Jom Beramal Bersama Planta.

Monday, July 14, 2014


Assalamualaikum!


Alhamdulillah, kita dah pun masuk minggu kedua bulan Ramadhan, dan Anim yakin pasti ramai yang dah mula menggentel kuih-muih dan biskut raya beraneka jenis dan rasa time ni kan hehehe. 

Dan, dalam dua fasa pertama ini juga tentunya kita banyak belajar tentang erti berkongsi kasih sayang dan disebabkan itu, Planta ingin mengajak anda semua di luar sana untuk sama-sama berkongsi keceriaan menyambut Syawal dengan golongan yang kurang bernasib baik. 




Seperti yang anda maklum, pada awal bulan Jun yang lepas Anim ada mengikuti kempen Seceria Air Tangan Bersama Planta. Dan kini, kempen Beramal Bersama Planta telah pun memasuki Fasa Kedua.

Dalam Fasa Kedua ini, Planta ingin menyeru dan mengajak anda especially yang pandai membuat kuih-muih dan biskut raya untuk sama-sama menyumbangkan hasil biskut raya buatan anda sendiri untuk diberikan kepada anak-anak yatim sempena menyambut Syawal.


video


Caranya mudah saja :

  • Hasilkan biskut raya anda dengan air tangan sendiri
  • Kunjungi Pasaraya MYDIN & GIANT terpilih untuk salurkan biskut raya anda. Atau anda boleh mengunjungi mana-mana Roadshow "Beramal Bersama Planta"
  • Seterusnya, biskut raya anda akan disumbangkan kepada anak-anak yatim Malaysia.

Mudah bukan? (^_^)

Di samping anda membuat kuih-muih dan biskut raya untuk keluarga dan tetamu, anda juga boleh berniat untuk beramal dengan mendermakannya kepada anak-anak yatim melalui Planta.

Apa jua jenis biskut raya boleh disumbangkan. Yang penting usaha kita untuk sama-sama menceriakan anak-anak yatim di pagi Syawal nanti.

Kempen Beramal Bersama Planta ini akan bermula :

16hb Julai - 20hb Julai 2014

InsyaAllah sumbangan anda ini dapat sedikit sebanyak menceriakan mereka yang pastinya merindukan masakan dari air tangan seorang ibu. 

Jadi, apa tunggu lagi! Sambil-sambil buat biskut raya tu kita boleh juga menambah pahala berlipat kali ganda di bulan Ramadhan yang mulia ini. Sumbangan anda amatlah dihargai. Moga mendapat ganjaran yang tinggi dari Ilahi.

Selamat beramal! 
(^_^)



You Might Also Like

16 pengomen comel

  1. malangnya tak buat biskut raya tahun nie..tapi kalau kita beli dan salurkan ke rumah anak-anak yatim boleh kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. objektif utama projek ini adalah untuk mengumpulkan lebih 50000 biskut raya untuk diagihkan kepada anak-anak yatim. Sebolehnya, kita sumbangkan biskut raya yang dibuat dengan tangan sendiri.

      Tapi, kalau niat kak ida nak membantu maka boleh juga. Yang penting biskut raya tu mestilah disalurkan dahulu ke pasaraya Mydin & Giant :)

      Delete
  2. Replies
    1. Moga mendapat sambutan :). Sumbang kuih raya kat anak-anak yatim pun dah dapat pahala berganda ni :)

      Delete
  3. InsyaAllah, kalau tak ada aral melintang, ena join.. memandangkan rumah ena ni memang suka makan nasi planta.. hikhikhik... sedapppp

    ReplyDelete
    Replies
    1. thank you dear. Semoga sumbangan ena mendapat ganjaran yang tinggi di sisi Allah :))

      Delete
  4. Bagusnya kempen sebegini anim..semoga mendapat sambutan yg menggalakkan nanti...=D

    ReplyDelete
  5. raya ni tak buat kuih raya..:) hihi

    ReplyDelete
  6. Satu perkara yang baik, dapat membantu anak yatim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap sumbangan kecil ini dapat menceriakan Syawal mereka :))

      Delete
  7. wah. pandai jugak dia anyam ketupat ye! hehe!
    salam kenal. jemput lah singgah ye.
    www.kaio.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. ketupat?? sapa yang anyam ketupat? hehe :D

      Salam perkenalan kaio :))

      Delete
  8. Kak tunjuk2 n jual je biskut raya Hanim.... tak de ms nk buat... huhu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe kak, but i hope you can spread the words to others, boleh? :))

      Delete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM