Wednesday, May 14, 2014

# Family Time # Kuala Lumpur

Jalan-jalan Masuk Istana


Assalamualaikum!


My precious pearls ngan our 'bodyguard' ekekeke

Cuti Public Holiday semalam tak tau nak bawak anak-anak gi mana. Asyik taman tasik je, dah la panas berdengung nak bagi budak2 main bawah panas terik tu huhu. So, aku suggest kat Pak Jelan bawa kami masuk istana hehe.

Bukan istana baru tu, istana lama je. Dah jadi muzium baru leh masuk huhu. Tapi, kalau permaisuri ajak pekena minum petang kat istana baru pun care gak kan ekekeke.



Kat umah, beria aku yakinkan Pak Jelan masuk istana tu free je. "Ala free je bang, takkan la dia nak suruh bayar". 

Sekali bila masuk kat pintu pagar dia, ha amik ko! hahaha. Kena bayor la! Bengkekkkkk je abeng sorang tu kahkahkah! Dah sampai, takkan nak balik pulak! masing-masing dah berlengas dah ni, tak sabo nak kena air-cond kat dalam hahaha.






Bergambor dulu di perkarangan istana. Belum lagi nak panas time ni, dalam kul 10 lebih kot. 


Amboi mamat sorang tu, dengan raybannya, dikepit oleh dua orang bidadari lagik! Tak kuase aku!

Sorang pakai baju lengan panjang tutup aurat, sorang lagi pakai skirt kembang ala-ala 60an hehe. Takpa, pak hang sporting semalam kuikui~

Nak masuk dalam istana, takleh amik gambar. Itu peraturannya. So, tak dapek la den nak share gambar-gambar dalam istana. Kebanyakkannya perabot je pun. Bilik beradu, opis agong & permaisuri, bilik mandi blablablabla.

Tapi, syok berjalan sebab sejuk dan berkarpet hehe.


Dah habis, round dalam istana kami keluar balik dan pergi ke sebelah dimana terletaknya balairung seri. Haaaa kat sini, kami pulun bergambar sakan pasal memang boleh bergambar pun hehe.





Raja-Raja Melayu ... yang berdiri posing tu raja dihatiku ekekekeke. 

Geli ke? Lantakkkkk!


Haaaa kat dalam balairung seri ni, kakak & adik memang menunjukkan keover-excitedan mereka. Jakun pun ada aku tengok hahaha. Maklum la, kali pertama masuk istana. 

Aku dah masuk 30 tahun ni ha pun takde la teruja sangat, kontrol cun gitu kuikuikui~

Nak muntah??? silakannnnnnnn.....













Cer bagitau aku, mamat baju merah dengan mamat baju mamat baju cekelat tu same ke tak? hahahaha.


Ko dah kenapa Pn. Hanim??!! hahahaha. Salute pulak dah ..... yang sebelah tu berdiri tegak konon, tu dok tahan nafas perut dah nak terbojol kuar dah tu kihkihkih~

Macam queen & king tak? :p




Panas berdengung dah time nak balik ni! Tapi, time ni la ramai plak pelancong sampai. Kebanyakkannya pelancong Arab & dari Asia Timur. Kawasan luas, nak bergambar kat mana2 pun boleh, kecuali dalam istana belakang ni.

Ok la permaisuri dah penat berjalan, nak balik ke istana sebenar beta dan beradu sampai petang kihkihkih~

Pesanan buat permaisuri : Boleh tak jemput saya & family masuk istana yang baru tu? kuikui

#pray4MH370


24 comments:

  1. seronoknya anak beranak..lya tak pernah lagi masuk ke istana..best ke kak ada rasa macam raj2 ke hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha takdala rasa macam raja2 Asha, kalau masuk istana baru mungkin la ada sikit2 rasa macam raja ekekekek :D

      Delete
  2. wah kelasss dah masuk istana nanti kita pun nak masuk istana jugaklah... hik hik hik...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha masuk tau bawak Ash sekali k :)

      Delete
  3. uishhh..
    dalam dia mmg mewah..
    berpinar mata tgk warna dalam istana nie

    ReplyDelete
    Replies
    1. takde nak mewah sangat shark. yang mewah2 dah diangkut ke istana baru. Yang ni tinggal bikin pusaka dalam muzium heeeeee :D

      Delete
  4. cantiknya istana.. teringin lak nak masuk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. masuk la, ujung minggu ni boleh dah :D

      Delete
  5. Laa baru ena tahu boleh masuk Istana ni. Murah pula tu. Nanti nak ajak family ena pergilah. Teringin nak tengok suasana istana tu macam mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. bolehla kalau nak bawa family santai-santai jalan-jalan kat dalam istana tu :))

      Delete
  6. Wahh.. syok juga yek.. kenapalah saya tak terfikir pun nak pergi ke istana ni. Thanks sharing Kenit.. mmg bestlah.. :) :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. no problem abg khir, ni pun pasal hari2 lalu depan istana tu hehe. tengok orang lain dah pernah masuk teringin jugak la hehe :D

      Delete
  7. Rupanya mmg buak untuk lawatan terus istana nie...
    Dulu kata sampai tarikh bla-bla jaa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pasti plak sampai bila tarikhnya tu fazrol, tapi ujung minggu ni kalau nak gi boleh lagi kot. Kaunter bukak sokmo tu hehe :D

      Delete
  8. tak pernah lagi masuk istana. kalau masuk muzium tu selalu ar.. muzium Losong di Kuala Tganu hihi

    ReplyDelete
  9. x pernah lg masuk istana, kalau masuk muzium tu selalu jugak ar. muzium losong di K.Tganu hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha ok gak tu, kiter lu masuk muzium sg lembing jah. Tengok batu arang ngan patung-patung manusia wak kije hehehehe :D

      Delete
  10. Wah best tengok semua gambar2 kenit kat sini.. sesekali nak fefeeling permaisuri apa salahnya kan.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe sesekali teringin jugak fefeeling queen kan dear :D

      Delete
  11. tak pernah lagi masuk istana...bestnya...kalau dapat duduk sana lagi best kan kenit.

    ReplyDelete
  12. Wah.. Best gak ek... Blh la g gak nnt...

    ReplyDelete
  13. puas tengok gambarnya....motor tu cantik ler......

    ReplyDelete

Apa kata korang?