ngan kakak dah takda! Cepat jugak doktor panggil, kalau takat demam biasa, selsema batuk bertapa la kat situ sampai kul 10!


Kuar dari bilik doktor, kaki kakak dah berbalut camni. Aik! serius ke? Ayah cakap tak berapa serius tapi kena rehat betul-betul la. Ingatkan kena buat x-ray ke ape. Tapi, doktor kata tak perlu pasal kaki kakak boleh memijak so tak melibatkan tulang kaki la. Ibu tengok berbalut gini pun ibu dah seriau dah. Ya Allah sembuhkanlah kaki anakku hilangkanlah kesakitannya T___T.




Walaupun tak serius tapi 4 hari gak la dapat mc! Bergilir-gilir la ibu ayah amik cuti nampaknya. Dugaan masuk tahun baru dan masuk darjah satu kot. Semoga kakak cepat sembuh ye sayang .... T__T.


Teringat ibu dulu, masa darjah satu pun dapat dugaan jugak ... dugaan kena buli ngan rakan sebaya hahaha. 




11 comments:

  1. Alolo....ciannya...banyak berehat ye kakak...
    cian tengok dear...

    ReplyDelete
  2. kesiannya dia, sakit tu.. nampak bengkak.. alahai anak....

    ReplyDelete
  3. Kesiannya.. semoga segera pulih ye.. aamiin..

    ReplyDelete
  4. sabar.....semoga cepat sembuh...klik tabung anda.

    ReplyDelete
  5. ala siannye.. smoga kakak cpt sembuh.. mmg sakit tu..

    ReplyDelete
  6. semoga cepat sembuh ye kakak..

    btw,dah promote blog akak dalam kategori parenting.Thanks join :)
    http://www.azhafizah.com/2014/01/parenting-tips.html

    ReplyDelete
  7. ala keciannya kakak.. semoga cepat sembuh yer..

    ReplyDelete
  8. alahai.. kesiannya dia... moga cepat smbuh...

    ReplyDelete
  9. harap cepatlah surut bengkaknya.owh rendam dengan garam bukit n ais ye,kena ingatlah petua ni.kita mak2 ni kadnag2 kat office memang berdebar2 fikri apalah cerita anak kat sekolah hari ni.kalau balik ada luka sana bengkak sini memang seriaulah seketika huhu

    ReplyDelete
  10. kesiannya si kakak nie..terpaksalah bercuti dulu..kang makin berjalan makin bengkak pulak

    ReplyDelete
  11. kesiannye kakak..skt tuhh sgt..benkak

    ReplyDelete

Apa kata korang?