Repot Kad Mira!

Wednesday, June 18, 2014


Assalamualaikum!

Entah apa yang ada dalam kepala otak aku ni pun, aku tak tahu. Dalam banyak-banyak benda yang aku selalu lupa nak buat, mengapa part yang paling senang ni juga yang aku tak boleh ingat! Blame on me dear ..... my bad! >.<



Pagi semalam punye cerita, aku hantar Mira hingga ke muka pintu tadika bila cikgunya menghampiri dan menegurku.

"Ermm Puan, saya nak mintak masa Puan sikit boleh, 
untuk sign buku repot kad Mira"

Tepuk dahi aku!

"Allahhhhhurobbi! saya terlupa sungguh cikguuuuuuuu. Tak teringat saya nak amik repot kad Mira bulan lepas!"

"Puan ada dapat surat tak?" 

"Ada cikgu, tapi saya terlupa sungguh la. Dah la hari tu kakak demam, suami pulak kat opis tak ingat jugak!"

"Takpe takpe Puan, saya nak minta Puan tolong sign buku repot kad ni je sekejap"

Dengggggg! Ini kali pertama aku gagal ambil repot kad anak. Aku tak tahu nak cakap ape lagi dah! Definitely, I'm not happy with what I've done!! But benda dah jadi .... huh.

Aku masuk ke dalam dan duduk sekejap untuk mendengar penerangan dari cikgu tu berkaitan prestasi Mira di sekolah.

"Puan, ini keputusan penilaian Mira. Semuanya dia dapat A, Mira memang pandai dan bagus dalam pelajaran. Tapi .... tapi, dia sukkkeeee sangat berjalan dalam kelas hehe "

Hehehehe dalam diam-diam pemalu dia tu, boleh tahan jugak dia dalam kelas ye. Yang aku cerdik sangat, tak bawa handphone bersama, kalau tak boleh amik gambar result tu dan tunjukkan pada ayahnya. 

Haihhh ....

"Cikgu, saya nak tanya Iqra' Mira ok tak?"

"Ok Puan, dia memang pandai dah baca Iqra'"

"Dah tu, naper saya ajar kat rumah, tapi dia susah nak tangkap? Suruh eja huruf dengan baris dia tak reti?"

"Oh kita tak ajar mengeja Puan, dalam kelas Iqra' kita ajarkan huruf dan sebutannya"

Ooooohhh gitu ke kekdahnya! @_@


Ini keje diaorg dua beradik main iPad ibu!

So, long story short adik done very well dalam penilaian pertengahan tahun. Cuma cikgu cakap dia suka berjalan dan bercakap dalam kelas hehe. Yang tu memang, aku tak nafikan. Kat umah, mulut dia la yang paling kot pok pek pok pek!


Ibu kena standby hadiah anugerah cemerlang banyak-banyak la jawabnya hehe.

You Might Also Like

11 pengomen comel

  1. kekadang ada jugak sifat terlupa tu hanim,nasib baik ada cikgu yang ingatkan..macam manalah akak nanti...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak, mujurlah ada cikgu tolon kasi peringat. Kalau tak sampai ke hujung tahun la plak nanti nak signnye hehe :D

      Delete
  2. Lebih kurang anak akak nabil ni Hanim.. sampai cikgu whatapps dgn akak perangai nabil ni.. tapi Alhamdulillah cerdik pulak dapat A periksa tengah tahun itu hari..

    Tahniah buat dak Mira :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ohhh mesra gitu kak yati ngan cikgunya ye hehe. Takpe kak, at least cikgu ambil perhatian terhadap anak kita. Tapi, memang nak kena guide Mira juga dari sekarang ni, nanti sekolah rendah takdala kuat berjalan dalam kelas dan kuat bercakap hehe :D

      Delete
  3. kalau dah terlalu bz memang boleh terlupa satu perkara yg penting

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul Asha, kali ni memang tak ingat sungguh huhu :)

      Delete
  4. Biasalah tu kdg2 mmg terlupa habis hal anak2 ni sbb mcm2 benda yg nak dibuat.. tp, gmbr yg bawah tu mmg best hehee.. :D :D

    ReplyDelete
  5. Lepas nie jgn lupa lagi k.. kalau boleh set alarm kat hp.. farah pun pelupa jugak..so buat macam tue Alhamdulillah tak lupa dah..hehehe..=D

    ReplyDelete
  6. Ok...dh claim hadiah dari ibu lom Mira?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lum agi acik. Ibu suruh KIV dulu hehe

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM