Monday, February 10, 2014

# Sukan

13 Acara Ini Dikeluarkan Dari Sukan Olimpik!


Assalamualaikum!


Sebagai sebuah institusi global yang masih 'berdiri' teguh untuk lebih 120 tahun lamanya, Sukan Olimpik moden turut berevolusi sepertimana keadaan persekitarannya. Maka, tidak hairanlah banyak acara sukan yang datang dan pergi, dan pada tahun 2014, adalah sukar untuk membayangkan bagaimana sebahagiannya pernah mendapat tempat di dalam sukan di peringkat antarabangsa ini.

Dari besbol ke menembak burung merpati, berikut adalah antara acara sukan yang dihentikan penyertaannya dari program Musim Panas dan Musim Sejuk Olimpik.

1. Skijoring


Suatu gabungan hebat antara ski air, menunggang kuda dan gelongsor anjing, skijoring memerlukan pesaing berdiri di atas papan ski meredah salji dengan kuda. Sukan ini tidak pernah memenangi sebarang pingat, tetapi ia merupakan demonstrasi pada Sukan Musim Sejuk di St. Moritz tahun 1928 di Switzerland, yang mana Olimpik Musim Sejuk pertama kali tidak diadakan sempena Sukan Musim Panas.


2.  Lumba kereta luncur anjing




Seperti skijoring, lumba kereta luncur anjing hanya pernah membuat kemunculan pertamanya di Olimpik Musim Sejuk, juga sebagai sukan demonstrasi. Pada tahun 1932 bertempat di Tasik Placid, tujuh atlit Amerika dan lima atlit Kanada bersama 6 ekor anjing masing-masing berlari sehingga 25.1 batu dengan catatan masa 4 : 23 : 12 : 5.


3. Menembak Burung Merpati




Malangnya, ia adalah seperti apa yang digambarkan. Diperkenalkan sekali pada tahun 1900 di Olimpik Paris, penembak diminta menembak burung merpati hidup-hidup sebanyak yang boleh dan akan tersingkir sekiranya tembakan tidak mengena sebanyak dua kali. Pemengan tunggal acara ini adalah seorang penembak dari Belgium, Leon de Lunden, yang menembak jatuh 21 ekor burung merpati. Sesuatu yang menyedihkan, akhirnya acara ini tidak lagi diteruskan.


4. Tarik Tali




Merupakan permainan wajib di awal Sukan Olimpik moden, tarik tali membuat persembahannya di lima tahun berturut-turut dari tahun 1900-1920. Setiap pasukan mempunyai lapan ahli, dan setiap negara boleh memasukkan penyertaan lebih dari satu pasukan, yang mana Amerika menguasai pingat emas, perak dan gangsa pada tahun 1904 di Sukan St. Louis. Walaubagaimanapun, Britain - yang menghantar pasukan yang merupakan skuad polis - menyapu habis lima pingat kesemuanya, termasuk dua emas dan dua perak.


5. Renang Berhalangan




Memandangkan sukan ini menjadi kelaziman seperti Tough Mudder dan Spartan Race, ianya hampir pasti dikekalkan dalam program Olimpik yang sebenar. Acara ini diadakan sekali pada tahun 1900 Sukan Paris, dimana perenang perlu berenang sejauh 200m dalam Sungai Seine dan memerlukan perenang memanjat  tiang, berenang merentasi barisan bot dan berenang di bawah satu lagi deretan bot. Perenang Australia, Frederick Lane memenangi acara tersebut, dengan 2 minit 38 saat.


6. Polo




Merupakan sukan kegemaran, polo adalah acara yang termasuk dalam Sukan Olimpik sebanyak lima kali : 1900, 1908, 1920, 1924 dan 1936. Britain mendominasi padang dengan tiga pingat emas, empat pingat perak dan dua pingat gangsa. Namun, mereka juga berjaya menundukkan kesemua 29 pasukan sepanjang lima siri Sukan Olimpik.


7. Motorboat




Motorboating hanya membuat kemunculan sekali sahaja - mengakibatkan malapetaka - pada tahun 1908. Pertandingan yang mempunyai tiga kategori dan sembilan perlumbaan berjadual, tetapi akibat cuaca yang tidak menentu, hanya tiga perlumbaan sahaja yang diadakan. Sebab utama adalah kerana angin kuat ketika acara tersebut.


8. Penthalon Musim Sejuk




Sukan yang dipanggil Biathlon pada hari ini merupakan sukan yang menarik, di mana atlit perlu mempunya dua kemahiran berbeza : ski merentas desa dan menembak. Namun, isu mula timbul pada tahun 1948 di St. Moritz apabila penthalon diperlihatkan sebagai sukan demonstrasi. Sama seperti penthalon moden Sukan Olimpik Musim Panas (berlari, berenang, lawan pedang, ekuestrian dan menembak), acara ini menyediakan pelbagai jenis pertandingan termasuk ski menuruni bukit, ski merentas desa, menembak, lawan pedang dan menunggang kuda. Atlit-atlit Sweden paling mengungguli acara ini dengan menyapu habis kesemua pingat.


9. Basque Pelota




Basque pelota secara teknikalnya dimainkan bersama bola, temanya sama seperti menggunakan raket, bat ping pong atau hanya dengan tangan sendiri. Sukan ini membuat kemunculan sulungnya pada Sukan Musim Panas di Paris pada tahun 1900, menyaksikan perlawanan antara Spenayol dan Perancis, yang mana pasukan Sepanyol memenangi perlawanan tersebut namun, berapa skor yang diperolehi tidak pula diketahui.


10. Lacrosse




Lacrosse telah dua kali menggungguli pingat di pentas Olimpik pada tahun 1904 dan 1908. Edisi pertama menyaksikan pasukan Kanada dan Amerika dalam satu skuad, sementara skuad kedua merupakan sebahagian dari pasukan Kanada bergabung dengan pasukan Britain. Sukan ini dapat mengekalkan kedudukannya pada tahun 1928, 1932 dan 1948.


11. Baseball




Sukan kegemaran warga Amerika ini hanya muncul pada tahun 1992, 1996, 2000, 2004 dan 2008 Sukan Musim Panas Olimpik. Untuk acara ini, Amerika membawa pulang pingat yang mana salah satunya adalah pingat emas. Sementara itu, Persekutuan Besbol Antarabangsa sedang berusaha untuk memastikan sukan ini dimasukkan dalam Tokyo Games 2020.


12.  Softball
.


Seperti besbol, sofbol juga pernah membuat kemunculan di dalam Sukan Olimpik dari tahun 1996-2008. Acara ini didominasi sepenuhnya oleh pasukan wanita Amerika, yang membaw apulang pingat emas di Atlanta, Sydney dan Athens dan pingat perak di Beijing


13. Tandem Berbasikal






Merupakan acara yang dapat bertahan lama dalam Sukan Olimpik, acara tandem berbasikal 2000m ini muncul semula pada tahun 1920-1972. Namun begitu, acara ini sudah menjadi sebahagian dari program Sukan Paralimpik.

sumber : sports.yahoo

Nota : Kecik-kecik dulu rajin main tarik tali, tu yang tangan ni terlajak panjang tu hehehe :p



12 comments:

  1. ada plak tembak burung jadikan acara sukan.... over betul dorg ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la, memang agak barbaric, tu yang dikeluarkan dari sukan kot.

      Delete
  2. trik tali, polo baseball softball
    adeh ..syg nye....MG suka sport tu ...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. tarik tali tu yang best tu hehe. Sukan kita dari kecik dulu kan.

      Delete
  3. 5 yang pertama tu mmg patutlah dikeluarkan heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha naper pulak dear? tapi kan, kenit suka gak renang berhalangan tu, baru challenging dan berbaloi sikit nak menang medal hehehe

      Delete
  4. mungkin tak ramai yang minat sukan tu kot....

    ReplyDelete
  5. kalau ada diteruskan skang..gamat lahhh

    ReplyDelete
  6. semuanya nampak menarik, mungkin ada yg x sesuai sbb tu dikeluarkan.

    ReplyDelete
  7. Dulu2 saya suka main tali skipping hehee.. nice sharing kenit.. :D

    ReplyDelete
  8. Tembak burung... Hehe.. Mmg x msk dlm mana2 sukan dunia.. Hehe

    ReplyDelete

Apa kata korang?