Adik Beradik Tak Mahu Mengalah

Wednesday, April 09, 2014


Assalamualaikum!

Situasi tak mahu mengalah memang biasa berlaku, baik dalam hubungan suami isteri, adik beradik, ipar duai mahupun sahabat. Kadang-kadang boleh gaduh besar, boleh bermasam muka sampai berhari-hari! Ada juga kes sampai putus kasih, putus hubungan! Semuanya sebab apa? sebab tak mahu beralah. Sebab apa? Sebab EGO



Semalam kakak minta tolong adik susunkan bantal atas tilam sebelum tidur, tapi adik buat dekk je. Sebelum ni, diaorg ni kalau nak minta tolong main arah-arah je. Ikut macam maknya jugak hehe. Tapi, lama-lama budak-budak ni mengikut pulak! Tu la pasal, apa yang kita buat depan mereka kena berhati-hati dan sebolehnya tunjukkan teladan yang baik. Ni pengajaran buat diri aku ni!

"Ibuuu...kakak mintak tolong adik tolong susun bantal tapi adik tak mauuuu"

Hari-hari pun aduan ni juga yang aku terima dari kakak atau adik. Ada masa kakak tak mau tolong adik, ada masa adik tak mau bantu kakak. Kakak tuduh adik, adik tunjuk kat kakak. Macam ni hari-hari mau botak kepala aku melayan perangai diaorg!

Kalau aku salahkan kakak nanti adik naik tocang! kalau aku marahkan adik nanti kakak akan rasa mengarah orang buat kerja tu bagus! Akhirnya aku cakap....

"kak, apa kata lepas ni kakak cakap baik-baik kat adik macam ni ..."

Dikkk boleh tak kita SAMA-SAMA susun bantal ni?

ATAU

Dikkk meh akak TOLONG adik susun bantal nak?


Pastu, barulah adik terkedek-kedek bangun susun bantal. 

Kalau nak ubah senang je, masalahnya diri tu nak ubah ke tak nak?

#pray4MH370



You Might Also Like

23 pengomen comel

  1. hehe btl2 tu kak..kena salah seorang juga mengalah juga baru blh jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau sorang tak mengalah memang ibunya akan tukar jadi kaler hijau hehe :D

      Delete
  2. heheh btl tu kak.. ala biase la,, zaman budak2 slalu mcm tu,, kita kene buat lebih, kakak duduk relex la,, ape la semua, tp dh besar2 ni cari jugak adik bradik kalo nk mintak tolong hehehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan, kalau bukan adik beradik yang tolong sapa lagi nak tolong :)

      Delete
  3. betul diri yang nak ubah ke tidak..tapi adik beradik biasalah tu kenit...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau difikirkan balik dear, memang biasa je tapi takut nanti dijadikan tabiat sampai besor. Sok2 dah tak boleh nak betulkan dah, kang orang tanya sapa ajar ni?? diaorg kata "Ibu!" haaaa hahahaha.

      Delete
  4. bagus cara yang kenit buat tue.. biar sama2 buat kan.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitulah kekdahnya kalau nak deal ngan budak2 ni farah hehe. Takleh jadi diktator, ibu je boleh ekekeke :D

      Delete
  5. jawapan dari seorang ibu kan...mestilah nak tengok anak-anaknya saling bantu membantu.

    ReplyDelete
  6. betul..anak2 akan ikut perbuatan dan tindakan kita

    mcm sy dok mengajar abg sulong membaca..siap pegang rotan..
    bila time kita rest..si kembar tu plak mengajar sesama mereka..siap pegang rotan dan marah mcm mn sy marah abg nyer

    ReplyDelete
  7. biasa la tu kan hehe sedari mereka kecil kita kena pupuk sikap suka tolong-menolong bersama2 dalam diri mereka. keyword dia sama sama hehe.

    ReplyDelete
  8. Apa yg penting kerjasama (wonderpet).....

    ReplyDelete
  9. Air dicincang xkn putus... Sama cam kita kecik2 dulu gak...

    ReplyDelete
  10. Kena la mengalah ..adik beradik ni ibarat air .. walau di cincang takkan putus ..

    ReplyDelete
  11. salam..baru bw sini.
    betol kadang2 kita kena pandai kawal tone cara ckp semua..hihi
    lg pun adik beradik mmg slalu nya xmo mngalah...
    mak ayah slalu kena main peranan penting huhuuu

    jemput singah blog sy
    http://myaleo.blogspot.com/2014/04/bulankeempat-duaribuempatbelas.html

    ReplyDelete
  12. comelnye budak2 gaduh..hihi..tringat zaman kecik2 dulu kak, selalu je gaduh ngn adik lelaki
    menabung Nuffnang sini

    ReplyDelete
  13. Alalalaa , comel je budk kecik ni ! Hahaa .

    ReplyDelete
  14. Budak2 ni mmg mac tulah kan.. sabar je lah.. :D :D

    ReplyDelete
  15. Selalunya mcm tu ler .....nak tunggu kita jerit dulu baru buat

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM