Terkini Ariel Sharon

Saturday, January 04, 2014


Assalamualaikum!

Masih ingatkah lagi anda pada Ariel Sharon, bekas Perdana Menteri Israel yang diserang angin ahmar sekitar tahun 2006 dulu? Kondisi kesihatannya pernah kenit kongsikan di {SINI}.
Beliau yang sehingga sekarang masih dalam keadaan koma di hospital Tel Hashomer berhampiran Tel Aviv kini mempunyai perkembangan terbaru.




Mengikut laporan yang dikeluarkan oleh pakar perubatannya, Professor Zeev Rotstein, dari Pusat Perubatan Sheba berhampiran Tel Aviv pada BBC News, keadaan bekas perdana menteri itu kini semakin merosot tetapi secara perlahan-lahan. 

"Ujian yang dilakukan mendapati kemerosotan fungsi organ dalamannya berlaku secara perlahan-lahan. Keadaannya tidak pernah berubah. Dia masih dalam keadaan kritikal, dan ini membahayakan nyawanya." kata beliau.

Kesemua ahli keluarga Ariel Sharon masih setia berada disisinya di hospital tersebut. 

Ini bermakna, organ-organ penting dalam tubuh Ariel Sharon sedang mengalami kegagalan secara beransur-ansur dan merosot dengan perlahan-lahan. 

Mengikut satu laporan yang lain, apabila Prof. Rotstein ditanya oleh seorang wartawan adakah Sharon akan mati, Rotstein membalasnya dengan mengatakan bahawa Sharon hanya menghitung hari (untuk mati), tetapi para petugas perubatan sedang cuba untuk terus memberikan rawatan kepadanya dengan 'penuh pengharapan'.


Tragedi Berdarah Sabra & Shatila


  • Pada tahun 1981, Ariel Sharon dilantik menjadi Menteri Pertahanan Israel. Pada tahun 1982, dia mengetuai operasi menawan Lebanon, kemudian pasukan keselamatan Israel mula 'diserap' ke setiap pelusuk bandar Beirut dan melakukan pengepungan ke atas ibu negeri Lebanon itu.


  • Perang Lebanon berakhir dengan insiden tragedi berdarah dalam sejarah Timur Tengah. Pasukan keselamatan Kristian Lebanon, yang merupakan sekutu kuat Israel bertindak menyerang kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut dan pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin, termasuk wanita dan kanak-kanak (al-fatihah ke atas semua mangsa yang terlibat, syurgalah tempat damai buatmu disana) sementara pasukan keselamatan Israel hanya memerhati kekejaman tersebut.


  • Sharon menafikan penglibatannya, namun suruhanjaya siasatan Israel kemudian mendapati dia terlibat secara tidak langsung dan melarangnya dari memegang jawatan menteri pertahanan semula. Pada tahun 1983 ketika ditemuramah bersama NPW, Sharon menyatakan kekesalannya mengenai tragedi tersebut.

Intifada 
  • Pada tahun 2000, dia membuat keputusan untuk mencabar Benjamin Netanyahu bagi mengetuai kepimpinan dalam Parti Likud. Dan, ketika lawatannya ke Masjidil Aqsa, tapak bersejarah di bandar lama Jerusalem dan merupakan tempat suci bagi penganut Yahudi dan orang Islam menjadi titik permulaan kebangkitan rakyat Palestin.


  • Hari berikutnya, pertempuran berlaku di Jerusalem. Ini turut mencetuskan intifada Palestin kedua yang kemudiannya memuncak sehingga menjadi peperangan antara Palestin dan Israel. Insiden ini turut menjadi faktor kemenangan Sharon dalam pilihanraya pada awal tahun 2001.

  • Sharon memerlukan lebih dari kekuatan ketenteraan bagi menangani kebangkitan rakyat Palestin, maka dia akhirnya mengarahkan pendudukan Israel ke atas tanah wilayah yang dikuasai rakyat Palestin di Tebing Barat pada tahun 2002.

  • Sharon turut mengarahkan pengunduran tentera Israel dari Gaza dan mula membina tembok di sekeliling Tebing Barat, yang mana ia masih dalam pembinaan.

Pada hari sebelum  dia diserang angin ahmar, Sharon menyatakan hasratnya untuk mencari jalan damai dengan Palestin, tetapi dengan HANYA MELALUI SYARAT-SYARATNYA.

Sebagaimana kekejaman dan kezalimannya terhadap rakyat Palestin selama dia berkuasa, maka Allah turut membalasnya dengan penyeksaan selama bertahun-tahun. Sungguh pembalasan yang diterimanya tidak akan pernah dapat memadamkan penderitaan yang ditanggung oleh semua mangsa yang terkorban.

Al-Fatihah buat semua rakyat Palestin dan semua umat Islam yang terkorban syahid dalam tragedi yang berlaku. Semoga damai dan tenanglah kamu bersemadi di syurga bersamaNya.


You Might Also Like

12 pengomen comel

  1. Nak bagi jalan damai dgn palestin dgn syarat2nya!! So sekrang nk mati pon ikotlah syarat2 dr ALLAH SWT.Allah hu akbr.

    ReplyDelete
  2. sedih tgk org tak berdosa dibunuh cmtu..Allah sedang membalas perbuatan jahatnya...

    ReplyDelete
  3. Laaa ada blog update kata dah mati...

    ReplyDelete
  4. hmm.. dia ingat dia pemimpin yg berkuasa, tapi akhirnya Allah yang Maha Berkuasa tunjukkan sendiri balasan kpd dia sendiri...

    ReplyDelete
  5. T kasih diatas perkongsian.. setiap perbuatannya pasti akan mendapat balasan Allah swt...

    ReplyDelete
  6. info yang menarik...perbuatan setiap manusia pasti ada balasannya

    ReplyDelete
  7. info menarik ni, mama ni kalau tak baca memang lah tak tahu...

    ReplyDelete
  8. Al fatihah buat mereka yg terkorban..Allah Maha Adil.. lambat cepat pasti terima akan terima balasannya..=D

    ReplyDelete
  9. sedih bila anak2 kecil dan wanita2 yang tak berdosa dibunuh tanpa belas kasihan...

    ReplyDelete
  10. allah akan membalas segala perbuatan mereka..sedih +__+

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM