Tuesday, May 27, 2014

# Luahan Hati # Something in my head

Serba Salah Nak Menangkan Anak Atau Bapa?


Assalamualaikum!

Biasalah orang tua kalau dia tegur anak, mesti untuk kebaikan anak tu sendiri. Cuma, kita ni kadang-kadang cepat terasa ngan kata-kata seorang bapa betul tak? Minggu lepas aku dapat panggilan dari seorang hamba Allah, mengadu tentang masalah dia dan bapanya.

Menangis teresak-esak dia dalam telefon sambil bercakap ngan aku,. Memula tu aku fikir yang buruk aje, memandangkan aku angkat call tetiba terus dia meraung nangis sambil sebut "bapak...."! Aku ingatkan bapak dia kemalangan ke, jatuh sakit di spital ke. Haa mula la nak fikir yang buruk-buruk kan!

Rupanya kes terasa ngan bapak dia gara-gara bapak dia perli dia huhu. Adehhh, susah jugak nak setel bab anak bapak ni. Nak aku menangkan bapak dia, dia tu dok menangis teresak-esak! Kang kalau aku salah cakap, dia plak terasa hati ngan aku. Nak aku menangkan dia, aku tak nak nanti dia semakin membenci bapaknya. Afterall, he's still her father kan!

Kesnya tak besar mana pun, cuma isu ni kalau tak setel atau bincang dengan baik mungkin akan jadi kudis sekali lagi. 

Entahlah ... target aku, nak tenangkan hati dia yang berkecamuk masa tu. Nak kasi dia berhenti menangis dan dengar apa sebenarnya yang terjadi sebelum tu. 

Aku yakin bapa dia tidak berniat mengeluarkan kata-kata itu kepada dia. Adatla kalau bapa tu menegur, mungkin ada yang anak tu buat sesuatu, bapa tu tak berapa nak suka. Tapi, seorang bapa tetap menyayangi anaknya. Kalau kita marah atau terasa hati pun dengan bapa kita, jangan simpan marah tu lama-lama.

Dia dengan kita pun bukan orang lain. Macam yang aku cakap kat hamba Allah tu, jangan disimpan amarah tu lama-lama, lagipun dia orang tua....orang tua kan cepat terasa. Kalau apa yang dia cakap tu membuatkan kita terasa hati atau merajuk, fikir-fikirlah kembali mungkin benar ada salah dan silapnya di pihak kita.





Apapun, aku tak berani nak campur lebih-lebih hal mereka. 

Aku pun tak terlepas dari situasi ni dulu, even sekarang ni walau pun dah tuhak (tua) pun masih valid kena marah atau tegur dengan abah hehehe. Dah la orang Melaka ni jenis suka cakap lepas kan, lagi berdesing telinga mendengarnya. Kat luar dok tersekat-sekat nafas tak mo bagi air mata kuar, padahal dalam hati dah jadi macam 'air terjun' dah! heeee :D

Akhirnya, hati hamba Allah tu kembali tenang ...

Aku tak menyokong mana-mana pihak kerana dalam hal ni diaorg kena duduk berdua berbincang anak beranak dan luahkan semuanya di hadapan masing-masing. Tu pendapat peribadi aku la. 

Tapi, sebagai anak kita memang kena 'kuat' luar dan dalam. Hati orang tua, kadang-kadang kita tak boleh menduga, hari ni dia baik ok je ngan kita. Esoknya tetiba masam mencuka tak bercakap plak. 

Tapi, mungkin itulah juga yang akan kita lalui dengan anak-anak kita nanti. Jadi, berkali-kali aku pesankan pada dia supaya istighfar banyak-banyak. Jangan marah lama-lama kerana dia bukan orang lain pun ngan kita. Jangan simpan dalam hati segala kata-katanya, sebab bapa tu marah tak lama ... percayalah.

Kalau kita cakap kita minta maaf, insyaAllah hati dia akan kembali sejuk.

Sebagai anak, kita masih ada tanggungjawab terhadap ibu dan bapa kita. Dan, sebagai anak juga kita kena banyak beralah dengan mereka, seperti mana mereka banyak beralah ngan kita masa kita kecil-kecil dulu kan.

Aku berdoa agar hamba Allah tu dah tak marah atau merajuk ngan bapa dia. Aku cukup takut kalau ada perasaan sebegitu terhadap abah aku. Biarlah dia marah aku, perli aku, tegur aku dan sebagainya. Kalau boleh aku tak mau langsung lukakan hatinya. Begitu jugalah aku katakan pada hamba Allah tu tadi.

Di waktu mereka masih ada ni la, kita nak dengar suara mereka, melihat wajah mereka dan merasai sentuhan mereka. Sok sok kalau yang disayangi dijemput Ilahi ..... masih adakah kesempatan buat kita menabur bakti?? masih adakah kesempatan untuk kita memohon kemaafan kepada mereka??

Hurmm....


#pray4MH370


6 comments:

  1. Moga2 selesailah dgn baik apa jua kes dlm family budak tu.

    Yakinlag bhwa redha Allah mmg terletak pd redha ibubapa. Beruntunglah kalau kita masih ade ibubapa yg boleh doakan utk kita sbb doa mereka tiada hijabnye.

    Allahuakbar. Rindu pd arwah abah...hukhuk

    Thanks sis bwrkongsi

    ReplyDelete
  2. Hope hamba Allah tu elok dengan ayahnya. Ena fhm keadaan akk yang nak menangkan siapa sbb ena pun pernah jadi macam akk tp lagi teruk kawan ena tu sampai dia membenci ayah dia. Ena buntu jdnya. Apapun, kita nasihat yang baik2 je.

    ReplyDelete
  3. uish berat ni jadi orang tengah.....kalau sy dalam situasi macam ni pun agaknya susah gak nak handle...

    ReplyDelete
  4. Mmg sukar nak menyebelahi sesiapa dlm kes mcm ni.. semoga beroleh jln yg terbaiklah buat mereka... aamiin..

    ReplyDelete
  5. Betul juga tulisan kak, agak susah nak buat keputusan. Tidak tahu nak memang siapa..memang pening dan saya rasa takut juga nak bergelar bapa bulan 11 ni.. aduih anyway nak jemput kak lawat dan singgah blog saya http://www.kacamataview.com/

    ReplyDelete
  6. Air yg dicincang takkan putus...

    ReplyDelete

Apa kata korang?