Saturday, May 10, 2014

# Anything and Everything # Informasi Dan Tips

Awas!! SMS Scam & Website Palsu!

Assalamualaikum!

Makin advance penipuan diaorg ni! Kalau dulu diaorg berani tipu dalam sms je, tapi sekarang dah berani-berani buat website palsu untuk mengaburi mata pengguna internet.



Korang ada dapat sms sebegini? Inilah salah satu SMS scam yang aku terima petang tadi. Biasanya, aku dapat emel scam offer duit juta-juta dalam bentuk USD. Tapi, inilah kali pertama aku dapat mesej scam berbentuk sms siap dengan website 'rasmi' lagi!

Aku memang pengguna minyak Shell, tapi setahu aku tak pernah lagi aku masuk apa2 kontes Shell atau berikan no telefon aku pada siapa-siapa kecuali aku sendiri tahu kontes apa yang aku masuk. 

Jadi, nak tipu aku?? SORRYYYYYYYY NAIK LORIIII!

So, Pak Jelan suggest aku check kat address 'website' tu, dan sekali pandang je aku dah tahu dah ini semua poyooooo! hahaha.

Banyak yang aku musykil dengan website ni.


LOGO COMPANY - Nampak tak? kan tak sama tu?? Website yang guna logo Shell tu adalah website rasmi sebenar syarikat Shell. Manakala logo yang kaler hijau tu logo ape ntah.

Kalau 'kontes' tersebut sah, kenapa tak guna logo Shell yang sebenar? nampak tak permainannya di situ??




WEBSITE 'HIDUP' - Nampak cam real je kan website ni kan? sekali pandang memang macam takda tipu-tipu punye. tapi, bila korang klik kat link tertentu, ia tak membawa korang ke mana pun. Ada yang aku klik langsung tak pergi ke page yang dikehendaki.

Nampak tak permainannya di situ??



TERMA & SYARAT - Cer baca T&C dia, tengok bahasa pun aku dah tahu dari mana dah! Bahasa dah la pelik, typo banyak! Kalau orang tak perasan terus percaya, tak ke naya! 

Dah tu kat bawah sekali tu boleh pulak dia letak "Telah Disahkan Oleh" --> Perdana Menteri Malaysia??? hahaha agak2 la ko nak menipu weh! mangkuk ayun masa bila pulak Pak Jib jadi pengesah rasmi 'kontes' camni??

Nampak tak permainan kotor mereka di situ??



TESTIMONI MENIPU! - Wahhh! siapa ada testimoni bagai nampak? ingat ni review produk ke ape? bukan main lagi 'seronok' makcik pakcik tu sumer dapat 'duit' ye. Tengok bahasa pun korang dah boleh agak ini scam kan.

Nampak tak permainannya kawan-kawan??

Last but not least ....



Aku pergi ke website sebenar SHELL MALAYSIA dan ini kenyataan rasmi & amaran mereka. Memang Shell Malaysia takda buat kontes melalui sms! Jadi korang jangan tertipu dengan sms scam dan website palsu kat atas tu. 

Even kalau diaorg adakan kontes, pemenang akan dihubungi sendiri oleh penganjur, BUKAN pemenang yang kena hubungi 'penganjur'!

Tolong bagitau pakcik makcik atau abang kakak yang masih tak tahu tentang penipuan ni. Jangan terperdaya dengan hadiah wang lumayan yang ditawarkan. Ingat! mereka sudah bijak menggunakan website sebagai umpan untuk mengaburi penipuan mereka. 

Sebelum kita excited terlonjak-lonjak macam kera dapat susu sebab konon menang hadiah, baik kita periksa dan teliti dulu kebenarannya. Jangan sampai ada yang tertipu!

#pray4MH370

12 comments:

  1. Kena hati hati dengan semua ni. Ena sejak kawan ena kena tipu, memang dah fobia dengan semua ni. Kalau dapat, delete terus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yg sebaiknya ena. Better delete terus, jgn gatal2 nk call no tu

      Delete
  2. Memang confirm menipu ni.. Logo (favicon) hijau tu logo yg diguna utk domain .tk.. domain .tk ni free domain.. Ramai guna domain tu untuk tipu link sebenar.. Tengok website tu pun domain sebenar dia 5gbfree.com.. Boleh nampak bila letak cursor kat mana2 link dalam web tipu tu.. Sejak bila Shell guna domain camtu? haha..

    Lagi satu, just nak ingatkan, domain .tk ni kena hati2 sikit.. Domain macam tu bukan setakat guna untuk scam/menipu.. Kadang2 link .tk boleh bawa kita ke website yang ada virus/malware/spyware.. Silap klik nanti boleh rosakkan komputer sebab virus.. Better jangan klik terus kalau nampak domain .tk..

    Biasanya web yang betul takkan guna domain percuma..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas penerangan ni Abg Anarm. Semoga pembaca lain alert dan berhati2 dgn perangkap durjana diorag ni.

      Delete
  3. ayat pun terputaq belit... hehe...

    ReplyDelete
  4. Wah penipu pun semakin advance sekarang nie...

    ReplyDelete
  5. oh.. boleh pulak menipu bagai nak rak ye, siap testimoni bagai ni..

    ReplyDelete
  6. terang2 npk menipu kan.. jgn kita terpedaya dah la..>_<

    ReplyDelete
  7. jangan terlalu percaya dengan benda nie semua.apatah lagi melalui sms kan

    ReplyDelete
  8. ni website asal dia http://www.shelmy.5gbfree.com/ , dia nk kaburi org dengan guna coding html dengan tag iframe src=LINK benda ni bnyk sbb org nk cari jalan mudah tuk curi duit.

    ReplyDelete
  9. Mmg nampak real la kenit... nie kalau org tak tahu mesti dh tertipu la..btw thanks 4 sharing kenit..=D

    ReplyDelete
  10. Mmg kena berhati2 dgn scam2 mcm ni... merbahaya. Tak pasal2 je terjebak pening kepala nnti...

    ReplyDelete

Apa kata korang?