Pertama Kali Masuk IJN

Friday, May 09, 2014


Assalamualaikum!

Semalam pertama kali aku masuk Institut Jantung Negara (IJN). Kalau masuk hospital tu dah biasa dah, Hospital Tengku Ampuan Afzan, Hospital Kuala Lumpur & Hospital Melaka.

Dah amik kakak dari sekolah agama, kami pecut pula ke IJN, sebab waktu melawat sampai kul 8 malam je. Kalau ikut Federal Highway mungkin kami takkan sempat sampai ke IJN, so kami ikut Penchala Link.




Masuk masuk je dalam ....perghhh! sejukkkkk! hehe. 

Dah la tu rasa tenang dan senyap je sepanjang berjalan nak masuk dalam wad tu. Ni kalau kat Hospital biasa ni, dah hingaq dah dari luar hehe.

Pelawat pun tak berapa nak ramai, dan paling bestnya sorang nurse pun aku tak nampak berkeliaran di kaki lima wad. Macam wad otomatik pulak dah! hehe.


Pagi ni abg ipar aku akan menjalani prosedur Angiogram. Aku sempat jugak bertanya kat dia apekejadahnya tu? Katanya, doktor akan masukkan kamera dalam salur dan tengok salur mana yang tersumbat. 

Kalau tersumbat 1-2, boleh buat prosedur Angioplast terus. Tapi kalau tersumbat 3 atau lebih saluran kena buat Bypass pulak ... Gulp!!

Pak Jelan pun dah ada kat IJN temankan abgnya sementara nak tunggu mak mertua dan abg ipar datang dari Seremban.

Ya Allah, semoga semuanya berjalan lancar untuk abg ipar aku hari ni .... aaminn. Harap2nya tak terlalu serius. 


video

Aku ingatkan aku sorang je yang jakun kat sini, rupanya Pak Jelan lagi kronik!! hahaha.

Dah lama dah tu dia nak menggelusur sambil tangan naik atas wakakakaka!


#pray4MH370

You Might Also Like

25 pengomen comel

  1. Bhahahahhahaa.. lawak betul.. tak mengapa, sekali sekala nak jadi jakun kan.. ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu kalau hari2 gi situ hari2 la dia buat cenggitu tau aina. Takda maknanya sekali sekala hakhak :D

      Delete
  2. semoga segalanya dipermudahkan dan dilancarkan...salam jumaat kenit...

    *farah pun tak pernah masuk IJN... hew hew hew...

    ReplyDelete
    Replies
    1. aaminnn...thanks dear and salam Jumaat :)

      Delete
  3. Semoga abang ipar kenit di permudahkan urusannya oleh Allah..
    Akak dulu masuk IJN tengok arwah boss akak di IJN ni.. dah lama dia sakit hampir 10 tahun.. dan pada 1 januari 2014 .. Allah jemput utk berehat kerana boss akak tu seorang yg tabah.. akak kagum dengan arwah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn terima kasih kak :)

      Al fatihah untuk arwah bos akak .

      Delete
  4. Semoga segala urusan dipermudahkan dan berjalan lancar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah aaminnn...terima kasih zumal :)

      Delete
  5. salam. sy pun belum pernah masuk IJN lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam cik itah, sama la kiter hehe :D

      Delete
  6. semoga abang ipar akak cepat sembuh Aamin..

    ReplyDelete
  7. Semoga semuanya dipermudahkan...Insyallah

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaAllah aminnn terima kasih rizziela :))

      Delete
  8. moga semuanya dipermudahkan ya kak..insyallah.kelaka plak suami akak tu siap menggelongsor :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah aaminn...terima kasih Asha atas doa.

      hehehe lepas gian nak menggelungsur tu :D

      Delete
  9. Masa kecik penah dtg kat situ sbb nenek masuk wad kat IJN...maso kocik mmg tak tau ape...main2 kt depan pintu otomatik buka tu...last² pak guard marah then die terus open pintu tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha seronok gak tu, tapi part pintu otomatik tu sampai sekarang ada. Bila time habis lawatan dia bunyi la suruh orang kuar hehe :D

      Delete
  10. Owh... Mcm bapa sy dulu.. Tpi buat kn hospital di alor setar je...

    ReplyDelete
  11. Semoga dipermudahkan segalanya buat abg ipar kenit.. semoga beliau cpt sembuh ye... aamiin.

    ReplyDelete
  12. IJN...satu kenangan pahit dan manis akak di sana apabila buat operation jantung tahun 1996...memang tak boleh dilupakan semua tu kenit.

    ReplyDelete
  13. Salam ..Lya tak pernah lg g sana ...
    Hehehe jakun la pulak ..takper la kak jakun pon jakun la ..
    Pasni dah tahu la jakun sekejap jer tu ...
    Moga segalanya dipermudahkan utk abg ipar akak ..
    Moga cpt sembuh sihat walafiat insyaallah ..

    ReplyDelete
  14. semoga semuanya baik baik je..Take care kak Hanim

    ReplyDelete
  15. Tmpt baru mmg mcm tu...akak pun tak pernah masuk IJN

    ReplyDelete
  16. harap semuanya baik ye.. jaga diri ye pn kenit..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM