Tips Dapat Banyak Komen Macam Blog Denaihati

Saturday, April 26, 2014


Assalamualaikum!


sumber : google

Sebelum aku mempunyai blog sendiri, aku gemar singgah ke blog orang lain dan baca entri mereka. Aku dapati ramai yang meninggalkan komen setiap kali blogger ini berceloteh. Walaupun, kadang-kadang hanya entri 5 baris ayat, tapi dapat komen sampai berpuluh-puluh!

Ahh! kalau macam ni la tulisnya, aku boleh dapat komen lagi banyak dari ni!

Bunyi bangga sangat kan! T__T

Tapi bila aku start berblogging, baru aku tahu ianya bukan semudah ABC orang nak datang singgah, baca dan tinggalkan komen walaupun aku penat menaip separuh hari untuk menyiapkan satu entri! haha.

Bak kata Ibunda Blogger.....

'Pemilik blog kena belajar cara membina blog secara teknikal 
dan non teknikal kena seimbang..tak boleh satu cara saja'


Aku kena sedar blogger bukan hanya pandai menulis sahaja, tapi mesti tahu cara bagaimana nak tackle SEO, Pagerank dan bermacam lagi Web Tools yang sebelum ni aku tak pernah dengar tapi sekarang aku kena belajar. Nak tak nak kena belajar!

Tu sebab aku tertarik dengan tips untuk blogger yang dikongsikan oleh blogger femes Ariff Shah :



1. Gunakan tema blog responsive.
Boleh kata 90% pengguna sekarang ada smartphone dan internet data. Majoriti daripada kita gunakan social media dan internet setiap hari melalui smartphone. Rugi besar kalau blog kita masih lagi menggunakan template lapuk non-responsive yang tidak berubah saiz bergantung kepada skrin paparan gadget. 
Seperti yang saya terapkan dari dulu lagi tentang pembangunan blog, pastikan blog yang dibina mudah untuk diakses oleh pembaca. Kalau sekali pembaca rasa susah nak masuk blog dengan menggunakan gadget mereka sebab template berat, sampai bila-bila persepsi tersebut melekat pada kita. 
Tema baru blog Ariff Shah dihasilkan menggunakan framework Genesis daripada StudioPress. Framework ni paling popular sekarang. Dihasilkan dalam masa 1 hari sahaja. 
2. WordPress atau Blogspot?  
Pada saya takde beza asalkan tahu guna. Banyak je laman yang hebat-hebat dihasilkan di atas platform Blogspot. Cuma kalau guna WordPress lagi senang sebab banyak developer hebat yang cipta template/plugin untuk WordPress. Pilih, bayar sikit dan guna je. 
Dan untuk pengguna WordPress, banyak je seminarnya seperti yang dibuat oleh team Denaihati tahun lepas. Boleh belajar dari tahap beginner hingga advance. 
3. Networking 
Pasaran untuk blogger luas. Mungkin korang rasa korang rajin pergi event dan dah kenal semua orang, tapi sebenarnya ramai lagi orang lain yang korang belum kenal dan mampu dapatkan income >5k sebulan dengan hanya pergi event dan tulis advertorial. 
Know the right people, make a lot of friends dan kemungkinan korang akan upgrade ke tahap yang lebih baik daripada sekarang. 
4. Elakkan iklan yang menjengkelkan 
Baru-baru ni semakin banyak syarikat pengiklanan dari luar masuk Malaysia contohnya macam H12. Cuma satu yang saya tak berkenan dengan H12 ni ialah iklannya yang sangat annoying. Iklan pop up dan potong bikini mereka langsung tak profesional. 
Walaupun benda ni takde efek di mata advertiser lain, imej blogger yang gunakan iklan annoying macam ni akan jatuh di mata pembaca dan blogger lain. Takde orang suka iklan dan orang lagi benci iklan yang menyakitkan mata.Apa-apa pun, terpulanglah kepada mereka yang nak meneruskan penggunaan iklan ini. Saya hanya menasihat, your blog, your rule. 
5. Terakhir, define your blog.  
Cari niche anda, apa yang anda dan pembaca anda minat? Dari situ lebih mudah nak berkembang sebab dah ada matlamat menulis blog. Tahun 2014 bukan lagi tahun untuk menulis blog secara suka-suka. Kalau betul-betul nak buat income, maka anda perlu lebih serius dan fokus.
Ternyata 5 tips di atas juga mampu mempengaruhi pembaca untuk meninggalkan komen di blog kita. 

