Sunday, May 18, 2014

# Anything and Everything # Informasi Dan Tips

Adab Di Majlis Kahwin


Assalamualaikum!

Perbualan aku & Pak Jelan semalam di kedai Cik Tonah menyedarkan aku banyak perkara berkaitan majlis kahwin ni. Pak Jelan kan buat part-time job dengan catering, jadi banyak benda yang dia kongsikan dengan aku, tentang masalah dan halangan tuan rumah memastikan majlis kahwin berjalan lancar.

sumber : google
Selalunya, bab makanan menjadi topik utama& paling penting dalam sesebuah majlis perkahwinan. 

Mana-mana tuan rumah pun nakkan yang terbaik untuk majlis mereka, dan nak bagi semua tetamu berpuas hati dengan layanan yang diberikan. Tapi, kadang-kadang lain yang kita harapkan lain pula yang jadi.





Semalam, Pak Jelan citer tuan rumah terduduk bila dapat tahu nasi & lauk kenduri habis dalam masa 2 jam aje! Jam baru pukul 2.30pm, tapi nasi & lauk dalam periuk dah tinggal kerak je. 

Padahal, ramai lagi tetamu yang baru sampai dan tak makan lagi! 

Pihak catering tak salah, sebab tuan rumah sendiri telah mengesahkan lauk kenduri tu asalnya memang cukup untuk para tetamu, tetapi disebabkan orang lain punya pasal, maka dah jadi tak cukup. 

Kenapa boleh jadi tak cukup?

Asalnya, si besan kata rombongan belah sana dalam 200 orang aje so tuan rumah tak la risau sangat sebab nasi & lauk yang tinggal memang cukup untuk 200 orang makan lagi. Tapi, apa yang jadi semalam tetiba rombongan belah sana datang dengan hampir 500 orang!! Perghhh .....

Kesian tuan rumah tu, terpaksa dia berkejar pergi beli nasi ayam untuk tetamu yang tak dapat makan nasi kenduri. Dah la tetamu tu semua datang dari Singapore huhu. 

Dan, kesian juga pada tetamu yang datang jauh-jauh tapi tak dapat makan nasi kenduri.

Moral of the story :

HARAM kita hadirkan diri di majlis perkahwinan jika kita tak dijemput lebih awal. Bukan sahaja menyusahkan tuan rumah sebab kena belanja lebih untuk cover lauk kenduri, tapi ia akan 'mencacatkan' majlis perkahwinan itu sendiri. Ingatlah, jaga adab kita dan jangan ingat seronok je bila gi kenduri kahwin orang, padahal kita tak dijemput.

Last-last, tuan rumah yang menanggung malu kerana kita yang muka tak malu.

Imam al-Baijuri Rahimahullah  menyatakan adalah haram hukumnya menghadiri majlis tanpa diundang kecuali jika dia tahu tuan rumah itu berniat untuk bersedekah atau sebagainya redha dengan kehadirannya.

Jika sesuatu majlis itu dan tetamu yang diundang bersifat khas, maka wajib tetamu tersebut menghadiri undangan itu.
 Maksud tetamu yang bersifat khas di sini ialah tetamu yang telah ditentukan orangnya oleh tuan punya majlis atau wakilnya.

Adapun menghadiri suatu majlis khas tanpa dijemput, maka  hukumnya adalah haram.
 Melainkan dia mengetahui tuan punya majlis itu redha dengan kehadirannya kerana di antara tuan majlis dan tetamu itu keduanya saling kenal-mengenali dan mempunyai hubungan yang rapat atau mesra. -halaqah.net


#pray4MH370


8 comments:

  1. SETUJU ...kalau org tak jemput HARAM kita pergi tau ..
    Sebabnya tuan rumah tu sendiri dah bajet byk mana dan ramai mana org yg datang ..
    Jika org yg tak dijemput pon datang makan habis la tuan rumah tu ..
    Pelik betul la org zaman sekarang ...

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang baik... Lagi satu zumal teringin nak kongsikan bersama ada segelintir orang yang ambil lauk pauk masa kenduri tu macam bukan sorang yang makan... Pastu tak habis pula. Kan membazir je tu :))

    ReplyDelete
  3. kesian tuan rumah tu...tak baik la kan buat orang macam tu,.confirmkan la dulu..

    ReplyDelete
  4. Setuju tu...sudah tentu ia akan menyusahkan tuan rumah

    ReplyDelete
  5. Good info kenit..kesian kat tuan rumah tue kan..

    ReplyDelete
  6. Alahai.. Malu aih nk knduri kalau tak.jmput.. Tpi ada gak ek org cmtu..

    ReplyDelete
  7. Sabtu & Ahad lepas mmg padat dgn jemputan kawin.. padat perut dgn nasi minyak smpi tak larat nay berblogging huhu.. T kasih atas perkongsian Anim.. :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?

Follow Us @soratemplates