Thursday, April 10, 2014

# Cerita My Pearls # Parenting & Tips

Jangan Cakap TAK BOLEH!


Assalamualaikum!

Dulu aku pun biasa cakap 'tak boleh buat'. Dan, akhirnya tabiat tu terbiasa dalam diri ini. Bila orang offer buat tu, offer buat ni aku tak berani nak mencuba apatah lagi nak cakap 'ya, saya boleh buat!'. Mungkin sebab aku tak yakin dengan diri sendiri ....??

Now bila dah ada anak kecil baru aku sedar, perangai 'TAK BOLEH' aku tu tak berapa nak molek dan tak bagus untuk dijadikan contoh untuk anak-anak. Baru aku sedar, sebenarnya selagi kita tak beri peluang pada diri sendiri untuk CUBA buat, selagi tu kita tak tahu samada kita MAMPU buat atau tidak. Umur dah 30 tahun baru nak sedar ke Pn Hanim??? LOL. 

Takpela, better late than never!



Semalam kakak kena lukis gambar potret famili. Dia tanya aku macam mana nak lukis. Aku lagi tak reti lukis melukis ni! Melukis sambil menekap gambar tu aku terer la ekeke.

"Kakak lukis je la ikut gambar tu"

"Kakak tak tauuuu kakak tak retiiiii. Ibu ajar la"

Lukis muka kucing pun jadi muka tapir, ni kan pulak nak lukis gambar orang! Kalau aku lukis orang lidi kang, jatuh lah 'maruah' aku hehehe. 

"Jangan cakap tak tau, kakak tak cuba lagi. Memang nampak susah, tapi sebenarnya kakak just lukis ikut garisan dia je"

"Ibu tunjuklaaaa"

Adeh, nak taknak aku kena tunjukkan kat dia jugak. Kang tak siap homework kang, diaaaaaa jugak yang kena marah ngan cikgu.


Dalam pada dia kata 'tak boleh', 'tak reti', 'tak pandai lukis' tu akhirnya siap jugak lukisan potret famili di atas ni! Alhamdulillah, boleh dah la tu melukis cuma tak yakin dengan kemampuan sendiri tu yang dok sibuk kata 'tak boleh' tu. 

First, aku kasi 'demo' dulu kat dia. Aku lukis dulu gambar budak perempuan tengah baca buku tu. Walaupun, tak serupa dengan gambar asal tak kisahla. Janji ada nampak mata, rambut, pegang buku dan kaki dah la hehehe. Selebihnya, kakak lukis sendiri. 

Excellent kakak!



Alhamdulillah siap jugak keje sekolah ko nak. Ibu dulu darjah 1 takda pulak suruh lukis-lukis begini hehe. Tu pasal la budak-budak sekarang terer melukis dari mak paknya. 

Ibu dulu paling 'lemah' kalau cikgu suruh melukis gambar orang ni.

Kalau gambar bunga, gambar gajah, gambar gunung ganang sawah padi rumah kayu takpe lagi. Ni cikgu suruh lukis gambar orang! Bila suruh lukis gambar orang, beginilah hasilnya .....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


Orang lidi. 

What do you expect?? 

Aku baru 7 tahun masa tu kotttt! 
Dok sedap menggongong botoi susu isi air sirap! 
(^_^)


#pray4MH370


11 comments:

  1. Sama la farah pn bab2 melukis nie mmg failed!! Tpi okey la tue cantik gak lukis..=D

    ReplyDelete
  2. ehehe belum cuba blm tahu kan kak...akhirnya berjaya juga di lukis :D

    ReplyDelete
  3. cantik bha itu..kalo SB pon part lukis2 orang lidi ni memang terror..hihihiii

    ReplyDelete
  4. budak-budak ni nak manja aje lebih...kalau buat boleh aje...cuma nak kena guide memanjang.Kalau tak,alasan tak tahu buat.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kenit. ahhaha nasib baik menjadi lukisannya. hehehe singgah menabung libresse sini~~~

    ReplyDelete
  6. belum cuba belum tau kan...pandai kakak..

    ReplyDelete
  7. kihkihkih.... paling stress bila subjek seni T_T

    ReplyDelete
  8. Wahh.. cantik lah tu gambar famili tu.. org lidi tu pun oklah sbb ada rambut sekali.. :)

    ReplyDelete
  9. Lya pon kalau bab lukis melukis ni mmg fail ..tak reti lerr tgn tak berapa nak kreatif huhuhu ... Ok la dapat lukis camtu ..syabas ..dlm duk cakap tak pandai akhirnyerr menjadik juga.

    ReplyDelete
  10. Pndai tu.. Cntik.. Boleh pun... Mmg mak sy pun mrh klu ckp x boleh sblum cuba... Cuba buat sndiri dulu bru kata tak boleh...

    ReplyDelete
  11. Dulu-dulu suka lukis pic lidi tu...

    ReplyDelete

Apa kata korang?