Breaking

Friday, January 17, 2014

Syarat Sah Solat


Assalamualaikum!

Umum mengetahui syarat sah solat adalah satu perkara penting yang perlu dipatuhi oleh seseorang muslim sebelum dia mendirikan solat. Jika salah satu atau kesemua syarat sah tersebut tidak dipatuhi, maka tidak sahlah solatnya itu.


sumber foto : google

Walaupun ramai di antara kita yang mungkin sudah maklum dengan 9 syarat sah solat ini barangkali, tapi alangkah bagus jika kita boleh refresh dan mantopkan lagi pemahaman kita berkenaan solat sebab solat adalah ibadah yang kita lakukan setiap hari kan.

Sejauh mana solat yang kita dirikan ini sah dari segi syaratnya? Jom kita check (^_^).


Syarat Sah Solat 


1) Meyakini telah masuk waktu - yakni mengetahui waktu telah masuk dengan yakin atau zonni. Tanpa hadir keyakinan, solatnya tidak sah meskipun solat itu dilaksanakan di dalam waktunya.

2) Mengadap kiblat - Ka'abah

3) Menutup aurat

4) Suci dari hadas kecil dan besar

5) Suci dari najis yang tidak dimaafkan - dari tubuh, kain, pakaian, dan tempat sujudnya. Dan tidak sah solat seseorang yang menanggung sesuatu yang bersambung dengan najis, seperti menanggung tali yang terikat pada anjing.

6) Tidak berkata-kata - Batal solat dengan berkata-kata dua huruf samada difahami atau tidak perkataan itu. Batal solat dengan berkata-kata satu huruf yang difahami maksudnya seperti Qi (qaf baris bawah) yang bermaksud "berjaga-jagalah".

7) Tidak melebihkan perbuatan fi'li (rukun perbuatan) - misalnya sujud 3 kali dalam 1 rakaat, rukuk dua kali. Misalnya ia sujud di atas suatu benda yang tajam, lalu diangkatkan dahinya kemudian sujud lagi, sudah dianggap menambah sujud walaupun diangkat sedikit sahaja kepalanya. Perbuatan ini membatalkan solat.

8) Tidak melakukan perkara yang membatalkan puasa - Melakukan perkara yang membatalkan puasa di dalam solat seperti makan, minum, memasukkan sesuatu ke dalam rongga terbuka yang melepasi batinnya, maka batallah solatnya.

9) Tahu perkara yang fardhu (wajib/rukun) dan perkara yang sunat - Tahu membezakannya. Mengetahui mana yang fardhu dan yang mana sunatnya. Bagi orang awam, jika ia berpegang pada sekaliannya fardhu atau sesetengahnya fardhu dan sesetengahnya sunat (tidak dapat membezakan), namun tidak diqasadkan bahawa yang fardhu itu sunat, maka sahlah solatnya.

Sangatlah rugi andai kita memandang remeh akan 9 syarat ini. Orang lain solat nak dapat pahala dan keberkatan tapi kalau kita tidak ikuti setiap satu syarat di atas, maka ditakuti bukan saja tak dapat keberkatan tapi juga solat tak diterima Allah s.w.t! Semoga dijauhkan begitu ye.

Adapun syarat yang ke-9 tersebut, masih ramai antara kita yang tidak tahu membezakan antara wajib/rukun dengan sunat. Contohnya:


  • Tahiyyat awal bukanlah rukun, hanya sunat ab'adh
  • Qunut subuh bukanlah wajib dan rukun, ianya hanya sunat ab'adh
  • Bacaan surah lazim itu tidak wajib, ianya hanya sunat hai'at.


Rujukan: Kitab Munyatul Musolli, Sheikh Daud Abdullah Al-Fathoni. Bab Syarat Sah Sembahyang Ada Sembilan Perkara.



Semoga kita beroleh manfaat dan dapat memperbaiki mutu solat dari ilmu yang dikongsi bersama ini. 



12 comments:

  1. Assalamualaikum kenit. thanks sharing. saling mengingati sesama kita. alhamdullilah, semoga solat dan ibadah kita diterimaNya. in shaa Allah (",)

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam alhamdulillah insyaAllah sheila :)

      Delete
  2. perkongsian yang baik..salam jumaat...

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Alhamdulillah semoga bermanfaat syira :)

      Delete
  4. Perkongsian yg baik.. salam Jumaat Kenit.. :)

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas peringatan.. slm jumaat..

    ReplyDelete
  6. Nice sharing....mmg kena check balik solat kita. Kadang2 khilaf juga tanpa di sedari. Pembelajaran itu berterusan tak kira usia. :)

    ReplyDelete
  7. Thanks atas perkongsian kenit.. =D

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.