Thursday, May 08, 2014

# Advertorials # Cerita My Pearls

Seronok Belajar Bersama Little Scientists!

Assalamualaikum!

Hari Sabtu lepas, aku berpeluang membawa anak-anak daraku, Wani & Mira untuk merasai sendiri pengalaman bereksperimen selama 2 jam dalam satu worksyop bersama parenting bloggers iaitu Little Scientists di Putrajaya.


Niat memula nak guna aje Waze, tapi hari tu entah macam mana tetiba aku jadi terer pulak mencari jalan ke Precint 16 tu hahaha. 

"bu...bu pernah pergi sini ke dulu?"

"tak...ni 1st time la ni"

"terernye ibu ... kita tak sesattttt!"

Fuh! kembang kempis hidung aku bila anak puji begitu haha. Tapi, kantoi gak la pasal selama ni aku asyik sesat je nak cari jalan kan!




Worksyop Little Scientists pada hari tu turut melibatkan ramai lagi parenting blogger yang lain seperti HafizRahimredscarz dan ryyhan

Tak lupa juga Ben Ashaari yang bertindak sebagai pemerhati bebas hehe.

Worksyop dimulakan dengan pengenalan serba ringkas dari pengasas Little Scientists, iaitu Pn Ho Teh Eng dan suaminya En. Cheng Heng Yow.



Sementara menunggu ketibaan parenting blogger yang lain, kita kasi warm-up dulu dengan simple game macam kat atas ni. Everything magnitized!

Masa ni pun, kakak & adik dah macam "Wooahhhh!" bila tengok kereta tu bergerak sendiri tanpa disentuh dengan hanya menggunakan magnet! haha. 

Pn. Ho menunjukkan eksperimen mudah kepada kakak & adik

Aktiviti 'Sink or Float'

Eksperimen pertama yang kakak & adik buat hari tu adalah 'Sink or Float'. Setiap seorang diberikan pelbagai jenis barangan samada berat atau ringan bersama sebekas air. Hari tu, Pn Ho jadi teacher hehe so, sebelum tu teacher kata "Now, take a ping pong ball .... is it float or sink?".

Mereka jawab, "floattttttt!".

Bila masuk dalam bekas air tu, betul FLOAT!! Give me five kakak & adik! (^_^)

Melalui aktiviti 'Sink or Float', mereka dapat menentukan yang mana terapung dan yang mana tenggelam. 

Plus, mereka dapat belajar perkataan baru dalam English. Adik pun dah pandai bezakan sink & float. Good girl! (^_^)



Aktiviti Magical Sand

Part Magical Sand ni antara yang paling mereka suka. Sebab boleh main air kan hehe. Setiap seorang dibekalkan dengan magical sand, dan kakak & adik pilih warna pink. Very the pinky! haha.

Tak pernah tengok gamaknya, bila teacher Ho masukkan jari dalam bekas air tu, semua mata membulat dan mak-mak bapak-bapak budak cakap, "Wooahhhh!" hahaha excited tengok pasir tu melekat kat jari teacher kan hahaha.




Proses pembelajaran akan jadi lebih seronok dan aktif bila mereka berpeluang membuat sendiri eksperimen di dalam kelas. Ini mampu meningkatkan kemahiran berfikir dan membantu mereka memahami konsep sains dalam setiap perkara.

Inilah yang cuba diterapkan dalam Little Scientists, dimana mereka mendedahkan kanak-kanak seawal peringkat sekolah tadika untuk menerokai dunia sains dengan cara bermain sambil belajar. Indeed it is fun!

Tengok je la kakak & adik hari tu, tak bangun-bangun dari kerusi masing-masing sebab syok main motorbot! hehehe.



Banyak yang kami pelajari hari tu. Bukan setakat anak-anak yang seronok bermain dan belajar benda baru tapi parents yang hadir turut teruja dan berpuas hati dengan program Little Scientists

Sistem pendidikan sebeginilah yang kita perlukan untuk anak-anak kita di peringkat awal lagi. Aku sangat mengesyorkan program Little Scientists untuk diserapkan ke dalam sistem pendidikan awal di peringkat tadika. 

Mereka akan lebih mudah menyerap maklumat dan pengetahuan dengan cara yang santai dan mudah difahami. 

Bahan-bahan aktiviti pula merangsang kemahiran motor dan menajamkan lagi kemahiran berfikir. Barulah seronok nak pergi sekolah! (^_^)

Meh aku kongsikan sedikit info mengenai Little Scientists (^_^)




Pengenalan Little Scientists

Sebenarnya, penubuhan program Little Scientists ini adalah atas inisiatif Pn. Ho Teh Eng, seorang jurutera yang juga ibu kepada dua orang anak. Apabila beliau menyedari anaknya suka bereksperimen dengan warna, timbul idea untuk menjadikan sains lebih mudah difahami dan disukai oleh kanak-kanak.

Maka, terhasillah Little Scientists

Untuk pengetahuan korang, beliau pernah memenangi beberapa anugerah antaranya Creative Young Entrepreneur Award 2009 by Junior Chamber International (JCI) Malaysia.

Little Scientists telah mempunyai pengalaman 12 tahun mendidik dan memupuk kesukaan kanak-kanak terhadap sains. 

Lebih 450 buah sekolah tadika di seluruh Malaysia telah menggunapakai program Little Scientists ini, menunjukkan kepercayaan yang tinggi terhadap program Little Scientists.

Antara tadika yang terlibat ialah:
  • Brainy Bunch Islamic Montessori
  • Tadika Dzullman
  • Al Fatih Intergrated Preschool
  • Little Caliph


Objektif Utama Little Scientists

Sasaran program Little Scientists adalah untuk kanak-kanak berumur 3-6 tahun yang masih di peringkat sekolah tadika. 

Pada peringkat ini, mereka sudah mula menunjukkan perasaan ingin tahu mengenai apa saja berkaitan dengan sains. Dan, sudah menjadi lumrahnya kanak-kanak memang suka bermain. Maka, tugas Little Scientists adalah menyediakan bahan pendidikan untuk kanak-kanak mempelajari dengan cara yang lebih seronok dan mudah difahami.

Sains takkan dapat difahami hanya dengan membaca dari buku teks. 


Objektif utama Little Scientists adalah untuk memupuk kreativiti kanak-kanak serta menajamkan kemahiran berfikir melalui eksperimen dan aktiviti yang menyeronokkan.

Al-Quran dan sains tak boleh dipisahkan. Penting untuk kita sebagai ibubapa memastikan anak-anak kita memahami hubungan sains yang dinyatakan dalam al-Quran.


Sebab itu, program Little Scientists bukan setakat mendedahkan kanak-kanak dengan eksperimen dan pengetahuan, tetapi turut mendidik mereka melalui penerapan nilai-nilai Islam.

Manfaat Dari Little Scientists

Pengalaman dan kejayaan program Little Scientists di sekolah-sekolah tadika memang patut menjadi pilihan ibubapa yang inginkan anak-anak mereka menjadi seorang yang celik sains.

Little Scientists turut menyediakan kurikulum sains seperti pelan pembelajaran, bantuan pengajaran dan bahan ekperimen pendidikan untuk kanak-kanak serta latihan kepada guru.

Jadi, anda tak perlu risau tentang penyediaan bahan pendidikan mahupun teknik mengajar, kerana semuanya disediakan sendiri oleh Little Scientists!

Menarik bukan! (^_^)

Pepatah lama ada mengatakan, melentur buluh biar dari rebungnya. Jika sebelum ini kita takut dengan subjek sains di sekolah, ini adalah kerana kita sendiri tidak memahaminya dengan cara yang betul. 

Melalui program Little Scientists ini, kanak-kanak akan didedahkan dengan eksperimen dan aktiviti yang seronok di sekolah dan ini mampu menerbitkan rasa cinta mereka terhadap sains. Seterusnya, kita mampu melahirkan generasi muda yang celik sains disamping mempunyai nilai-nilai murni dalam diri.

Peluang yang baik ini tidak harus disia-siakan. Program Little Scientists sangat disyorkan untuk sistem pendidikan di peringkat sekolah tadika. Sekiranya anda berminat, boleh dapatkan info lanjut di:









Atau menghubungi terus :

En. Cheng Heng Yow (CEO) : 016-2259128
Pn Ho Teh Eng (Founder &COO) : 016-4456611


Together, We Do Better!
(^_^)



11 comments:

  1. memang elok sgt ada program sebegini kan kak..mengajar anak2 sejak dari kecil mengenai sains

    ReplyDelete
  2. beznye. sronok diorg tgk demo tu.

    ReplyDelete
  3. Huishhh bagusnyaaaa program ni. Ena kalau ada anak, lama dah bagi mereka pergi sini. Ambil pendedahan mengenai dunia sains. Bukan budak budak je akan teruja, mak bapa pun akan teruja sama. Hehehehe

    ReplyDelete
  4. Wow menarik... seronoknya.. bnyk ilmu yg dpt dipelajari tu.. aktiviti yg sgt baik utk anak2 & keluarga.. best..

    ReplyDelete
  5. Memang terbaik la program sebegini :))

    ReplyDelete
  6. bestnnya..kat mana yer programme ni

    ReplyDelete
  7. Bestnya dpt g program bermnfaat mcm ni..

    ReplyDelete
  8. baguslah kecik² dah amek tahu pasal sains kan :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?