Koleksi Peribahasa Panda Edisi 2014

Friday, May 23, 2014


Assalamualaikum!


Mengekek-ngekek aku ketawa dalam kete pagi ni bila baca peribahasa lucu yang dikongsikan di facebook. Boleh tahan 'nakal' jugak yang tukang mengusik ye hehe.  

Bertuah dua ekor panda tu, manusia bergaduh sebab diaorg je yek huhu. Seramai mana yang menyokong 'usaha' murni ini, seramai itu jugaklah yang membantahnya.

Takpe, yang tu aku serahkan pada korang untuk menilai sendiri pasal masing-masing dah dewasa ada akal kan, jadi boleh bezakan yang mana satu bodoh, yang mana satu cerdik.

Tapi, yang aku nak kongsikan di sini ialah barangkali luahan sebilangan masyarakat kita terhadap isu ini, dalam bentuk peribahasa.





"Air yang tenang jangan disangka tiada Panda"


"Sepandai-pandai Panda melompat, akhirnya jatuh ke Malaysia jua".



"Carik-carik bulu panda, akhirnya habis duit rakyat"



"Dua tiga panda berlari, mana nak sama si panda gergasi"

"Di mana ada zoo, di situ ada panda"

"Yang merah itu saga, yang hitam putih itu panda"

"Panda dari China disusukan, anak dari rumah mati kelaparan"

"Harapkan panda, panda makan padi"

"Pucuk dicita, panda mendatang"

"Yang kurik itu kundi, yang hitam putih itu panda. Yang indah itu budi, yang 25 juta itu panda"

"Besar badan panda, Zoo Negara kami tadahkan"

"Tuah ayam nampak di kaki, tuah panda nampak di Malaysia"

"Panda di zoo ada insuran, anak di rumah tiada takaful"

"Buah cempedak di luar pagar, amik panda tolong jolokkan"

"Jika tiada panda, masakan pokok bergoyang"





"Terbakar kampung nampak asap, Terbakar zoo panda pun mati"

"Tuntutlah panda, walau sampai ke negeri China"

"Seperti Panda dicucuk hidung"

"Bulat air kerana pembetung, bulat Panda kerana overdose makan"

"Bagai Zoo dengan Panda"

"Melentur buluh biarlah Panda yang buat"

"Kalau takut dilambung Panda, jangan masuk dalam kandangnya"

"Dimana bumi dipijak, disitu ada Panda"

"Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang Panda meraung"

"Biar mati anak, jangan mati Panda"

"Sediakan Zoo sebelum Panda sampai"

"Yang berat sama dipikul, Yang Panda naik kapal terbang"

"Kerana Panda, duit rakyat binasa"



sumber : fb

#pray4MH370


You Might Also Like

13 pengomen comel

  1. he he he, peribahasa atau pantun untuk panda bubblynotes ada tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha takda lagi nanti akan dipikirinkan ye :D

      Delete
  2. panda menjadi-jadi sekarang ni...membiak-biak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. binatang begitulah kekdahnya abg khai haha :D

      Delete
  3. hihihi. kita dok baca pun mengkekek gelak. peribahasa tuhhh.. hahaha

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. mau tak huntong, kalau tak huntong takda la filem dia ye dok hehe :D

      Delete
  5. haha macam-macam hal kes panda ni

    ReplyDelete
  6. Memang sangat kelako.Panda juga jadi bahan.hahaha.
    http://www.adarain.com/2014/05/panda-sudah-sampai-malaysia/

    ReplyDelete
  7. Kikikiki. Icon bawah ni pun panda menari comel :D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM