Breaking

Tuesday, April 29, 2014

Hati Seorang 'Bekas' Pengantin



Assalamualaikum!




Andai aku ditakdirkan berkahwin pada usia sekarang (30 tahun), mungkin aku akan jadi lebih stress dari Cikgu Izzuddin dari masa aku kahwin umur 22 tahun.

Pertunangan

Tempoh betunang hanya 3 bulan, maklumla kami ni kerja merantau di negeri orang. Tak elok dibiarkan anak dara dan anak teruna berpeleseran tanpa ikatan dan pengawasan orang tua. 


Tiba masa menetapkan wang hantaran antara kedua belah keluarga, alhamdulillah syukur mak & abah sangat memahami kesederhanaan hidup tunangku, lalu hanya menetapkan RM4000 sebagai tanda persetujuan kedua belah pihak.  

Itupun masih dikira mahal kot ... untuk zaman tu la hehe.




Persiapan


Mengetahui kami tak banyak masa untuk kumpulkan wang sebanyak tu dalam masa 3 bulan, terpaksa kami masuk Pelan B.

Kalau tak faham Pelan B tu ape, sila dengar panggilan hangit En. Izzudin hehe.

Aku tukang cari mak andam dan uruskan kad jemputan kahwin. Abah uruskan katering dan kanopi. Mak pulak shopping barang hantaran, bunga telur dan jemput kawan-kawan.

Kanopi aku dulu masih guna yang tiang besi tu lagi tau hehe. Bukan cam sekarang ada kanopi putih macam-macam bentuk lagi. 

Meja pun dok pakai meja panjang beralaskan kain putih kosong biasa je. Takda dorm bagai, takda makan asing-asing. Kerusi pun takda pakai sarung beriben lagi masa tu. 

Kahwin! kahwin! kahwin!


Kahwin nak tema apa? 

English wedding? 

Garden wedding? 

Jungle wedding? 

Bali wedding? 

Zaman kami dulu takda tema-tema. Cukup sekadar baju pengantin kain songket dengan sedikit lace dan sulaman. 

Pastu pakai tudung dan crown.

Kasut pun aku beli sendiri kat kedai Jukebox sebab mak andam tak simpan kasut saiz 7. Sebelum ni, client dia semua kaki saiz 6 dan ke bawah hehe. 

Akhirnya, kasut tu sampai sekarang pun aku tak nampak di mana bayangnya. Rugi!

Kena bersanding??? Dengggg!

Satu benda yang paling aku tak suka dalam bab kahwin ni ialah kena bersanding. Cukup aku tak berkenan kalau orang pandang aku ramai-ramai! 

Tapi, kadang-kadang tak semua benda yang kita nak kita akan dapat. 

Zaman kami dulu awal tahun 2000-an takda wedding pre-shoot, takda parti bujang dan takda majlis resepsi di taman. 

Paling grand, malam berinai dan hari bersanding. Tu pun kira stendet biasa-biasa je tu hehe

Perkahwinan atau Pertunjukan?

sumber : google
Tak dinafikan, dalam dunia yang serba serbi guna duit ini bab perkahwinan menjadi salah satu cabaran yang harus ditempuhi oleh bakal-bakal pasangan pengantin. 


Suasana 8 tahun lalu takkan mungkin sama dengan yang sekarang. Belanja kahwin semakin hari semakin mengarut naiknya. 

Minyak naik duo posen, bunga telur naik empatposen! mau tak ngamuk?


Belum kira lagi belanja barang hantaran, sewa khemah, sewa dewan, kumpulan marhaban dan katering.

Boleh berkudis kepala dibuatnya! 

Majlis kahwin dah jadi macam fesyen pertunjukan. Macam-macam gaya dan macam-macam ragam manusia kita boleh lihat dalam proses tersebut.   

Serasi Membawa Bahagia

Seriously, kalau dikira bajet kahwin orang-orang zaman sekarang dibandingkan dengan pendapatan kami berdua, nescaya memang takkan cukup untuk cover semua kos tu! 

Syukurlah kami kahwin 8 tahun lalu hehe.

Orang Cina gelisah nak mikir cari duit untuk mati. Kita? gelisah nak mikir cari duit untuk kahwin.

Betul ke?

Nabi s.a.w pernah bersabda, 


إن أعظم النساء بركة أصبحهن وجوها وأقلهن مهرا
Ertinya : Sesungguhnya wanita-wanita yang paling diberkati dan menjadi keutamaan adalah yang paling rendah mas kahwinnya 
( Riwayat Ibn Hibban)


Tapi, bukan semua orang boleh terima dan 'telan' ungkapan tu. 


#pray4MH370

13 comments:

  1. sekarang ni kahwin dah macam nak bayar down payment rumah wang hantaran...hik hik hik.... betul tak kenit? eh eh, comel dan cantik lah kenit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la farah, scary melihatkan orang2 muda sekarang berhutang pasal study dan kahwin. Eh kita muda juga kan dear hehehe :D

      Delete
  2. saya kahwin mak ayah yang tetapkan hantaran... nak buat mcm mana kan.. zaman sekarang nie mmg terlalu banyak pakai duit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeap, kadang2 part tu kita jadi serba salah kan. Akak mengerti .... :)

      Delete
  3. Alhamdulillah.. saya pun dah selesai semua tu.. cuma terfikir, mcm manalah zaman anak2 pulak nnti...

    ReplyDelete
  4. Yang penting , dh buat yg wajib kan , hehehe . Cikgu izzuddin tu kelakar gila , siap nak bukak baju bagai . Hahaha >.<

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang wajib mesti didahulukan. Tapi, tak semua nak ikut kan :D

      Delete
  5. tak kot lya minta sampai mcm tu..lya biasa2 je buat mana yg mampu je hihihi

    ReplyDelete
  6. Btl kenit time farah kawin dulu pun mana ada mcm skrg nie.. semua simple jer.. yg penting tak membebankan lepas kita kawin.. tp alhamdulillah walaupun tak se-grand org lain tp bahagia sampai skrg.. =D

    ReplyDelete
  7. Memang skrg ni ramai yg ikut trend hantaran tinggi melangit..sampaikan org lelaki pun dah takut nak kawen anak dara..

    ReplyDelete

Post a Comment

Disclaimer

If you require any more information or have any questions about our site's disclaimer, please feel free to contact us by email at wanimira737@gmail.com.


All the information on this website is published in good faith and for general information purpose only. www.hanimhashim.com does not make any warranties about the completeness, reliability and accuracy of this information. Any action you take upon the information you find on this website (www.hanimhashim.com), is strictly at your own risk. www.hanimhashim.com will not be liable for any losses and/or damages in connection with the use of our website.