Asal Usul Kertas Mahjong

Tuesday, July 08, 2014


Assalamualaikum!

Mengantuk sakan aku dalam auditorium tadi mendengar ceramah tentang integriti huhu. Selalu kursus ada lawak-lawak sikit, ada gelak-gelak sikit, ada gula-gula sikit ... Ehhhh! bulan posa apekejadahnya nak makan gula-gula hehehe.

Pas dengar ceramah, kena buat kerja kumpulan pulak, tulis something atas kertas mahjong dan bentang kat depan orang. 

Haih...


gambar hiasan

Pernah terfikir kenapa kertas mahjong dipanggil kertas mahjong? mesti ada sebab kenapa kita panggil dia kertas mahjong ye dop. Biasa aku tengok orang Cina main mahjong takda pulak guna kertas.

Apa kaitan kertas mahjong dengan buah mahjong? atau ada kaitan sungguh ka? Haaaa macam-macam soalan dalam paler otak aku ni. Orang lain dok mikir pasal integriti, aku sibuk fikir pasal kertas mahjong hahaha.


Pokcik-pokcik dalam group aku.
Muke kuyu je sumer hehe

Untuk mencari jawapan kepada persoalan ini, aku gunakan kaedah googling hehehe. 

Tapi hampa! 

Takda lagi orang buat artikel pasal sejarah kertas mahjong ni.

Hurmm....

So, switch to plan B aku cari sumber paling dekat --> opismate berbangsa Cina hehe. Siap interbiu weh! bukan sorang, dua orang lagik!! hehehe. Teringin juga nak tahu ni, apasal nama mahjong boleh lekat dekat itu kertas maaaa??

Dan, melalui dua interbiu ini mereka memberikan jawapan yang sama iaitu :

Opismate : "Itu kertas kita kasi alas meja, main mahjong atas"

Aku : "Untuk apa itu kertas?"

Opismate : "Tak mo kasi buah mahjong tu calar maaa"

Aku : "Kenapa saya takda nampak pun orang main mahjong guna kertas dalam tv?"

Opismate : "Ini dulu-duluuuu punya orang guna. Kertas yang brown paper tu maaaa dia licin sikit senang main"

Ooohhh itu macam ka?? Itu pasal la kita panggil kertas mahjong maaaa hehe. 


Lega paler otak aku dah dapat jawapan. Ok, jom sambung tido kursus! >.<



You Might Also Like

17 pengomen comel

  1. he he he nice sharing anim selama ni dok guna jer untuk presentation tak pernah ambik port pun...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samala ngan anim, baru tadi terfikir nak cari jawapan

      Delete
  2. oo..macam tu ke...macam pelik je jawapan dia tu kan...hihih

    ReplyDelete
  3. hihihi..kadang2 memang tiba2 otak kita akan berfikir benda2 macam ni kan..thanks for sharing :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la ayesha, memang kita akan terpikir benda2 macam ni hehe :D

      Delete
  4. owh, macam tu rupanya..hehe..;)

    ReplyDelete
  5. Baru tau je ni asal asul kertas mahjong ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la kita pun, baru tau arini hehe :D

      Delete
  6. Begitu rupanya sejarahnya....lepas ni kena buat research lebih mendalam pasal kertas mahjong ni...haha

    ReplyDelete
  7. Hehe pernah juga terpikir tapi tak pernah buat research

    ReplyDelete
  8. Selama ni tau sebut je tp tak pernah tahu sbb apa namanya cenggitu... slmt berkursus.. :D

    ReplyDelete
  9. Oh ye ker....mcm good jer jawapannya...hihi

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM