Tips Latih Anak Tak Pakai Pampers

Monday, May 19, 2014


Assalamualaikum!

Orang selalu kata, kalau anak kita tinggal ngan wan/nenek/opah/tok mesti anak kita akan jadi spoiled ataupun terlajak manja! betoi tak betoi tak?

Well, i beg to differ that statement...! lol.

In my special case, Wan memang pemanja orangnya dan memang suka memanjakan cucu-cucunya tapi Wan juga sangat pandai mengajar anak-anak aku tentang penjimatan hehe.




Memang kalau nak dibandingkan harga pampers sekarang dengan harga pampers 5 tahun lalu, memang melampau naiknya.  Nak nak lagi, pampers untuk newborn ...perggh! pengsan tengok harga dia dek non! Lagi kecik saiznya, lagi mahal! geleng kepala tengok, menggeletor tangan nak pegang, menangis nak hulur duit hahahaha. 

Bila aku & Pak Jelan dapat transfer ke KL, terpaksa hantar kakak & adik ke kampung buat sementara untuk settlekan hal perpindahan dan sebagainya. So, stok pampers memang kena ada sokmo la untuk kakak dan adik tu huhu. Dan juga susu .... mana boleh tinggal tu!




Lebih sebulan diaorg duduk ngan Wan, hari-hari aku doa agar diaorg tak buat perangai ngan Wan atau menyusahkan Atok & Wan huhu. Faham2 je la kan budak-budak ... mintak dukung la, tolong mandikan la, tolong pakai baju lagi, tolong suapkan makanan dan lagi hebat ... tolong tukarkan pampers huhu. Atok & Wan tu dah la tak larat sangat nak berkejar sana-sini, tapi alhamdulillah kakak & adik memang dijaga baik.

So, at the end of that month kami dah settlekan segala hal di KL, decided nak amik anak-anak di kampung. Dah terlalu lama ngan Wan, mesti Wan penat kena buli kan hehe (^_^). 




Suprisingly, bila aku pegang punggung Mira ....

"Eh, naper tak pakai pampers ni dik?"

Pastu Wan mencelah ....

"Mira tak pakai dah .... mak ajar dia jangan pakai dah"

Whatttt????? Can a mother do this actually??? I mean part yang boleh mengajar anak tak pakai pampers tu la hehehe. Really???? my mother can do that?? 

Tapi kenapa aku tak boleh?? T___T

"Perghhh mak, camne mak buat? dia tak kencing atas tilam ke? Dia kan jenis kencing banyak tengahmalam, sekarang tak kencing malam dah ke?"

Amboi tak bersabar sungguh anak Wan yang bongsu ni hehe. Bertala-tala soalan aku tanya kat Wan. Mujur Wan sporting hahaha.

"mak cakap baik-baik la ngan dia. Mak latih kakak sekali. Dia kan dah paham kita cakap. Mak cakap sebelum tido pegi kencing dulu, pastu baru tido"

Whatt????? kakak pun dah tak pakai pampers??? Yeeehaaaaaaa!!!! lol. My mother .... my superhero la weh! Mak memang superbbbbbbb! (^_^)




Seriously, Wan memang expert bab2 menghandle budak-budak ni. Ooh mak, i owe you BIG TIME! (^_^)

"Macam mane mak buat, mak?"

1. "Malam sebelum tido, mak suruh diaorg pergi kencing dulu"

2. "Sebelum tido, mak cakap kat diaorg nanti tengahmalam tak boleh minta susu tau. Kalau haus minum air masak dalam botol. Kau kene cakap bebaik ngan budak-budak"

3."Pesan kat diaorg kalau rasa nak kencing tengahmalam, kejutkan Wan nanti Wan bawa gi bilik air. Jangan lupa lampu bilik air tu onkan, senang kita nak bawa diaorg"

4. "Tengahmalam, kalau diaorg kejutkan kau nak gi kencing, jangan kau marahkan. Kau kena bangun dan temankan diaorg pergi bilik air. Kalau si Mira tu, kau dukung la pasal dia kecik lagi"

5. "Siang hari, kalau diaorg nak gi kencing pun kau kene temankan. Latih dia perlahan-lahan, kadang-kadang memang menjejeh air kencing sebab dia tak pandai nak tahan lagi. Takpe, kau lap la balik lantai tu, jangan dimarah dia"

6. "Sebelum tido, ko alaskan tilam ngan toto tebal atau selimut tebal. Kalau diaorg terkencing tengahmalam jangan ko marahkan. Esok tu, ko basuh & jemurla balik toto tebal tu"

"Macam tu la mak buat kat diaorg. Siang takda masalah, tapi bila time nak tidur tenghari atau malam, mak akan pesan kat diaorg. Yang penting, jangan kau marahkan. Jangan biar diaorg gi bilik air sengsorang"


Ooohhh like that ar....marvellous!! hehe.

Masa tu kakak 4 tahun & adik 2 tahun, officially dah tak pakai pampers since then. Thanks to Wan & Atok, aku takkan mampu buat macam mana yang mereka buat untuk kakak & adik. Wan & Atok sangat memahami kewangan aku yang agak terbatas waktu tu.

Kesabaran & kelembutan perlu ada untuk melatih anak kecil ... skill yang aku belum mahir lagi waktu tu huhu.

#pray4MH370

You Might Also Like

13 pengomen comel

  1. Bagus tu Hanim.. dah jimat belanja utk pampers tu kan..

    ReplyDelete
  2. penangan atuk nenek memang hebat.

    ReplyDelete
  3. kena byk bersabar... harap2 anak yang ke-3 ni cepat tinggalkan pempers....

    ReplyDelete
  4. Wah terbaik la tips nie kenit.. nak try kat Emir jugak la.. mana tahu berkesan dpt la berjimat sikit..hehehe =D

    ReplyDelete
  5. Tips yang berguna.. terima kasih share :)

    ReplyDelete
  6. Wahhh bguslah dah boleh tak pakai pampers. Tahniah untuk anak akk. hehehehehe

    ReplyDelete
  7. ibu2 bapak2 boleh follow tips ya! heeh.. mcm comel

    blogwalking.....

    http://sabdapelangi.blogspot.com/2014/05/adamstory-teman-blogger-mrcupid-di.html

    ReplyDelete
  8. sama le dengan anak akak kecik-kecik dah diajar jangan pakai pampers....kena slow-slow cakap.....

    ReplyDelete
  9. woww....great tips...thanks for sharing :) best2....hehe...

    ReplyDelete
  10. Mmg tips yg bagus & sgt bermanfaat.. Thanks sharing.. :)

    ReplyDelete
  11. dh try buat tak jln jgk huhuu anak pandai pakai pampers sendiri..:)tp tip u the best la..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM