Wednesday, May 07, 2014

# Story Kenit # Tips Di Jalanraya

Jenis-jenis Pemandu Kurang Ajar Di Jalanraya.


Assalamualaikum!

Setiap hari pun aku melalui benda yang sama di jalanraya. Memang hari-hari jumpa sikap pemandu yang kurang beradab macam ni. 

Kadang-kadang aku rindu pada tempat keje aku dulu kat Kuantan. Takda jam teruk dan tak perlu sumpah seranah dalam kereta kerana marahkan pemandu lain. Tenang je rasa tengok pokok bergoyang sambil angin menyapa pipi hehehe.

Tapi, tu semua dalam mimpi je la. Realitinya, aku di tempat yang jauh berbeza dan hari-hari pun kena struggle berjuang di jalanraya supaya selamat sampai rumah.
Jalan sesak tidak mengapa, tapi yang menjadi masalahnya ialah sikap sesetengah pemandu yang memang aku tengok macam takda perasaan kat pemandu lain.


Dua hari lepas, lepas kuar dari kedai Speedmart, ingat nak ikut jalan shortcut sehala kat tepi kedai. Hamba Allah yang 'cerdik' mana la pi parking kereta dia camni! Tak rasa bersalah ke???!

Puas Pak Jelan hon tapi batang hidung pun tak nampak. Tak pasti dia menyorok bawah katil ke tak huhu. Pak Jelan memang menahan marah dah masa tu, orang nak lalu pun susah!

Dia parking macam ni, bukan saja menyusahkan kami yang nak lalu kat lorong tu, tapi kereta yang dok dalam parking slot tu pun kena gohead gostan banyak kali disebabkan kete dia!

Tak rasa bersalah ke weh!!



Paling aku ngan Pak Jelan hangin dengan pemandu macam ni la! Masuk lane tak bagi signal! Dah la ko potong line, pastu masuk langsung tak bagi signal. Takda budi bahasa sungguh!

Kalau kereta kurang ajar macam ni lalu kat tepi kereta kami, memang takkan kami bagi masuk sebab jenis begini tak sedar diuntung! At least, ko nak masuk lane orang bagi la signal

Harap kereta je besar, akai takdak! Boleh tak aku nak marah?? Boleh la .... pasaipa kita boleh je ketik signal, dia tak boleh??



Patutla orang kata pemandu teksi kurang ajar, mungkin ada kebenarannya! 'Penyakit' suka lalu kat laluan kecemasan ni berjangkit. Kalau sorang dah buat, yang lain mesti ikut punya. 

Ni pun pesen tak reti beratur dan tak reti bagi signal. Grrrr ....!!


Kan aku dah kata, 'penyakit' berjangkit. Mentang-mentang petang semalam polis tak jaga bawah terowong tu, naik tocang la diaorg ni! Kalau ada polis, kecut masing-masing tak berani nak lalu situ.

Macam dia sorang je nak cepat balik! 


Yang ni pun satu kuang ajo! Berlaku pagi tadi masa baru hantar kakak gi sekolah. Jalan tu hanya untuk masuk simpang ke sekolah, tapi bas sekolah 'taik' ni boleh bantai bikin U-turn kat situ!

Grrrr ....! geram aku ni gerammm!

Langsung tak peduli nyawa budak2 sekolah dalam bas tu. Dia gohead gostan kat situ sebab tak muat nak pusing sekali terus. Habis kereta yang dari belakang pun kena berhenti sama disebabkan dia!

Kalau la ada motorcyclist tak perasan ..... taik kucing betul la!!

Ini baru sikit, memang ramai pemandu kurang ajo kat luar sana. Langsung tak peduli tentang keselamatan orang lain. Tahu nak balik cepat je! Kadang-kadang kita eksiden tak semestinya kita sendiri tak berhati-hati, tapi kerana orang lain yang tak ikut peraturan maka kita pun terbabit sama!

menci! menci!menci! >.<

#pray4mH370


14 comments:

  1. kadang2 bila kita jadi baik sgt kat jalanraya alamatnya pukul 10 malam la baru smpai umah

    ReplyDelete
  2. amboi...ini betul2 marah ni...hehe..nasib baik tempat kerja sura kat dalam kg jer..tapi selalu jugak sumpah seranah bila ada situasi yg menyakitkan hati...selalunya yg bawak moto dlm kg ni yg jadik mangsa bebelan...memang sakit hati bila tak bagi signal..kadang2 rasa nak je langgar..:)

    ReplyDelete
  3. kalau bawa kerete kat Msia nie mmg kene extra berhati2..

    ReplyDelete
  4. memang sangat banyak pemandu yang tak ada sivik macam ni kat atas jalan raya dear... tak suka, tapi terpaksa tempuh...

    ReplyDelete
  5. kalaulah aku mampu...akan ku ubah hati2 mereka, jadi baik....

    ReplyDelete
  6. kalaulah aku mampu akan ku ubah hati2 mereka jadi cool di jalan raya

    ReplyDelete
  7. Mmg inilah masalah kebanyakkan pemandu kita.. tak de kesedaran sivik. Masing2 nak dulu, masing2 nak cepat... masing2 nak menang. Jadi baik salah & klu jadi pemandu brutal dah tentu2 salah... hmmm

    ReplyDelete
  8. potong kiri, pancung memang kesalaha besar jalanraya, siap la rm300 no discount haha..jagan buat hal sudah, yg cerdik/kaya saja berani buat !

    ReplyDelete
  9. xyau plak akak dulu keje kuantan.
    mmg susah nk kasi sivik kt org cmnie.
    bila eksiden bila kena saman mula ler maki hamun,
    mula ler nk salah kt org lain.
    mmg susah nk paham jnis cmnie.

    ReplyDelete
  10. saya selalu je kena kak bila tgh drive. mmg sakit hati tapi saya ni keras hati sikit.kalau tak bagi signal jgn harap saya bg masuk.

    ReplyDelete
  11. diorang ni cuma fikir tengkuk sendiri...sy dah byk mengalami benda macam ni kat jalan raya...geram pn ada....tp yg penting jgn sesekali kita ikot perangai tak berhati perut ni...biarlah kita bertolak ansur....nnt lama-kelamaan org sekeliling mgkn boleh ikut....kalau kita keras mereka pn keras....

    ReplyDelete
  12. btl2..sy paling pantang klo pemandu jns x bg signal ni..dri baik hati nk bagi laluan jd mls nk bg laluan.

    ReplyDelete
  13. Kasi bakar jer...geram betul gak nie

    ReplyDelete

Apa kata korang?