Dari Hati Ke Hati

Wednesday, April 30, 2014


Assalamualaikum!





Rasanya dah sampai masa aku bercakap face-to-face dengan kakak. Bukan masalah besar pun, tapi kalau dibiarkan takut akan jadi masalah besar pada dia bila dah besar dan bekerja nanti.

Takda benda lain yang aku nak selain nak tengok dia hidup penuh kesederhanaan dan pandai mengurus diri. 

Tu pun kalau aku masih ada masa lagi ...

So, nak tak nak i have to have a heart-to-heart conversation between mother-daugther you know. Amboii nampak sangat aku ni kemaruk nak ber-speaking hehe.

Semuanya bermula petang semalam, masa kami semua dok dalam kete on the way nak balik rumah. Dalam kesesakan Federal Hiway dan beberapa kerat pemandu yang tak reti bahasa bermaharajalela di jalanraya.

"buuu ... boleh tak kita gi kedai beli eksrem goreng?"

"sorry kak, bukan hari ni"

"nak jugakkkkk"

"kak, bukan ibu taknak belikan tapi kalau hari-hari kakak minta nak beli itu ini, sampai bila-bila pun duit takkan cukup kak. 
Ibu boleh belikan .... tapi guna duit kakak"

"kakak mana ada duitttt"

"haaaaa kalau kakak takda duit, inilah masanya kakak simpan. Jom kita buat perjanjian! kalau kakak boleh simpan RM1 sehari selama 30 hari, ibu janji akan bawa kakak pergi kedai dan akak boleh beli apa yang kakak mahu dengan duit tu."

Masa ni memang bersinar-sinar aku tengok muka kakak bila aku cakap dia boleh beli apa saja dengan duit tu.

"TAPIIIIIIIII, kakak mesti janji ngan ibu yang kakak mesti simpan AT LEAST RM1 sehari. Lima posen pun boleh dua posen pun boleh janji SIMPAN! Cukup 30 hari, ibu janji kakak boleh apa yang kakak nak dengan duit tu, boleh?"

"hurmm .... boleh la bu"

"betul ke ni? ibu taknak kakak minta ibu bawa keluar duit dari tabung tu sebelum 30 hari. Kalau kakak keluarkan, ibu tak bawa kakak pergi kedai, amacam?"

"hurmm ... ok la"

"So, bila kita boleh start?"

"esok la ...."



(^__________________________________________^)


#pray4MH370


You Might Also Like

11 pengomen comel

  1. Perjanjian sudah termeterai. Just nice ngam-ngam hari ini akhir bulan pun. So end May dah boleh buka tabung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. malam tadi dah buka tabung kak haha :D

      Delete
  2. hehe anak yang patuh..harap2 kakak bertahan la kan :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kenit. hehe bagus gak camni. kena tegas sambil mengajar dia. barulah dia rajin2 menabung dan cari duit sendiri kan. hehe bijak2. singgah menabung maybank2u sini ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam sheila...

      nak ajar anak benda baik memang makan masa. Asalkan dia mahu menabung kan :)

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM