Iftar Di Bangi Golf Resort

Wednesday, July 23, 2014


Assalamualaikum!

Sebelum ni kalau aku tak masak, kami akan berbuka puasa dengan makanan dari bazar ramadhan. Tapi, tahun ni alhamdulillah kami sekeluarga dapat merasa berbuka di restoran. Bukan jakun sangat pun, tapi happy la sebab dapat tunaikan hajat anak-anak yang teringin nak makan sedap-sedap sikit.



Orang kata rezeki yang halal jangan ditolak! Dah la halal free pulak tu kan hehehe. Ingat lagi tak masa aku gi buat food review kat BGR? Haaaa pihak BGR telah bermurah hati memberikan kami 3 voucher buffet ramadhan, so rugi la kalau tak manfaatkan apa yang orang beri pada kita ye dop?

Walaupun BGR jauh sikit dari KL, tapi apa ada hal? Hiway kan ada! Kami kuar umah kul 6.15pm sampai sana kul 6.45pm je, alhamdulillah perjalanan kami dipermudahkanNya.




Motif gambar di atas?? Barangkali kakak nak 'cermin' hidung dia ada taik idung ke tak wahahahaha :p. Kalau duk dalam kete, memang dia la yang rajin picit-picit henpon aku.




Kami sampai awal hari tu, parking pun sonang! Memula aku call untuk booking hari Sabtu, tapi full house! Since kat voucher pun dah tulis last date 6hb, maka kami pi la hari ahad.









Banyak gambar aku kat seksyen kuih muih dan manisan je, sebab time ni orang tak ramai serbu lagi. Tempat lain dah berderet orang beratur panjang! hehe.



Makanan wajib kami hari tu....




Masa food review hari tu, aku tak sempat nak merasa spaghetti ni kan so hari tu memang aku cakap kat Pak Jelan apa pun yang terjadi, aku mesti mau amik ini spaghetti hahaha :D.




Amik yang ni jugak, apa namanya aku dah lupa la huhu 






Antara dish yg mendapat perhatian menakjubkan hari tu! Beratuq orang nak makan telur espuma ni hehehe. Aku tak larat la nak menunggu, tapi akhirnya dapat gak makan. Aku pergi time orang dah tak ramai.



Pizza tapi time ni pizza dah sejuk, so liat sikit rotinya.




Hoi! wajib ni... mana leh tolak hehe. Aku kan hantu kuey tiow :p




Budak-budak ni makannya tak banyak, kakak tahan la jugak makan spaghetti, nugget ngan kambing panggang. Adik minum air dan makan nugget je. 

Diaorg ada eksrem pun dah boleh hidup dah :p


ceria laki bini hehe :D



Macam mana teringin pun ko nak makan semua yang ada kat buffet tu, mesti ada yang ko termiss! Aku tak tau pulak ada udang panggang ni. Pak Jelan cakap dia kat belakang kambing panggang nu. Aku tengok orang beratuq panjang, malas aku nak pi.

Nak balik baru tangkap gambar buat kenangan hahaha :D



Kesian kambing, tinggal tulang je!

Walaupun bulan ni kami tak banyak berbuka puasa di luar, tapi aku happy dapat bawa anak-anak dan suami makan kat sini. Cuma aku ngan Pak Jelan 'lemas' tengok orang ramai sangat tapi bukan selalu pun dapat makan begini kan hehe.

Sekian.

You Might Also Like

15 pengomen comel

  1. memang seronok dapat bawak anak makan tempat macam ni..bukan selalu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok bila tengok diaorg happy kak :)

      Delete
  2. awak banyak nya makanan, bape rm sowang ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni baru suku bahagian ni sis hehe. Dewasa rm55 kanak2 rm25.

      Delete
  3. Tudiaaaa tinggal tulang ja kambing.. hehehe.. makanan semua nampak menarik la anim.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha ramai yg gila makan kambing kat sini :D

      Delete
  4. Mmg sedap bangat yea makanan kat situ yea

    ReplyDelete
  5. alahai...suka tengok makanan2 tu...selera ek..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang berselera tapi yg boleh masuk sikit je pasal dah kenyang hehe :D

      Delete
  6. bestnya..tp memanjang penuh kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. hoooo memang penuh orang tambah hari2 minggu :)

      Delete
  7. paling teruja tengok udang bakar tu..sedapnye!

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM