Saturday, May 31, 2014

# Cerita My Pearls # Parenting & Tips

Sakit Apa Ni Doktor?


Assalamualaikum!

Kesian kakak, macam-macam benda dia dah lalui sepanjang setengah tahun ni. Memula eksiden kat taska, sekarang yang ni pulak. 

Ada orang diuji dengan musibah, ada orang diuji dengan penyakit dan ada orang diuji dengan kematian orang tersayang.

Di kesempatan ini, aku nak mengucapkan takziah kepada rakan blogger Mak Dara sekeluarga di atas pemergian allahyarham suaminya, arwah Martias Ali kelmarin. Mengikut info yang aku dapat, arwah meninggal dunia disebabkan oleh kanser darah stage 4, semoga Mak Dara dan keluarga tabah menerima ujian ini.

Semuanya bermula 2 minggu lepas bila aku perasan badan kakak macam ada kesan lepuh-lepuh yang naik di bahagian badan depan dan belakang. Memula aku ingat kakak kena chicken pox kali kedua, tapi bentuk ruam kali ni memang berbeza, dan aku syak ini bukan chicken pox




Umang aiii! ramai giler orang klinik hari tu, melilau mataku mencari tempat duduk kosong tapi semua penuh! Beginilah keadaannya kalau datang klinik lepas pukul 2 petang. Biasa aku datang klinik pas maghrib, so servis memang cepat la. Tapi, hari tu aku amik half-day pasal risau tengok badan kakak jadi macam tu.

Hurmm....

Masalah kulit yang dihidapi kakak ni sebenarnya dah terjadi 2 minggu sebelumnya lagi. 1st time aku bawa kakak gi klinik, doktor tu bagi ubat krim untuk sapu kat badan je. Dan, dia suruh kakak jaga pemakanan, jangan makan yang gatal-gatal. Jangan berkongsi tuala dengan adiknya.

Nak kata alergi, bukan. Kakak takda masalah alergi sebelum ni. Takda masalah dari segi makanan atau habuk atau bulu haiwan. Tu yang aku pelik, macam mana ruam 'luar biasa' tu boleh terjadi?




Time menunggu nama dipanggil, layan gak la drama Filipina tu kejap (hehe), tetiba kuar announcement mengejut berita kemangkatan Sultan Azlan Shah. 

Al fatihah ....




See?? aku musykil macam mana kakak boleh dapat ruam ni? Puas aku bertanya apa yang dia makan di sekolah, pegang apa dan sebagainya. Tapi, semuanya biasa je. Takkan sebab dia pegang kucing? sebelum ni kalau usap bulu kucing pun takda pulak ruam macam ni timbul.

Takkan sebab air mandi? air tercemar ke? tak jugak ... pasal aku, ayah dan adiknya takda pulak kena! nak kata alergi makan pun tidak, apa yang kami makan dia makan lagipun dia ni memilih sikit makan. Dari dulu menu makanan dia sama tak berubah.



Memula kakak diperiksa oleh MA, tapi bila diaorg tengok lain macam je kulit kakak ni, terus rujuk pada doktor bertugas. So, masuk pulak la bilik doktor. Muda lagi orangnya, tak pernah lagi aku tengok dia di klinik sebelum ni. 

Bila check badan kakak, dia pun tak berapa nak pasti apa penyakitnya. Terus dipanggilnya sorang lagi doktor untuk minta pendapat.



Doktor (bertudung hitam) ni rasa macam dah dapat jawapannya, tapi nakkan kepastian dia call kawan dia kot untuk pengesahan. Check punya check, sah la kakak terkena penyakit tu!

Aku punya risau, siap offer doktor tu suruh amik darah kakak dan check samada berbahaya atau tidak. Takut kalau effect pada organ dalaman ... manala tau kan!

Tapi, doktor tu dengan tenang berkata, "takpe puan, sakit kulit ni tak serius. Ianya sakit kulit biasa dan akan pulih sendiri dalam masa beberapa minggu. Puan boleh rujuk sakit ni (sambil menunjukkan nama saintifik penyakit tersebut pada aku) untuk rujukan"





Alhamdulillah, lega banyak rasanya bila mendengar penjelasan doktor muda itu. Sakit kulit ini biasa dan boleh menyerang sesiapa sahaja samada orang dewasa atau kanak-kanak. Punca bagaimana ia menyerang tidak dapat dipastikan. Doktor tu kata, kalau 'dia' nak datang, 'dia' akan datang.

Eh eh boleh pulak camtu ye hehehe.




Kali ni doktor muda tu bagi ubat yang lain. Ubat antibiotik, krim sapuan untuk melembapkan kulit, ubat demam dan ubat selsema.

Tuala kakak dan adik pun aku asingkan buat masa ni. Untuk mandi, doktor nasihatkan kami supaya elakkan dari menggunakan sabun Dettol, Protex, Antabax, Lifebouy atau yang seangkatan dengannya. Ini akan menjadikan kulit kakak lagi kering dan gatal.

Bila dah gatal, dia akan garu selalu dan ini akan memburukkan keadaan. Nanti garu garu berdarah pulak! So, doktor suggest kami belikan sabun sebamed atau Physiogel yang ada dijual di farmasi.

Kulit kakak kena pastikan kekal lembap dan tidak kering. Kena nasihatkan la supaya kurangkan bergerak dan bermain sampai berpeluh-peluh. Maklumla, anak aku ni kan hyperaktif, mana reti duk diam! Dia diam time dia tido je hehehe.

Lepas balik dari klinik, malam tu dia bantai demam pulak! Tapi, dalam demam demam tu, boleh tahan jugak kreatif budak ni! 

Nak tahu ape projek dia esoknya? Next entri aku citer :D


#pray4MH370



6 comments:

  1. salam pagi ruam anak2 ni kdg2 disebabkan gangguan unsur alam sekeliling kita...

    ReplyDelete
  2. kesiannya kakak..harap² dia boleh tahan sakit tu,, Semoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  3. Semoga cepatlah sembuh ye.. aamiin...

    ReplyDelete
  4. Semoga anak akk cepat sembuh... selalunya, pesakit2 kena benda ni ena bagi ubat selesema.. ubat selesema tu ada steroid, antihistamine / anti alergik terus dah elok...

    ReplyDelete

Apa kata korang?