Kucing Kampung Yang Comel

Tuesday, May 20, 2014


Assalamualaikum!


Start umur aku 12 tahun, aku dah bela kucing. Aku suka kucing yang comel & aktif. Tak suka kucing yang kuat cakar/gigit atau kucing kuat tidur haha.

Kebanyakan orang suka bela kucing Parsi atau kucing Siam, tapi tidak bagi aku. Kucing berstatus 'high-profil' memang payah sikit dijaga kot. Aku dah la tak mampu nak beli kucing mahal-mahal waktu tu, apatah lagi mengenangkan kos nak sara kucing berbulu panjang yang mungkin boleh makan ribu-ribu hehe.


Kucing yang aku bela dulu, kucing kampung. Istilah biasa bagi kucing-kucing yang biasa kita tengok di jalanan. Aku suka baka kucing kampung, pasal mereka aktif & suka bermain. Seingat aku la, kucing kampung ni tahan lasak, tahan penyakit dan tak memilih makan hehe.





Mengusap & membelai kucing ni sebenarnya macam satu terapi jugak tau. Hati kita akan tenang insyaAllah kalau kita meluahkan kasih sayang kat haiwan atau tumbuhan. 

Kucing tu pandang kita, kita pandang kucing tu dengan penuh kasih sayang.

Kucing tu "miau" kat kita, kita "miau" balik kat dia ... walaupun masing-masing tak faham tapi hentam saja la kan! muehehehe. Tapi, secara telepatinya, kita memahami satu sama lain tapi dalam cara yang berlainan betoi dak?

Korang faham tak???? :p


Suka nau aku layan kucing ni kelmarin. MANJA! Dah tu bulu dia bersih, elok & kemas je. Rasa cam nak bawa balik umah je hehe. Budak-budak ni terutama kakak siap request aku nak bela kucing. Aku katakan padanya nak bela kucing kena betul-betul bersedia, bukan takat nak main ngan dia je.

Kena tunjukkan yang kita sayang kat kucing dan perlu pastikan keperluan kucing tu terpelihara. Ingat senang ke nak bela 'benda' bernyawa ni? Lagi pun kakak kena tunggu umur macam ibu dulu baru boleh bela. 

Kesian anak aku muehehehe.




Tengokkan pada wajahnya yang comel dan ayu ni, pastila dapat teka kucing ni kucing betina kan hehe. Memula tu, memang pemalu 'orangnya' tapi bila aku buat suara "miauuuu miauuuu" serupa bercakap ngan kawan lama, baru dia datang bermanja ehehehe.





No doubt kakak mengikut perangai aku yang sukakan kucing. Mana-mana kucing yang lalu depan dia pun dia akan pergi dekat. Tambah kalau kucing tu comei lote macam yang atas ni hehe. Hari tu, aku makan laksa kat kedai Cik Tonah, boleh dia suruh aku bagi laksa tu sikit kat kucing bawah meja hehe ...haihhh.

Yang adik pulak, masih takut-takut nak pegang lebih-lebih. Kucing tu manja nak gesel, dia katakan kucing tu nak gigit dia. Ekor kucing tu bergoyang-goyang kena kat kaki dia, dia katakan ekor kucing tu 'tendang' kaki dia hahaha.

Aku pun tak tahu la si Mira ni :p




Khas buat pencinta haiwan terutama kucing, aku kongsikan animasi comel seekor kucing untuk tatapan korang. Kucing ni memang lincah & aktif, perut dia tengah kenyang masa ni kot hehe.



So, masa nak balik tu datang pulak sekor lagi kucing. Sama comel dan manja tapi muka tu macam 'ganas' sikit kan hehe. 

Berebut-rebut aku & anak-anak nak usap kepala dia haha. Comel gilos tambah hidung tu ... bosau! hahaha.

Sambil usap kepala kucing ....

"buuu ni mesti kucing jantan kan ..."

"mane tau?"

"kepala dia keras .... kalau keras mesti jantan"

wakakaka boleh plak cenggitu ye. Terer ko kak! :p



Sayonara kucing jantan kepala keras hehe :D


#pray4MH370

You Might Also Like

2 pengomen comel

  1. Saya pun suka kucing kampung.. senang jaga. Tp kucing saya kuat tidolah.. lagi pulak mmg 'alim2 kucing'... depan muka tak bersalah je tp diam2 curi ikan huhu.. :D

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM