Wednesday, July 16, 2014

# Story Kenit

Kalau Tak Kerana Suami ....


Assalamualaikum!

La ni dah kecoh satu Malaya perihal video amukan seorang wanita yang keretanya tergesel oleh kereta milik seorang uncle di Kuantan kalau tak silap aku. Tapi, aku bukan nak citer atau viralkan lagi video provokasi tu. Cuma aku nak kongsikan di sini satu pengalaman yang lebih kurang sama macam apa yang dihadapi oleh wanita dan uncle ni.

Alkisah berlaku pada awal Ramadhan hehe.

Petang tu macam biasa la, Federal jem sampai ke Midvalley. Pak Jelan drive macam biasa mengharung jalan penuh sesak dengan kereta dan lori yang berhimpit-himpit tak ikut lorong.

Ada yang ikut lorong kecemasan, ada yang buat bodo tak bagi signal nak tukar lane, ada yang pegang henset sambil memandu. 

So, jalan memang jem dari TUDM Sg. Besi ke Loke Yew. Kereta pun gerak semput-semput je sebab banyak kereta nak masuk Jalan Pudu. Ada jugak yang kuangajo pintas dari kanan terus masuk lane kiri ke susur keluar Jalan Pudu ... haihhh sabo je la.

Kami yang tersekat bawah roundabout Loke Yew hanya mampu gerak sikit-sikit sementara nak naik ke Jalan Tun Razak.

Sekali .....


Punggggg!





Kereta kebal aku disondol! huhu. 

Mungkin kereta kebal aku tak semahal dan secantik kereta Peugeot 208 tapi masa tu aku memang akui agak menggelegak jugaklah darah ni kan. Macam air terjun yang turun mencurah-curah only this time korang bayangkan air tu terjun dari bawah ke atas! hehehe.




"Takpala bang ..kita setel tepi bang. Sini nanti orang marah", kata bro tu kat Pak Jelan.

Berenti tepi sekolah...

"Sorry la bang saya tak perasan tadi ... tertekan minyak"

Aku yang dok dalam kete pun turut sama keluar nak join Pak Jelan bertukar jadi Hulk.

"Amacam ni bos, saya takut nanti saya buka tutup bonet ini bumper jatuh maa...", jawab Pak Jelan. Tapi tengok gayanya tu, macam dah tak jadi nak bertukarrrrr je! Aku je yang masih panas hati ni! 




Kalau ikutkan hati memang aku nak 'sembur' je bro tu kaw-kaw. Hati dah panas, tapi tak terfikir plak nak hempuk kereta bro tu ngan steering lock ke ape hehe. Aku tau nak 'sembur' je hehe.

But, I have to say this. Pak Jelan telah berjaya menenangkan hati aku masa tu. Pandai juga dia berdiplomasi ngan bro tu huhu. Aku yang tengah meluap-luap hanya mampu menahan amarah. Kerana tidak mahu memalukan suami dan diri sendiri mengamuk tak tentu pasal depan orang ramai, aku diam dan terus masuk ke dalam kereta semula.




Kereta bro tu pun calar balar gak huhu. Siap ada lekuk sikit, kuat jugak kereta kebal aku ni hehehe.

Dipendekkan citer, kami setel kat situ je tanpa sebarang bayaran. Pak Jelan ni hati lembut sikit berbanding ngan aku. Bro tu cakap, kalau bumper tu jatuh, call sama dia, dia tanggung kos. 

Tapi, bumper aku ok je..cuma calor sikit la hehe.




Bila aku tanya Pak Jelan, apasal lembut hati sangat ngan orang? Dia cakap ....

"Bila orang mengaku salah dan minta maaf ngan kita, itu tandanya dia benar-benar ikhlas dan bukan nak mempertahankan diri atas kesalahan yang dia buat. Lagipun calar sikit je kereta kita, kereta dia tu lagi calarnya. Takkan kita nak mengamuk depan orang ramai disebabkan kereta kita yang calar sikit ni. Abg taknak malukan dia dan taknak malukan kita juga. Bila dia dah minta maaf itu dah ok pada abg. Sabar la..... ye."

Hurmm ok aku mengaku kalah. Unlike Pak Jelan, aku memang jenis hot-tempered sikit, tapi mulut je la. Kalau difikir-fikirkan balik, betul cakap Pak Jelan tu. Time marah memang rasa nak marah, tak boleh nak fikir kesan selepas tu. Kesan terhadap diri aku dan suami, kesan terhadap status aku sebagai seorang muslim yang sedang berpuasa, kesan terhadap umat Islam yang lain yang mungkin akan dipandang serong oleh non-muslim dek gara-gara amukan aku terhadap bro tu.

Salah memang salah, tapi kami selamat dan kereta tak calar teruk mana pun and some more dia minta maaf...so we just let it go la. 

Mungkin ada benarnya pernyataan ini??

Wanita mempunyai 9 nafsu 1 akal, 
sementara lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu


So moral of the story ....

Sila bawa suami korang bersama walau ke mana jua korang pergi. Tapi, pastikan suami korang bukan jenis yang hot-tempered macam korang la. Kang dua2 mengamuk tengah jalan, lagi haru! hehehe.



14 comments:

  1. hehehe... betul tue anim. farah pn cepat jugak melenting..tapi kalau btl la jadi situasi macam tue tak mungkin akan sampai tahap yang perempuan tue buat kot.. itu terlalu ikutkan sangat amarahnya.. semoga dia cepat2 insaf la.. =D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga farah, tapi itu pun belum dapat menjamin yang kita takkan mengamuk macam dia kan. Apapun, anim bersyukur sangat masa tu suami ada untuk menenangkan keadaan.

      Delete
  2. Sib baik la akak dpt suami yg penyabar ekk

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea...baru ingat nak join dia tukar jadi Incredible Hulk ekekeke :D

      Delete
  3. betul tu,kalau bab2 nie memang perempuan takkan berfikir panjang kan...hehe..nasib baik pak jelan ada,kalau tak habislah bro tu kena semburan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga pernyataan tu kan kak. Mujur la dia ada, kalau tak anim yang jadi viral skrg ni hahaha :D

      Delete
  4. Assalammualaikum... cinonet,

    Lelaki ada yang sabar .. susah nak cari. Jika suami sabar bagus kan.. sebab bukan semua penyelesaian perlu diselesaikan dengan kekerasan... yang penting semua selamat..

    mselim3

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam mselim,

      Betul tu, setiap masalah ada penyelesaian. Tapi, kadang2 kita ikutkan sgt amarah kita sehingga kita tak sedar kita berada di mana, berhadapan dengan siapa. Mujurlah suami ada tika tu :D

      Delete
  5. Salam Perkenalan dan Salam Ramadhan..
    Jom imarahkan Ramadhan dan jemput join GA saya ye...
    http://www.ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam perkenalan dan selamat berpuasa hafizah :))

      Delete
  6. Dugaan bulan ramadhann tu.. :) SM singgah sini kak ;)

    http://santanmanis.blogspot.com/2014/07/boleh-gelak-sampai-tertonggek-kalau.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yea SM, memang menduga betul masa tu. Tapi, alhamdulillah skrg dah redha :))

      Delete
  7. Betullah tindakkan Pak Jelan tu... syabas!!.. :)

    ReplyDelete

Apa kata korang?