Hampir Diragut!

Tuesday, May 20, 2014


Assalamualaikum!

Allahurobbi! membayangkannya saja sudah cukup menakutkan apatah lagi kalau terkena pada diriku sendiri. Nauzubillahiminzalik! mintah dijauhkan dari perkara-perkara yang boleh memudaratkan kami sekeluarga.


gambar hiasan

Tapi, dalam kita masih berjaga-jaga tu pun kalau benda tak elok nak jadi kat kita, kita tak boleh nak buat apa-apa melainkan bersabar & berdoa agar tak jadi apa-apa yang serius.

Alkisahnya, malam tadi akak aku call menceritakan detik-detik cemas dia hampir diragut ....

"Nim, akak hampir kena ragut atas motor tadi Nim"

"Allahurobbi! bila? di mana?"

"Kat Sg. Serai tadi ... mujur aku dapat tarik balik beg aku Nim, kalau tak aku dah 'jalan' tadi"

Alhamdulillah syukur akak & abg ipar aku terselamat dari insiden tu. Semuanya berlaku begitu pantas sekali. Akak aku tak mampu nak bercakap atau menjerit waktu tu tetapi mujurlah kudrat dia kuat merentap kembali beg tangan.

Kebiasaannya, jalan tu banyak kereta lalu tapi semalam jalan tu sunyi jadi memang peluang besar la buat peragut tu. 

Abg ipar aku yang menunggang di depan boleh tak perasan ada peragut di tepinya. Yang dia perasan, motor tetiba bergoyang. Bila pusing belakang baru perasan akak aku tengah bergelut ngan peragut!! Allahurobbi ....

"Habis tu ko kejar tak peragut tu?"

"Abg Nizam cuba nak kejar tapi peragut tu naik LC, ko tau2 je la LC tu laju. Kami ni dah la 'comel-comel' hehe"

Eh eh boleh plak dia bergurau senda time-time gini T__T

Alhamdulillah, syukurlah akak & abg ipar aku selamat. Ya Allah, kesian akak ... dah la trauma dari insiden tembak menembak di bank dulu tak hilang lagi, kini datang plak trauma hampir diragut.

Ya Allah, lindungilah akak sekeluarga dari sebarang mudarat atau malapetaka. Lindungilah perjalanan mereka setiap hari pergi & balik dan rahmatilah hidup mereka...aminn.

#pray4MH370

You Might Also Like

21 pengomen comel

  1. alhamdulillah.. mujur selamat.... huhu...kna baca ayat kursi sbg perlindung.. kna lebih berhati-hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur dear, itulah yang anim pesankan pada dia semalam.

      Delete
  2. syukur alhamdulillah... semuanya selamat....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah takda apa2 serius yang berlaku cuma trauma kejap je la

      Delete
  3. trauma kalau kena nie.....hilang sabar aku kalau jumpa peragut macam nie....

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak sempat nak buat apa pun kak, benda sekelip mata berlaku

      Delete
  4. Replies
    1. amin amin amin yarabbalamin...mekasih abg khai :))

      Delete
  5. alhamdulillah...semuanya selamat..

    ReplyDelete
  6. heemmm husna pun bulan 1 haritu,, kene,, tp takpe la,, selamatkan diri dari selamatkan duit,, mmg trauma kejap taknak naik moto

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, memang trauma benda ni. Peragut memang tak takut walaupun ada lelaki di sebelah kita.

      Delete
  7. Huhu syukur takde apa2 yang buruk jadi kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah syukur takda apa2 kak

      Delete
  8. Alhamdulillah semuanya selamat.. Bro ada kongsikan cerita macam nie semalam dekat blog

    http://www.broframestone.com/2014/05/tinted-cermin-kereta-untuk-keselamatan-pemandu-wanita/

    ReplyDelete
    Replies
    1. dah baca bro, syukur alhamdulillah.

      Delete
  9. alhamdullilah . ish. bahaya gak kalau kita tarik beg tu balik... kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. Memang bahaya, tapi akak anim agak beruntung sebab kudrat dia lebih kuat dan peragut tu telah berputus asa huhu :))

      Delete
  10. Alhamdulillah selamat... syukurlah. Mmg perkara2 mcm ni tak boleh dijangka.. Semoga dilindungilah & semoga peragut penyangak tu mendapat balasan setimpal yg membuatkan dia sedarlah kejahatan yg dia lakukan & insaf sebelum segalanya terlambat...
    Skrng mmg bnyk terjadi mcm ni kan.. mmg kena hati2 selalu.. nauzubillah...

    ReplyDelete
  11. Alhamdullilah.nasib baik x ada apa2..sekarang ni memang mcm2 benda x elok berlaku

    ReplyDelete
  12. syukur alhamdulillah .. selamat.

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM