Diari Ramadhan Kenit - Kantoi!

Monday, July 21, 2014


Assalamualaikum!

Time diaorg belum boleh bercakap dan reti apa-apa lagi, boleh la aku nak kelentong! Tapi, bila masing-masing dah tahu apa itu puasa, mula diri ini kalut nak cari 'port' sesuai untuk .... ehem ehem. Ehem tu makan laaaaa hehe :p

Aku cukup takut kalau time bulan posa, aku makan dan diaorg ternampak! Haaaaa memang ko saje cari nahas la time tu. Memang terus la ko kene bahan ngan anak sendiri time tu hahaha. Alaaaa tak puasa tu pun ada sebabnya kan...kannnn kannnn!

Hari tu, aku nak ehem ehem la kan...


Pagi sebelum diaorg bangkit, aku dah siap makan minum sorok-sorok kat dapur. Bila diaorg tanya aku posa ke dak, aku "hurmm" kan aje hehe. Serba salah nak jawab apa ngan budak-budak. Faham-faham je la, anak-anak aku ni kuat bertanya, kang aku cakap "piyed" kang, dia tanya apa pulak piyed tu, cam mana boleh dapat piyed, napa ayah tak piyed....??? Ha??? hahahahaha :p

Sebelum aku kantoi baik aku cover siap-siap!


budak ini yang mengantoikan
ibunya hehehe :p


So, sampai ke petang jugakk la aku dapat menyembunyikan 'rahsia' tu hehe. Suksesssss! hahaha :p. Time diaorg ralit tengok upin ipin, aku di dapur jap, terpandang pulak air sirap bandung dalam plastik. Care gak aku teguk sekali dua ni hahaha.

Mira : maaaa .... 

Aku : haaa mira nak ape?

Mira : ahaaa tak tauuuuu ibu tak poseeeeee. Ibu! ibu minum naper? kan ibu poser?

Cepat-cepat telan baki cincau dalam mulut sambil cakap ...

Aku : alaaaamakkkkk! ibu terlupaaaaa! *tepuk dahi*. Sorry sorry....

Hahahahaha kan! dah terkantoi ngan anak sendiri hahaha. Alkisahnya, time Mira panggil tu ada cincau lagi melekat kat mulut tak sempat nak masukkan sumer! wahahahaha :p

Adeh....



You Might Also Like

12 pengomen comel

  1. hehehe.. lawak la anim nie..dalam dok sorok tue kantoi jugak..=D

    ReplyDelete
  2. hahahha kantoi sudah Anim..
    Anak akak tau akak tak puasa.. tapi akak tak makan depan dorang.. kalau dorang ternampak pun , buat2 tak nampak.. hahha

    ReplyDelete
  3. Ehehe dgn budak2 tak blh tipu kan kak diorang mudah terhidu hhee

    ReplyDelete
  4. Bahahahaha lawak la kak hanim... Tapi ena pun takut makan depan anak anak buah ena, nanti dia pergi cerita kat kawan kawan dia XD

    ReplyDelete
  5. Hehee... isteri saya pon pernah kantoi dgn budak2 ni... nak jelaskan pun susah. Dah mcm kena soal siasat dgn polis pulak jadinya hahaa... :D

    ReplyDelete
  6. terkantoi gak akhirnya....hehe

    ReplyDelete
  7. hihi..terkantoi sudah..memang susah nak menjawab kan

    ReplyDelete
  8. Gelak besar akak baca entry ni....nasib baik dania dh fhm...

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM