Tak Wajib Pakai Telekung Dalam Solat.

Friday, April 25, 2014


Assalamualaikum!


sumber : google


Ramai muslimat sudah maklum bahawa pemakaian telekung dalam solat BUKAN PAKAIAN WAJIB. Yang diwajibkan dalam solat adalah memakai pakaian yang baik dan menutup aurat dengan sempurna.

Apa itu pakaian yang baik?
  • Pakaian yang bersih
  • Suci dari najis
  • Bukan pakaian makruh & haram (eg. gambar tengkorak, salib, syaitan)
  • Tidak ketat dan menampakkan bentuk badan 
  • Tidak nipis sehingga menampakkan warna kulit 
  • Menjaga aurat sepenuhnya bagi lelaki dan perempuan
  • Berwangi-wangian

Allah telah berfirman yang bermaksud :
“Hai anak Adam, pakailah perhiasanmu(pakaian) yang indah di setiap kali kamu (memasuki) masjid, makan dan minumlah dan jangan berlebih-lebihan. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berlebih lebihan.”
(Surah al-A’raaf ayat 31) 


Pemakaian telekung adalah salah satu struktur budaya dalam keagamaan yang telah sekian lama terbentuk dalam masyarakat Islam terutama di bahagian Nusantara. Ianya dilihat sebagai sesuatu yang amat baik demi menjaga kesempurnaan dalam menjalani ibadah. 

Sebab tu, ulama-ulama dulu sangat menitikberatkan penutupan aurat yang sempurna dengan memilih telekung yang longgar, labuh, lebar dan mudah disarung serta kain yang tidak nipis agar ibadah solat dapat disempurnakan dengan baik, selain menjaga syarat-syarat sah solat.

Pemilihan warna putih juga menjadi aspek utama pemakaian telekung sebagai menjaga sunnah Nabi s.a.w yang juga sukakan warna putih. Sabda Baginda s.a.w yang bermaksud:

“Pakailah pakaian kalian yang berwarna putih. Kerana sesunggunya ia adalah sebaik-baik pakaian kalian. Dan kafanilah orang-orang yang mati dikalangan kalian dengannya.”

 Riwayat Imam Ahmad dari Ibnu Abbas 

Peredaran masa dan dengan kehadiran teknologi serta idea kreatif menyaksikan kehadiran pelbagai jenis telekung di pasaran. Baik dari segi jenis material, corak mahupun kualiti.


kredit : imamudasyraf

Pemakaian telekung mungkin sudah menjadi kebiasaan bagi kita, namun di negara-negara Barat terutamanya, ia (tidak memakai telekung ketika solat) bukanlah satu pemandangan pelik. 

Pernah aku melihat seorang wanita dari Syria yang datang berjemaah di masjid dekat ngan rumah aku, tidak mengenakan telekung sepertimana muslimat-muslimat lain. Dia hanya solat dengan berjubah labuh, berstoking dan bertudung labuh.

Asalkan kita yakin pakaian kita bersih bebas dari najis serta menutup aurat dengan sempurna, maka kita boleh solat seperti biasa. Sekaligus, ia akan memudahkan kita untuk mendirikan solat dimana saja walaupun tanpa mengenakan telekung.


sumber : google

Semalam aku terlihat satu video yang dihasilkan oleh sekumpulan pelajar UIA tentang beberapa perkara yang kukira menarik untuk dikongsikan di sini. 

Semoga video ini dapat memberi pencerahan dan manfaat yang baik untuk semua muslimat insyaAllah (^_^).



Dipos oleh Shasfur Apoi.




#pray4MH370



You Might Also Like

6 pengomen comel

  1. satu perkongsian menarik kak.
    mmg kdg2 agak pelik bila tgk org barat solat,
    rupanya dh dpt jawapan dari cni.
    thanx.

    ReplyDelete
  2. suka tengok video tu..tq for sharing..

    ReplyDelete
  3. fae ingatkan masa solat kena cover tangan and tapak tangan also. thanks for sharing kak :)

    ReplyDelete
  4. thank's kak atas perkognsian video ni..

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum kenit.. nice sharing... sheila singgah menabung huawei sini~~~

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM