Hantar Jahit Atau Beli Siap?

Thursday, July 17, 2014


Assalamualaikum!

Inilah bidang kuasa aku setiap tahun hehe. Bab baju raya anak-anak dan sendiri memang departmen aku. Tapi, setiap tahun pun jadi kalut sebab ni. Orang lain dah hantar dah kain pasang kat tailor masing-masing dari bulan 5 lagi! Aku je yang tak readynye ...

Tema? jangan tanya aku tema apa tahun ni. No idea! Asal sarung di badan cukup kainnya dan tutup segala ok la. Selalunya, raya ni budak-budak je yang eksitednya. 

Dah berapa tahun aku tak hantar kain jahit baju raya? Hurmmm ada 4 tahun dah kot start 2010. Kat Kuantan pun susah nak cari tailor yang berkenan di hati. Kalau ada pun kedai tailor Cina kat Jaya Gading nuuuu! Pernah sekali aku hantar kain nak buat baju Puspanita, buat baju kebaya labuh gitu. Tup tup aku kena RM90 hengget! 

Dan, setiap tahun pun memang dekat-dekat nak raya baruuu la aku dan keluarga terhegeh-hegeh nak gi membeli baju raya anak-anak dan diri sendiri. Kat KL ni pun memang ada tailor yang aku suka dan harganya pun murah boleh tahan. Tapi, kain ela yang aku suka pulak kemain mahal! Tambah upah menjahit gedebak gedebuk kena gak RM80+ sepasang! Tu baru baju aku .... lum baju anak-anak lagi!

Nampaknya tahun ni aku terpaksa gunapakai cara lama seperti tahun sebelum-sebelumnya, iaitu beli siap! Nak hantar tukang jahit memang diaorg dah 'tutup kedai' dah, dok pulun mana yang ada dalam simpanan je. 

Dannnnn tadi, aku terklik pulak la kat SINI! Ya Allah .... terpesona pulak aku nengok baju tu huhu.



Perghhh! ini kalau dapat dua pasang sekali ni hehe. Amboiiii tamak nooo! Tapi, aku memang suka dua-dua kaler ni! Agak-agak pak Jelan kasi tak aku pakai ni pagi raya?? Pakai baju ni pastu pakai blazer kat luar pun takpe dah kan hahaha.

Tengok harganya pun dah boleh agak berapa kali aku telan ailio haha. Ni baru baju mak, baju anak-anak dara pun nak kena sepesen gak nanti. Haiyaaaaaa manyak susah la ini macam wooo!

Saiz badan macam aku ni, nampak cam senang nak cari baju kan. Tapi, realitinya masuk 10 kedai belum tentu boleh 'lekat' satu tau!

Ye la, bila dah jumpa yang aku suka lengan pulak pendek! Kalau lengan dah ok, kain pulak 'semput'! Bila dah dapat saiz yang cun, harga pulak kemain ceikik darahnya! Haaaaa hahaha memang menduga kalau cari baju kurung dah siap ni :p

Bakpenye yang susah sangat nak dapat saiz baju yang aku suka?? Haaaa pada korang yang dah pernah bersua bertentang 4 mata ngan aku, pasti korang perasan sangat dengan ketinggian aku ni kan.

Tinggi aku 5'7" atau 170cm. Ni pun aku tak tahu samada tinggi aku dah bertambah ke tak, sebab anak-anak aku cakap aku ni makin tinggi dan ayahnya makin rendah muahahaha! Bertuoh punyo anak! :D

Harap-harap misi mencari baju raya kali ini berjaya, dan tidak kelam kabut macam tahun-tahun lepas. Aku maaaaaaalas nak berhimpit-himpit dalam kedai baju time-time puasa nanti. I don't like u know! Tapi, kalau dah terpaksa.. kena gak gi beli nanti. 


Tengok la....@__@





You Might Also Like

20 pengomen comel

  1. since harga tailor ngan harga butik lbh krg sm, baik la sy beli...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kannn...anim pun fikir begitu jugak. Kalau nak antar jahit pun tak sempat dah ni kot hehe :D

      Delete
  2. baju kat zawara memang cantik2 anim.. farah pulak biasanya memang akan tempah..jarang beli yang ready made.. takut tak fit dgn badan.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la farah. Anim pun baru perasan hahaha. Nampak sgt tak belek2 sebelum ni hehe. Anim pun susah nak cari saiz...panjang sangat! hahaha :D

      Delete
  3. SY BIASA BELI SIAP JE MLS NK PK NAK ANTO TUKANG JAHIT BAGAI HEHEHE

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la mila hehe. Memang time2 gini beli dah siap je la jawabnya hehe :D

      Delete
  4. Replies
    1. cantik kan baju tu kak nor :). Tapi, tak tahu la kalau Pak Jelan bagi beli ke dak huhu :D

      Delete
  5. Senasib la kita kak biar bdn keci nak mencari baju yg readymade ya ampun susah yg amat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa tau takpe Asha, orang kurus macam kita ni pun sukar nak cari pakaian yang sesuai kan hehe :D

      Delete
  6. setakat ni aida memang anta tempah baju kurung aida dan anak-anak dara berdua tu. pernah 1 tahun tu beli kan anak-anak dara baju kurung readymadeRM90 sepasang. hancus!!! petang raya pertama tu baju nyer menetas!!! rabak kat bahagian peha diorang... taubat x kan beli readymade lagi :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la kak...takut gak kalau beli dah siap ni pun. Masalah yg sama berulang kali, jahitan tak kuat dan sbgnya. Sebab tu kalau anim beli mesti tengok kawasan penjahit dulu.

      Delete
  7. saya suka beli yg dah siap..jimat sikit :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good choice dear, jimat duit dan masa hehe :D

      Delete
  8. Akak beli yang siap dh...pas tu pakai je baju tahun lepas...ada byk yg lom pakai lg...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh! tak pening2 dah la kak hehe. Banyak pilihan tu, boleh jimat byk dah tu :D

      Delete
  9. Erm.... Doakan la ada masyuk.. so minggu nie boleh g shopping baju raya.. Kalau idak, pakai je baju raya 2-3 tahun lepas punya..

    Tapi sure dah x muat.. terutama tang perut...

    www.broframestone.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, moga rezeki bro dan wife dapat minggu ni jugak hehe.

      Hahahaha aikk?? puasa ke dak ni? hahaha :P

      Delete
  10. Assalamualaikum kenit.. hee sheila beli ready made je kot. hahahha taktahu la sempat beli ke idok.. busy bebenor skrg ni ~~~

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam sheila, sama la kita kot...tapi satu kedai pun tak jejak lagi hehe. Ntah bilala nak gi membelinya :D

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM