Ustaz Don Kini Bergelar Ayah.

Sunday, January 19, 2014


Assalamualaikum!

Ustaz Don Daniyal & isteri.

Mabruk ustaz! Alhamdulillah Ustaz Don Daniyal telah pun sah bergelar walid (ayah) malam tadi. Isteri beliau, Pn. Husna Zahry Rafie telah selamat melahirkan bayi pertama mereka di Mesir. Ini adalah kerana isteri ustaz masih melanjutkan pelajarannya di sana. 





Perkhabaran gembira ini disampaikan beliau melalui laman sosial di Facebooknya. Walaupun beliau tidak menyatakan jantina anaknya, namun apa yang penting ibu dan anak berada dalam keadaan baik dan sihat, betoi dak? Untuk makluman, Ustaz Don dan pasangannya mendirikan rumah tangga pada bulan Ogos 2012. 

Alhamdulillah kenit tumpang gembira dengan perkhabaran ini. Semoga Don jr. menjadi anak yang soleh/solehah dan pelapis ulama seperti ayahnya (^_^). Tahniah sekali lagi!

Jom ucap tahniah! (^_^)

(1)بَارَكَ اللَّهُ لَكَ فِي الْمَوْهُوبِ لَكَ، وَ شَكَرْتَ الْوَاهِبَ، وَبَلَغَ أَشُدَّهُ، وَرُزِقْتَ بِرَّهُ(2)بَارَكَ اللَّهُ لَكَ وَبَارَكَ عَلَيْكَ، َوجَزَاكَ اللَّهُ خَيْراً، وَرَزَقَكَ اللَّهُ مِثْلَهُ، وأَجْزَلَ ثَوَابَك

Baarakallaahu laka fil-mawhoobi laka, wa shakartal-waahiba , wa balagha 'ashuddahu, wa ruziqta birrahu.(1)Baarakallahu laka wa baaraka 'alayka, wa jazaakallaahu khayran, wa razaqakallaahu mithlahu, wa 'ajzala thawaabaka.(2)

Bermaksud:

"Semoga Allah memberkati engkau dengan kelahiran anak ini dan engkau pula mensyukuri Pemberinya, semoga dia dipelihara hingga dewasa dan engkau mendapat layanan yang baik daripada anak ini.(1)Jawapan daripada bapa/penjaga: "Semoga Allah melimpahkan berkatNya ke atas engkau, membalasnya dengan balasan yang baik, merezekikan engkau seumpamanya serta memperbanyakkan pahala engkau".(2)



You Might Also Like

8 pengomen comel

  1. Ada juga baca tdi kt fb... Lama juga kn dia nntikan cahaya mata... Jdi yg sdg ttc jgn putus asa..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. Tahniah buat mereka..

    ReplyDelete
  3. Tahniah buat Ustaz Don n Isteri..

    ReplyDelete
  4. Syukur Alhamdulillah. Takut pulak bila baca ustaz dan isteri nak blk 30hb, dlm pantang tu....

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM