Menu Pilihan Makan Tengahari

Tuesday, January 28, 2014


Assalamualaikum!

Tengahari tu, kenit ke sekolah kakak untuk pengambilan bantuan RM100 bagi pelajar sekolah. Ingat ramai la parents yang datang sekali masa tu, sebab kat surat tulis masa pengambilan serentak untuk semua darjah.



Kosong je kerusi kat belakang hehe. Kosong...kosong...kosonggggggg.


Datang giliran kenit, salam cikgu senyum-senyum sebut nama Nurul Hazwani. Dalam paler otak tak berapa nak mikior ke duit tu, tapi inilah masa dan ketikanya kenit boleh tanya cikgu tentang kakak di sekolah hehe.

"Cikgu, macam mana Nurul Hazwani dalam kelas?"

"Ohh Hazwani ok. Dia cepat 'tangkap' Iqra'"

"Hazwani banyak cakap dalam kelas tak cikgu?"

"Takkk...setakat ni Hazwani ok"

Fuh! lega.... hehe. Kenit sedikit 'trauma' dengan insiden yang berlaku di tadika tahun lepas bila dalam repot kad kakak di {SINI} hahaha. 

Dok berborak ngan cikgu kelasnya, cikgu sebelah pun join berborak ngan kami hehe. Cikgu tu cikgu kelas darjah 2 kot.

"Hari tu Hazwani lambat ke sekolah. Kami pun lambat sebab stuck kat Federal. Pastu kami tanya kat Hazwani tinggal di mana. Hazwani kata di Dato' Keramat."

T___T

"Eh bukan Dato' Keramat cikgu, tapi Kg. Pandan hehe."

Suke suki je anak aku ni cakap tinggal kat Dato' Keramat haha. 


Galak berborak ngan dua orang cikgu ni.
 Mujur  parents tak ramai masa ni hehe.

Siap bergelak ketawa lagi. Cikgu ketawa
pasal cikgu pun datang lambat hari tu
ekekeke :D


Settel bab duit, kami laki bini singgah makan tenghari kat warung Pak Ayob.  Kat PJ ni bersepah kedai makan, cuma kena rajin cari yang sedap dan murah. Pilihan kenit MPC, Carpark, mahkamah (bila kaya sikit) dan warung Pak Ayob. MPC & mahkamah memang dekat sangat ngan opis. Sebelah menyebelah je, tapi antara keduanya memang ada jurang yang besar dari segi harga makanan yang dijual. MPC lebih murah berbanding mahkamah. Pendek kata, RM5 pun boleh makan nasi lagi hehe.

Tapi, hari tu tekak ni teringin nak makan sup tulang di warung Pak Ayob. Biasanya, lauk di warung Pak Ayob ni habis awal memanjang! tapi alhamdulillah hari tu 'langkah kanan' pulak (^_^)

Perut melayu, takda nasi tak sah!

Sup tulang yang ohsem!

Ikan pari bakaq ....kasi pedas kasi sengattttt!



Alhamdulillah tercapai hajat nak pekena sup tulang Pak Ayob tengahari tu hehe.  Ingatkan dah kenyang takmo makan dah lepas tu. Sup tulang terbaekkkkk! Kalau nak dibandingkan sup tulang MPC di {SINI} ngan sup tulang Pak Ayob ni ...... aaaaarghhh! dua-dua sama sodap! Harga pun lebih kurang sama je hehe.


Ingatkan lepas tu takmo la makan kan. Tapi, pemandangan kek tiramisu yang kenit order minggu sebelumnya ni memang tak tertahan godaannya haha. Petang tu jugak kenit habiskan ....semua :p



Camni nak diet???
T__T



You Might Also Like

19 pengomen comel

  1. terbaik la.. dah la fiza tak mkn tengah hari nie... terliur pulak tengok kek tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. alamakkkk ingatkan sumer orang dah makan tghari tadi hehe.

      Delete
  2. ok sup tulang tu tak menahan tengoknya kenit, tiba2 iolsss rasa lapar ok... cop... bagus tu kenit ambil tahu perkembangan anak di sekolah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak tertahan dear. Dah rasa sekali lenkali nak lagi hehe :D

      Delete
  3. tang makanan tu yg sedap....lega bila dah dapat bantuan nie yea....kenit tinggal kat kg pandan ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah...a'ah kenit tinggal situ kak :)

      Delete
  4. Kite makan sup ayam jer ni hari.. Sup memang bgus. Menu terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sup ayam pun sempoi gak tu. Tambah kalau ada kaki ayam ....pergghhh! (^_^)

      Delete
  5. heheh dato keramat pon boleh kenit.Hehehe mcm mana boleh salah tu.Wahh tgh pantang ni bila tgk makanan pantang nampak je hehehe cepatlah 40hari heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kakak salah bagi info hehe. Alamakkkk terlupa pulak kyla pantang yek. takpe dear, after 4o days boleh serbu k. Now memang kyla kena tahan setahannya (^_^)

      Delete
  6. Hye, saya suka baca blog awak, baru2 ni saya baru blog harap awk boleh singgah dan follow blog saya. awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  7. Perghhh!!!! Kek tu sedap!!!!!
    Beli kat mane akak Kenit???
    :)

    ReplyDelete
  8. Kalau sup mmg tak tolak.. mmg layan sup.. :)

    ReplyDelete
  9. Huhu... Mmg tgk.kek tu tnpa perasaan...

    ReplyDelete
  10. wahh sedap² menu semua..paling meleleh kek tu ha..drool

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM