Thursday, April 03, 2014

# Informasi Dan Tips # Makanan

10 Makanan Malaysia Paling Menggemukkan!


Assalamualaikum!


100% rakyat Malaysia suka makan! Itu fakta yang semua orang pun dah tahu hehe. Negara Malaysia memang cukup terkenal dengan kepelbagaian makanan dan sajian pemanis mulut yang enak! Maka, tak hairanlah kalau pelancong luar yang melancong ke sini, perkara pertama yang mereka akan buat ialah cari makan! hehe.

Antara makanan tempatan yang terkenal di kalangan pelancong luar ialah seperti nasi lemak, roti canai, sate dan bermacam lagi. Tapi, tahukah anda kebanyakan makanan tempatan kita ni boleh menyumbang kepada kegemukan?? Nak tahu makanan apa yang boleh menggemukkan anda?

Jom kita terjah!


1. Roti Canai

Sememangnya, roti canai memang makanan kegemaran rakyat Malaysia! Tambah kalau roti tu lembut atau garing kan lagi syok kita menambah 2-3 keping (^_^). So, apa kata pakar?

Sekeping 300kcal tanpa kuah. Kalau 2 keping dah 600kcal. Ia mudah, cepat, murah tapi sememang bukan pilihan yang sihat.



2. Nasi Lemak

Fuh! Nasi lemak kalau diletak sambal sotong atau sambal ayam, memang sodap sehingga menjilat jari! Sekali pandang memang nampak lengkap dan sihat kan? Tapi, ada yang tersirat di sebalik menu lengkap ini. Pakar kata apa?

Nasi lemak adalah makanan kegemaran raykat Malaysia tapi disebabkan santan yang berlemak tinggi, nilah kalori nasi lemak sebungkus dalam 350-400kcal. Kalau dengan lauk-lauk seperti di atas mungkin dalam 600kcal.


3. Makanan segera (Fast food)

Yang ni, ramai dah tahu ianya kurang berkhasiat dan tak digalakkan makan selalu. Tahu tak faktor obesiti di kalangan kanak-kanak di Amerika disebabkan oleh fast food ni lah!

Fast food memang sedap dan tidak salah makan sekali-sekali tetapi ia berkalori tinggi dan kurang seimbang. Contoh hidangan “Super Size” boleh cecah 900kcal.




4. Local Fast Food a.k.a Mamak

Haaaa! rakyat Malaysia cukup suka lepak kedai Mamak! hehe. Pagi, petang, malam pasti penuh kedai tu. Menurut pakar, masakan mamak pun kandungan kalori yang tinggi.

Bagi saya, Mamak adalah fast food ala-ala Malaysia dan walaupun ada pilihan yang lebih sihat, nasi goreng, mee goreng, maggi goreng (semua dalam 500-600kcal) bukan sahaja berkalori tinggi tapi kuantitinya pasti lebih segenggam.



5. Donat

Style donat zaman dulu yang ditabur gula, sekarang dah modified ada krim dan sebagainya menjadikan ia antara makanan paling digemari rakyat Malaysia.

Tren makan donut ini semakin menjadi di Malaysia. Memang lazat dan cepat nak makan. 1x donut biasa = 200kcal. Kalau promosi “beli 5, percuma 1″ dah 1200kcal.




6.  Pisang Goreng

Cukup senang dan mudah didapati. Kalau kita on-the-go, pisang goreng ni pun sesuai dimakan dimana-mana saja. Tambah kalau ada kerak-kerak dia tu kan? Perghh!

Pisang goreng adalah tren bagi mereka yang bekerja. Kalau ada yang keluar untuk temujanji, pasti akan pulang dengan pisang goreng. 1x pisang goreng = 90kcal atau lebih (bergantung kepada saiz).




7. Minuman Bergula

Jelas sekali, orang-orang kita suka masak menggunakan minyak dan suka makan makanan yang berlemak dan tinggi kandungan gula. Kalau takda gula, tak sedap la pulak kan? hehe

Masalah minuman bergula? Well gula! 1g gula = 4kcal dan ia kandungan utama kebanyakkan minuman-minuman di Malaysia. 1tin minuman bergula berkarbonat = 150kcal.




8. Teh Tarik

Amboii! Kevin Zahri pun minum teh tarik ye! hehe. Minuman kegemaran rakyat Malaysia ni! Kalau mamak tu tarik dalam kole, lagi kaw rasa! Berbuih-buih gitu hehe.

1x Teh Tarik mengandungi dalam 90kcal. Tak lah banyak sangat. Tapi masalah teh tarik adalah kuantiti pengambilan seharian. Kalau 2-3 cawan setiap hari bersamaan dengan 80,000kcal setahun.




9.  Kuih Muih

Terdapat banyak pilihan kuih-muih yang sedap-sedap tak kira tradisional atau moden. Dan, sememangnya rakyat Malaysia tak boleh lari dari kuih-muih. Mesti nak makan kan?

Seperti kuih-muih negara lain jugak, kuih Melayu penuh dengan gula-gula. Sebagai panduan mudah, anggap sebiji kuih 120kcal.


10. Nasi

Nasi adalah makanan ruji bagi 75% penduduk Asia. Kalau jenis yang berdiet nak kuruskan badan, nasi adalah makanan paling 'pantang' dimakan! Nak kurus? try jangan makan nasi 6 bulan berturut-turut. 

Sebenarnya bukan salah nasi itu sendiri (ia tetap sumber tenaga yang baik) tetapi salah kuantiti pengambilan. Saya sendiri makan nasi putih hari-hari tapi cuma segenggam tangan sekali makan. Jangan lebih. 1 genggam sederhana = 150kcal.



Bonus : Gaya Hidup




Sebab tu, penyakit no. 1 di Malaysia sekarang adalah penyakit jantung. Kebanyakannya disebabkan oleh saluran yang tersumbat oleh kolesterol yang terkumpul dalam badan kita. Makanan di atas bukan tak boleh dimakan langsung, tapi pengambilannya mestilah seiring dengan gaya hidup yang sihat. Dah, kalau asyik mentekadarah je senaman tak buat, jogging tak buat exercise tak buat, acaner tak gemuk? ye dak?

Selain makanan (kalori masuk), gaya hidup yang semakin sedentary (kurang aktif) juga merupakan punca kenaikkan berat badan.

Fuh! kebanyakan makanan di atas memang makanan kegemaran kita semua kan? Bayangkan betapa banyaknya kalori yang kita ambil setiap hari kalau makan macam ni? Pagi, petang dan malam kita makan semua yang di atas ni. Agak2 sebulan berapa kalori kita dah sumbat dalam badan kita? 


#pray4MH370

sumber : SINI


21 comments:

  1. memang kegemaran rakyat malaysia pun kan kenit...kena cekalkan hati supaya tak makan roti canai dan fast food ni...

    ReplyDelete
  2. nasi. tu betul. tp itu gak yg dicari

    ReplyDelete
  3. aduh..semua tu makanan y selalu saya makan..adoii..

    ReplyDelete
  4. semua tu feveret huhu...paling peberet nasik lemak dengan mee mamak...guane tu ?

    ReplyDelete
  5. Semua tu makanan rutin org malaysia termasuk juga yg no 3 tu.. kdg2 org tak gemuk pun kolesterol dlm darah tinggi.. mmg kena berjaga2 dlm soal pemakanan ni kan.. tp roti canai mmg sedaplah makan especially time ngeteh kat mamak petang2 huhu.. :)

    ReplyDelete
  6. alamak semua dia atas selalu lya makan :(

    ReplyDelete
  7. pagi2 nasi lemak, teh tarik dan segala bagai yang kolesterol tinggi kan

    ReplyDelete
  8. ala..ala...sume makanan di atas antara makanan kesukaan nas...ish..kne kawal nafsu n perasaan laa pasnie..bagi nas kan,,nak makan makanan kat atas nie bole aje tapi dalam kuantiti yg beragak..kalu x beragak,,haaa nie makan dia,..dapat la kencing manis laa sakit jantung laa...betol x??
    p/s: jgn lupa follow nas pulak taw..:)

    ReplyDelete
  9. semuanya best..hihihih tapi ambik ikut kuantiti kan..:D

    ReplyDelete
  10. semuanya sedap kak
    tp berisiko..hihi
    last week hb teringin nk mkn nasi briani kat kedai mamak
    yumida kurang suka masakan mamak, x sesedap masakan melayu
    tp sbb hb nak ke situ, yumida follow je
    lepas mkn kan kak, yumida tgk kat kuah kacang dal dlm dulang hb..guess what? ada LALAT!!!!! euw! gelinye! pastu yumida usik hb. tu la...suka sgt mkn kat kedai mamak. sure dia dah fobia. hihi

    ReplyDelete
  11. 10 out of 10 makanan paling menggemukkan itu adalah makanan kebiasaan i... aduh kena diet la ni

    ReplyDelete
  12. Assalammualaikum....

    alamak tadi petang baru aje kena pisang goreng...

    mselim3

    ReplyDelete
  13. nice entry ;) !! btw sy menjual beg berjenama seperti gucci,coach,prada dan banyak lagi yang high quality dgn harga mampu milik !!!! cepat krn ia terhad !
    jom terjah http://medicalchenta.blogspot.com/2014/04/nak-handbag-berjenama-high-quality.html

    ReplyDelete
  14. Semua suka.. Hehe.. Tpi jrang amik selalukeciali nasi...

    ReplyDelete
  15. Biorlah..gemuk pun gemuklah kih kih

    ReplyDelete
  16. Satu hari kalau tak dapat nasi tak boleh. Nanti menggigil badan...

    ReplyDelete
  17. Alamak yang listed tue favorite farah la..cmne tuh?? huhuhu

    ReplyDelete
  18. Akak pernah diet tak makan nasi selama 3 bulan tapi tak boleh jalan juga...now mkn nasi sikit jer...

    ReplyDelete
  19. nak makan ni semua boleh da skrg. gantikan gula dengan stevia. cuba guna dr.sweet stevia drop. sangat bagus lau nak diet. banyak lagi info kat page fb ni..
    https://www.facebook.com/pages/SteviaSugar-Corporation/135289616285?ref=ts

    ReplyDelete
  20. Saya tak percaya makanan menyebabkan gemuk. Sikap kita sendiri yang kurang bersenam atau tidak pandai menjaga tabiat makan yang menyebabkan gemuk. Belajarlah cara mengawal berat badan dan kenali sesuatu makanan sebelum memakannya. Mungkin kita tidak perasan yang artis-artis Hollywood boleh menukar berat badan mereka dengan sesuka hati. Ya, mereka berstatus artis. Namun mereka tidak melakukannya secara Magic!

    Tiada yang menggemukkan anda melainkan anda sendiri.

    ReplyDelete
  21. saya gemuk 67kg dulu 55kg dah selama 6 tahun nak dapatkan balik berat badan yg lama tu siksa sungguh ..........risau gak ni takut naik lebih banyak lagi .....so nak hilangkan selera makan paling senang saya makan gula-gula....tak percaya???? try lah ...

    ReplyDelete

Apa kata korang?