Perkara Sunat Dalam Solat

Friday, January 24, 2014


Assalamualaikum!

sumber : google

Antara contoh perkara sunat yang kita lakukan dalam solat adalah membaca doa iftitah, membaca tahiyyat awal dan membaca doa Qunut. Namun begitu, pembahagian hukum sunat ini sebenarnya ada 2, yakni Sunat Ab'adh dan Sunat Hai'at.

Selama 30 tahun hidup, inilah kali pertama kenit menjumpai kedua-dua istilah ini dan itupun melalui pembacaan secara maya. Terima kasih pada hamba Allah yang membangkitkan kefahaman tentang kedua-dua jenis sunat ini. Kalau tak, sampai ke tua la kenit tak tahu jenis-jenis sunat dan perbezaan di antara keduanya.

Pengertian Sunat dalam solat :
  • Perlakuan yang jika sengaja ditinggalkan tidak akan membatalkan solat. Sunat solat menurut mazhab Syafie terbahagi kepada dua:-
  1. Sunat Ab'adh - Setiap perkara yang sangat dituntut untuk dilaksanakan di mana jika ditinggalkan maka sunat diganti dengan sujud sahwi pada akhir sembahyang (sebelum memberi salam).
  2. Sunat Hai'at - Setiap perkara yang jika ditinggalkan tidak dikenakan sujud sahwi. Menurut Abdul Rahman Al-Jaziry (1/200,) bahawa Sunat Hai'at ialah semua perbuatan atau perkataan yang bukan Rukun dan bukan Sunat Ab'aadh.

Tak susah nak fahami kedua-dua sunat ini. Jom kita study (^_^).

Sunat Ab'adh

Adapun contoh sunat Ab'adh adalah seperti berikut:-

  • Tasyahhud awal, iaitu tasyahhud yang dibaca semasa duduk selepas melakukan setiap dua raka‘at dalam sembahyang Zuhur, ‘Asar, Maghrib dan ‘Isya’.
  • Selawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud awal tanpa disambung dengan selawat ke atas ahli keluarga Baginda sallallahu ‘alayhi wasallam.

  • Selawat kepada ahli keluarga Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud akhir.
  • Duduk bagi mengerjakan setiap tiga perkara sunat ab‘adh di atas.
  • Bacaan qunut semasa i‘tidal pada raka‘at sembahyang Subuh, pada raka‘at akhir sembahyang witir ketika separuh kedua bulan Ramadhan iaitu selepas malam kelima belas.

Sunat Hai'at

Sunat Hai'at adalah perkara yang banyak kita lakukan dalam solat. Adapun contoh sunat Hai'at adalah seperti di bawah:-
  • Mengangkat dua tangan ketika takbiratul ihram, mula hendak ruku‘ dan bangkit daripadanya, dan ketika bangun daripada tasyahhud awal.
  • Meletakkan tangan kanan ke atas belakang tangan kiri di bawah dada, di atas pusat sambil mengarahkan sedikit ke arah hati.
  • Melihat ke tempat sujud sambil menundukkan kepala sedikit.
  • Membaca tawajjuh atau doa iftitah secara senyap.
  • Membaca al-isti‘azah secara perlahan selepas tawajjuh dan sebelum Al-Fatihah.
  • Selain daripada itu, makmum hendaklah menyaringkan bacaan pada tempat-tempat yang menghendaki sedemikian iaitu semasa sembahyang Subuh, dua rakaat pertama sembahyang Maghrib dan Isyak, Juma‘at, dua hari raya, gerhana bulan, istisqa’, tarawih, witir ramadhan, dua raka‘at selepas tawaf pada malam hari dan waktu Subuh. Pada selain waktu-waktu tersebut hendaklah memperlahankan suara.
  • Membaca selepas Al-Fatihah sama ada oleh imam, makmum atau bersendirian.
  • Membaca surah atau paling kurang tiga ayat selepas bacaan Al-Fatihah. Disunatkan kepada imam atau persendirian dan mk’mum yang tidak mendengar bacaan imam kecuali pada rakaat ketiga dan keempat kepada selain masbuq dengan dua rakaat pertama.
  • Bertakbir ketika melakukan perpindahan dari satu rukun ke rukun yang lain.
  • Membaca semasa mengangkat kepala daripada rukuk.
  • Membaca tasbih ketika rukuk dan sujud sebanyak tiga kali
  • Meletakkan kedua-dua tangan pada kedua-dua paha ketika duduk tasyahhud.
  • Duduk secara iftirash dalam semua tempat dikehendaki duduk kepada selain mereka yang masbuq dan yang lupa.
  • Membaca selawat Ibrahimiyyah selepas tasyahhud akhir.
  • Berdoa dan ta‘awwuz iaitu meminta perlindungan kepada Allah selepas tasyahhud akhir.
  • Memberikan salam kedua selepas salam fardhu yang pertama.
  • Khusyu‘, iaitu menghadirkan hati semasa mengerjakan sembahyang dan memberi perhatian kepada setiap patah perkataan yang diucapkan.

Adapun status sunat Hai'at mengikut pandangan Imam mazhab masih sunat hukumnya. Maka, tidaklah ia membatalkan solat. Namun begitu, solat adalah cara kita mendekatkan diri dengan Allah s.w.t, maka janganlah kita memandang ringan perkara tersebut, terutama meninggalkan sunat-sunat Hai'at dalam solat fardhu.

Sunat-sunat ini yang akan membentuk kesempurnaan dan kekhusyukan solat, kerana apa bila kita solat, kita sebenarnya bermunajat kepada Allah s.w.t sebagaimana Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud:



"Sesungguhnya jika seseorang kamu bersolat, ia bermunajat kepada Tuhannya" 

 ~Riwayat Bukhari~

Adalah penting untuk kita mengetahui tentang perkara sunat dalam solat, supaya kita dapat membezakan yang mana satu rukun/wajib dan yang mana satu sunat. Mudahlah untuk kita mengajar pada si kecil pula kan. Dan, bila kita mempunyai kefahaman yang baik mengenainya, maka kita akan berasa tenang dan lebih yakin dengan solat kita InsyaAllah.

Kenit juga ada mengongsikan persoalan tentang hukum sujud sahwi menggantikan doa qunut, semoga kita beroleh kebaikan dari secebis ilmu (^_^).

sumber : SINI & SINI



You Might Also Like

13 pengomen comel

  1. Perkongsian bermanfaat. Makaseh kak :)

    Percuma baucer diskaun untuk semua pembaca blog IM kat SINI

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang cukup bermanfaat, thanks.

    ReplyDelete
  3. info yang sangat bagus..thanks dear :)

    ReplyDelete
  4. ada yg kata kat saya kalautertinggal qunut tak payah sahwi....astaghfirullah... tak tahu kena sahwi

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak perlu shawi dear, kerna kedua-duanya adalah sunat sahaja dalam solat. Walau tidak melakukan sahwi masih sah solatnya.

      Delete
  5. perkongsian yg baik sis, sama-2 jdikan sbagai panduan..

    ReplyDelete
  6. perkongsian yg bermanfaat kak..nice sharing
    Custom Made Sticker Kereta menyerlahkan kreativiti anda!!

    ReplyDelete
  7. T kasih diatas perkongsian.. pencerahan yg baik..

    ReplyDelete
  8. banyak juga yang aku terlepas pandang dan lupa. Thanks for tips.

    ReplyDelete
  9. Thank you jugak kak share kat sini :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM