Thursday, July 03, 2014

# Bazar Ramadhan # Ramadhan

Apa Yang Boleh Dibeli Dengan RM20 Di Bazar Ramadhan?


Assalamualaikum!




Start dari hari kedua puasa, aku dah jejak kaki ke Bazar Ramadhan. Bulan ni aku tukar waktu keje, 7.30pg-4.30pm. Ingatkan balik awal ni, dapat la sampai umah awal kannnnnnn. Sekali haghemmmmmmmmm! aku tersangkut jugak dalam trafik sepanjang Federal membawak ke Loke Yew! 

Wak luuuuuuuuu! >.<

Natijahnya, aku sampai umah kul 7mlm! Natijahnya, aku kena berlari sambil kontrol kain dari terselak untuk kejar beli makanan apa yang ada hahaha. Laju aku jalan ko! Cam robot gitu, ngan kasut keje bunyi "klak kluk klak kluk". Orang tengok pun takut hahaha.

Anyway, semalam punye semalam aku bawa RM20 je ke bazar. Takut aku nak bawah puluh puluh hengget. Tangan ni kan gatal nau kalau tengok makanan warna warni yang ntah kan sedap ntah kan tidak tu.

Rasa-rasanya cukup tak RM20 ni kalau dibawa ke bazar?? What say you??

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v




Ni antara makanan yang sempat aku 'rembat' kat bazar semalam. Dah kul 7mlm, tak sompek aku nak belek satu persatu gerai kat situ. Dengan orang sesak lagi! 

Kalau tengok pada senarai harga makanan kat bazar tahun ni, memang ko rasa nak cekik-cekik orang sebelah hehehe. Tapi, bukan salah mereka harga barang naik! Makanya, aku terpaksa bersikap memilih dan cerewet sikit bab harga ni.





Pokcik ni punye murtabak yang paling murah aku jumpa kat bazar ramadhan semalam. Giler taknak 'rembat'? tapi aku 'rembat' dua keping je hehehe. Tak baik membazir yuuuuu! Alhamdulillah sedap boleh tahan murtabak pok maq (Omar), laju Pak Jelan habiskan hehehe.

Semuaaaaaa harga makanan di atas RM16, so ada belen RM4 lagi. Betul cakap kak Adibah Noor, nak jimat senang jeeee! hehehe :D



28 comments:

  1. onie kan kalau p bazar mesti cari air...tengok plak air warna warni,memang umphhhhh ahh,haha.... pastu roti john,fuh! perfect

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la onie, tu yang tergodasssss tu! Tapi sebab tok laki ade sebelah tak berani pulak nak belinya hahaha :D

      Delete
  2. belum ke bazaar lagi..rasanya tahun ni masak kat rumah je.yelah dah jadi fulltime housewife..plus, xsuke pergi tempat sesak, kat bazaar pun makanan dah mahal skang..kak, kat gambar tu ade dua air bandung supposed bubble talk tu nama air ke? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak pun tak suka, tapi hari2 pun memang sampai umah lambat, nak taknak kena redah la. Biasanya akak gi sorang2 je, laju sikit jalan hehe.

      Air tu air sirap bandung cincau je fiza. Dia ada letak sekali yang cam bulat-culat cendol kaler merah hijau tu hahaha . Akak pun tak tau nak panggil apa, sirap bandung cincau paling senang hehe :DD

      Delete
  3. just limitkan pembawaan ka ching ka ching dalam poket dan beli sekadar budget yang ada jer ....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang semolek-moleknya kan Farah. Boleh je kalau nak jimat :D

      Delete
  4. Kelmarin zara pegi bazar.. bawak rm20jugak.. miahaha.. dapat byk gak kalo kita pndai mrancng nak beli apa.. malah.. ada balance lagi rm5.. 😀

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la zara, pasni boleh jimat banyak la gitu! Kita ni time lapor je nak beli itu ini, tapi bila dah berbuka, makan pun sikit-sikit je. So, spend wisely :))

      Delete
  5. haah btl tu kak..jgn bawa lebih mesti bawa ngam2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la Asha, belikan sorang satu makanan je, boleh kongsi makan ramai2 kan :DD

      Delete
  6. best ke pasar ramadhan. tapi sebaiknya masak nasi di rumah then ke bazaar beli kuih skit. khas utk lepas tarawih. datang balik lapar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best gak ... time tak sesak! hehe. Masak nasi dah tentu, tapi pas berbuka la. Time nak berbuka memang tak sempat nk masak itu ini dah. Sampai umoh pun kul 7 hehe.

      Delete
  7. cukup dengan rm 20. kalau terlebih membazir pulak. tapi tak puas la kalau beli kat bazaar kan. mesti nak masak jugak, tapi kalau duk mengadap traffic itu yg susahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni sebab sampai KL dah kul 7 dear, kalau sampai kul 5 petang memang diriku akan serbu itu kedai runcit beli ikan dan sayur haha.

      Natijahnya, memang kena masuk bazar tu dalam seminggu. Hari cuti baru kito masak hehehe :D

      Delete
  8. nak jimat senang je, xpyh prgi langsung, hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tu dah somostinya, tapi kang nak berbuka nga ape? tisu? hahaha :D

      Delete
  9. akak pun macam tu jugak..beli takat keperluan je..air akak buat kat rumah je..just beli lauk 2 jenis,kuih...nasi masak kat rumah..tu pun habis jugak berbelas ringgit..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak, anim tak pernah beli lauk sejak insiden lauk basi dulu tu. Lagipun Pak Jelan tak suka beli lauk kat bazar ramadhan, dia rela makan ansi lauk telur kicap yang kita masak hehe.

      Tapi, memang harga barang kat bazar memang teruk naik tahun ni :(

      Delete
  10. murtabak memang wajib ada kt bazar ramadhan nie..
    hari lain x sedap,
    bulan poser jer sedap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha betul tu shark. Bulan pose ni lain macam sedapnya tu kan haha. Tapi, tahun ni murtabak mahai benau! Yang akak beli ni je paling murah :)

      Delete
  11. murah sgt2 murtabak pakcik tu...murah rezeki

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye kak, semoga murah rezeki dia. See jual murah pun still boleh untung. Rezeki Allah yang beri kan :))

      Delete
  12. hahaha. target aku bulan neh makan kat masjid je sbb free dan tak yah nk harungi jam nak balik rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha pulakkkkk! care gak tu...untunglaaaaa :D

      Delete
  13. Farah dari start posa nie tak jejak bazar ramadhan lagi.. sebab tak berapa gemar.. farah lebih suka masuk sendiri..hehehe

    ReplyDelete
  14. Tahun ni niat mmg tak nk g bazar.. Tapi tak tahu la tercapai ke tak.. Hehe

    ReplyDelete
  15. Hari pertama pergi param beli kuih.. sayangnya tak sedap.. hampeh hahaa. Leoas tu smpi skrng masih fobia klu nk main petik beli je.. :D

    ReplyDelete
  16. Harga murtabak mmg murah kat sini 2kali ganda harganya

    ReplyDelete

Apa kata korang?