Kalau blog kita ada elemen-elemen yang boleh menjengkelkan pembaca, bukan saja mereka taknak komen, malah mungkin kita akan kehilangan pembaca setia!




Kita juga perlu entri blog yang responsif. Komunikasi dua hala mampu membangkitkan cetusan idea dan pendapat walaupun pembaca mungkin tak sependapat dengan kita.

Alaaaa senang citer, entri blog yang responsif ni contoh macam isu-isu semasa, hiburan, gajet dan entri berkaitan tips-tips. Aku susah nak tinggalkan komen di entri yang berbau ke-jiwang-an melampau, sebab aku pun tak tahu nak respon macam mana hehe. Last-last, aku baca dan blah camtu tu je!

10 Entri Blog Denaihati Dengan Komen Terbanyak Bagi Tahun 2012-2013



Rasanya dah lebih 3 kali aku khatam belek entri-entri di blog Denaihati.com ni hehe. Tapi, yang pasti aku kagum kerana bukan senang nak dapatkan komen membina dari pembaca setia. 

Malah, ada juga blogger dari seberang yang setia mengomen di hampir semua 10 entri ni. No wonder blog Denaihati.com masih menjadi santapan minda pembaca setia di luar sana.

No wonder DENAIHATI.COM tersenarai dalam kelompok 10 blog terbaik bagi tahun 2014 & Best Micro Blog 2014 menerusi Instagram Denaihati.

1. http://denaihati.com/iphone-4s-gadget-impian-cikgu-naman (850)

2. http://denaihati.com/melastik-bintang-usaha-untuk-capai-matlamat (906)

3. http://denaihati.com/samsung-galaxy-tab-10-1 (960)

4. http://denaihati.com/ipad-2-gadget-impian-hans (1035)

5. http://denaihati.com/jadual-euro-2012 (1278)

6. http://denaihati.com/iphone-4s-gadget-impian-yanmie (1600)

7. http://denaihati.com/euro-2012-juara-pilihan-lelaki-kacak (1960)

8. http://denaihati.com/nikon-d90-gadget-impian-mj (2520)

9. http://denaihati.com/iphone-4s-gadget-impian-puanbee-com (3445)

10. http://denaihati.com/macbook-air-gadget-impian-ariff-shah (3480) 


Blogger adalah pemikir yang hebat, bukan setakat hanya menulis sahaja. Oleh itu, setiap perkongsian ilmu samada isu-isu semasa, kemanusiaan, hiburan mahupun pendidikan memerlukan blogger menulis dengan isi yang betul dan pemahaman yang meluas agar objektif menyampaikan maklumat berkesan dan sampai kepada pembaca.

*cer tengok berapa ribu komen aku boleh dapat untuk entri ni hehe


#pray4MH370


You Might Also Like

44 pengomen comel

  1. betul tu kak. kita ni kena usaha lagi untuk jadi seorang penulis yang baik. bukan setakat komen je, advertiser pun nnt berkenan

    ReplyDelete
    Replies
    1. semoga ainim dapat manfaat dari tips di atas :)

      Delete
  2. Kekadang bila sesuatu entri tu menarik sudah tentu ada yang akan comment. Tapi bagi blogger pula jangan la menyukarkan pengunjung nak comment macam kena verify dulu tu. Lagi satu jika kita rajin comment kat blog kekakawan kita pasti dorang akan comment balas pada entri di blog kita. Jika rajin kutuk tuan blog yg kita singgah sure no comment :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye zumal, isu word verification ni memang jadi isu utama dalam menilai respon pembaca terhadap blog kita. Suka atau tidak ye dak :)

      Delete
  3. DH memang Blogger popular yang tak sombong dan rajin balas kunjungan bila kita singgah dan tinggalkan komen kat Blog dia..Berbeza dengan sestengah blogger yang popular mahupun yang tak poular. Memilih untuk meninggalkan komen atau membuat kunjungan balas. So itu juga antara faktor kenapa dialebih disenangi..Popular tapi tak sombong..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebab itu blog Denaihati mempunyai pembaca setia dari dulu sampai sekarang. Dan, entri yang dikongsikan juga ada pengisian serta tujuan untuk menyampaikan maklumat. No wonder DH menjadi antara blogger berjaya masa kini :)

      Delete
  4. wah.. hebat tu.. mama adalah sikit.. kikikiki...

    ReplyDelete
  5. Perkongsian yg menarik... belajar & terus belajar... :)

    ReplyDelete
  6. Banyak juga komen denaihati tu. Salah satu blogger yang ckup terkenal. Tips yang diberikan pula memang betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tips bermanfaat untuk memajukan diri dalam blogging :)

      Delete
  7. Susah dan perlu strugle nak jadi top mcm Denaihati

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zaman DH mungkin susah sebab semuanya perlu cari sendiri. Tapi kita beruntung kerana semua tips telah disediakan, tinggal lagi nak mulakan aje :)

      Delete
  8. Nice sharing ni :D Jemput singgah ke blog SM jgk kalau sudi ;)

    http://santanmanis.blogspot.com/2014/04/cik-bu-sm-hilang-entry-khas-untuk.html

    ReplyDelete
  9. Memang bukan senang sebenarnya untuk menarik commenters. Kena pandai susun cara supaya orang lain terasa ringan tulang nak comment kat entry kita kan.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah keunikan dan kelebihan yang ada pada seorang blogger yang berkualiti. Dia perlu menghasilkan sesuatu yang dapat menarik perhatian pembaca. Bukan sekadar menulis syok sendiri tak gitu? :)

      Delete
  10. menulis dengan jiwa..dan menulis utk pembaca.bukannya utk diri sendiri...kotak komen pun harus mesra...komen pun bleh jd lg banyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang seharusnya perlu ada pada setiap blogger yang ingin maju. Menulis untuk pembaca dan menulis dengan jiwa :D

      Delete
  11. kotak komen G+ ok..tak nak cuba ke Kenit ?.. bg sy la :) tp sy letak dua2 , kadang sampai tiga termasuk fb komen hihi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pernah terasa gak nak letak, akan dipertimbangkan hehe :)

      Delete
  12. Terima kasih atas perkongsiannya! :)

    ReplyDelete
  13. iklan tu yg buat xnak masuk dah.. ehhehehe

    ReplyDelete
  14. terpulang dgn topik yang dikupas. Kalau gajet, hp, kamera semua golongan akan baca n suka. kalau topik yg fokus kecantikkan or politik ke hiburan, hanya org yg minat je akan baca
    http://www.unlimitedbeautysecret.com/2014/04/beauty-bag-bag-of-love-march-april-2014.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. true miss ika, sebab tu kita kena tentukan niche blog yang betul agar pembaca tak boring :D

      Delete
  15. ermm.. komen ayu xbanyak ada banyak sebab. antaranya jarang update. hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. so, lepas ni kena rajin update la ye tak ayu? hehe :D

      Delete
  16. nice entri. tips sangat berguna untuk blogger sekarang. kena apply la

    ReplyDelete
  17. Nice sharing, mmg bermanfaat..hope sudi2kan la follow blog saya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih.. insyaAllah kenit follow balik :)

      Delete
  18. kena jadi blogger mesra blogging ... nice tips

    ReplyDelete
  19. saya pun tengah dok mengodek2 tips pasal blog lagi ni..thanks for the tips tuan punya blog

    ReplyDelete
  20. good tips..thanks for sharing... sudi2 singgah blog saya.. Tq

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM