Monday, May 12, 2014

# Family Time # Story Kenit

Makan-makan Kat Restoran Tupai-Tupai.


Assalamualaikum!

Malam tu pas kami habis melawat bangcik (abg ipar) kat IJN, kami bawa mak gi makan. Actually, Abg Sham (abg ipar yang sorang lagi) yang bawa mak, kami ikut je hehe. 

Please jangan konpius dengan abg2 ipar ioulls sebab Pak Jelan ada 13 orang adik beradik! haha. 4 orang lelaki dan 9 orang perempuan. Namun, lagi dua orang telah pun dijemput Illahi, so sekarang tinggal 11 orang, which is still to be considered as crowded gilos kalau berkumpul dalam satu rumah hehe.

Oh, by the way Pak Jelan no.9 hehe. Dok ada 4 orang adik lagi bawah dia huhu. 



So, malam tu kami gi makan kat Tupai-Tupai. Actually, lama dah aku kenen-kenen kat Pak Jelan nak try gi makan kat sana since sumer orang pun dok puji sana femes dan sedap! Apa yang sedapnya? aku pun tak tahu pasai aku tak try lagi hehe.

So, Allah Taala sungguh mendengar doa hambaNya yang sorang ni, lalu jadi rezeki kami la nak try rasa makanan kat Restoran Tupai-Tupai.



Tak berapa crowded sangat, just nice untuk anak-anak lari sana sini hahaha. 

Malam tu, kami pilih hidangan nasi sebab masing-masing lapar tak makan nasi dari siangnya hehe. 


Satay daging

Satay ayam

Hidangan pertama yang sampai ke meja kami, satay daging dan satay ayam. Satay daging liat! satay ayam just nice tapi kuah tak berapa nak mengancam la. Takda umpph!



Kailan ikan masin

Ni 1st time aku tengok sayur kailan yang segar bugar lagi 'gemuk' hehe. Tengok batang sayur tu dah tau dah! Tak berapa nak masin dan tak rasa pulak ikan masinnya .... kucing bawa lari ka?


Sotong kicap  .... kot??

Aku tak makan sotong ni, pasal jauh dari meja malas julur tangan hehe. Budak-budak suka la pasai ada kicap. 


Butter prawn

Seriously, butter prawn ni tak berapa mengancam tekak aku. Biasa sangat .....



Aku tak tahu apa namanya dish ikan di atas ni haha. Lupa dah. Rasanya boleh la ...tak pedas dan sesuai untuk kanak-kanak.




Ni lagi satu ikan masak apa aku tak tahu. Boleh tahan gak la, tapi sosnya tak berapa nak 'mewah'. Tapi, isinya lembut dan kulit rangup. Pak Jelan siap amik kepala lagi!


Tomyam? hurmm ... 

Sesetengah orang mungkin suka tomyam kuah pekat, tapi yang ni memang aku takleh telan banyak sebab boleh terasa serbuk tomyam tu di tekak aku! pekat gilosssss!

Takleh nak hirup kuah, kalau aku hirup konpom aku tersedak!



Haihhh ... anak sulung aku ni pi ratah telur pulak! Lauk tu je yang dia tengok dan rasa dia boleh telan huhu. Yang lain tak menarik perhatiannya langsung.



Oohh! rajin cik abang ioullss cedok nasi ekekeke. 



Geram sungguh aku ngan Mira malam tu, gedik nak duduk dalam kerusi baby! Ingat umur tu 1 tahun ke?? Mujur la pak ngah (Abg Sham) dia larat nak layan kerenah si kecik tu. Pak Ngah ada, naik tocang la dia.



Tengok tengok! laki aku makan tak pandang bini dah, sibuk kekoh kepala ikan huhu.


Yeah! amik gambo ngan mak mertua ioulls. Bertingkek-tingkek pinggan atas meja ekekeke.



Auuwww! so sweet pakcik suapkan tembikai kat Iman.

Nampak sangat abang dah ready nak tambah lagi kan? muehehehe :p



Member kamceng malam tu, Mira & Mia ..... peace!

Komen aku :

Servis 50-50, abg ipar aku request air tembikai 3 kali kat waiter tu. Sampaikan dia terpaksa ke kaunter dan tanya sendiri kat kaunter mana pegi air tembikai dia. Samada waiter tu lupa nak sampaikan pesanan atau dia terlupa nak tulis dalam nota pesanan huhu.

Overall, aku rasa biasa-biasa je makan kat situ. Tetiba rindu plak kat Cerana Seafood hehe.


#pray4MH370

11 comments:

  1. haah la kak nampak biasa2 je lauk pauknya..bolehla kan kak asal kenyang :)

    ReplyDelete
  2. Ena baru lepas buat event kat sini tahun lepas.. Iftar... banyak kenangan pahit manis kat sini.. apapun, memang berpuas hati makan kat sini.. sedap pula tu

    ReplyDelete
  3. servis tak ok..tak best lerr mkn..huhu

    ReplyDelete
  4. Ramai dok review kata best.. Tp tue la kan..taste masing2...=D

    ReplyDelete
  5. Ramai dok review kata best.. Tp tue la kan..taste masing2...=D

    ReplyDelete
  6. pernah la dua kali makan kat tupai2 bangi tu,tapi makan stimboat je, tak pernah amik ala carte lagi

    ReplyDelete
  7. Selalu dengar tentang restoran nie tapi belum pernah sampai...

    ReplyDelete
  8. restoran nie agak terkenal jugak kan...

    ReplyDelete
  9. Menarik.. klu saya dpt satay tu pun dah ok lah.. dok tala tu je hehee.. :D

    ReplyDelete
  10. not bad menunya...buat lapau jer....akak puasa nie.....

    ReplyDelete

Apa kata korang?