Wanita Ini Mengait Baju Guna Rambut Sendiri!

Wednesday, February 05, 2014

Assalamualaikum!

Pn. Xiang sedang mengait topi untuk suaminya. (sumber : HAP/Quirky China News/REX)


Mereka mungkin kelihatan normal dan sama seperti pasangan lain, namun wanita ini bukan saja mempunyai bakat mengait baju sendiri tapi beliau mengaitnya dengan rambutnya sendiri!

Guru pencen ini telah menghabiskan masa 11 tahun mengait baju cardigan dan topi dari helaian rambut yang dikumpul pada sikatnya sejak beliau berumur 34 tahun.

"Ramai yang suka akan rambut saya yang panjang, hitam bersinar jadi saya ingin menyimpannya walaupun helaian rambut yang jatuh atas lantai," kata Pn Xiang dari Chongqing.

Untuk membuat cardigan, beliau menggunakan 15 helai rambut sebagai satu lembar 'benang' dan 20 helai rambut untuk topi.




Beliau mengambil masa 5 tahun untuk menyiapkan sepenuhnya cardigan tersebut dan 3 tahun untuk topi. Langkah beliau tidak berhenti setakat itu sahaja apabila beliau bercadang untuk mengait namanya dengan warna kontra pada pergelangan baju cardigan tersebut.

Namun begitu, beliau mungkin terpaksa menunggu dan mengumpul rambut putih (uban) sehingga cukup bagi melengkapkan tugasnya.

P/S: what a unique, brilliant, weird, economic and ..... hairy cardigan!



sumber : dailymail.uk




You Might Also Like

13 pengomen comel

  1. Unik! 5 tahun baru siap cardigan tue. Mesti susah nak buat, kena betul-betul teliti. :)

    ReplyDelete
  2. Wow :O Creative

    Jom singgah sekejap awksweetgitu.blogspot.com :)

    ReplyDelete
  3. cardigan tu nak pakai ke hiasan je?..

    ReplyDelete
  4. erk..panjang sgt ke rambut dia kak sampai boleh kait buat topi

    ReplyDelete
  5. Ha..a.. Ada gak terbaca kt akhbar... Mmg kreatif lah... Pnjang tul.rmbut dia..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM