[Kelas Menjahit] Semangat Membaraaaaaa!

Wednesday, July 09, 2014


Assalamualaikum!

Dulu masa zaman anak dara tak heran pun pasal jahit menjahit ni. Dapat kain pasang, bagi je kat mak suruh orang jahitkan hehe. Tapi, sekarang bila anak semakin meningkat dewasa, aku mula insaf dan sedar yang menjahit ni satu kemahiran yang perlu ada pada seorang ibu!

Kadang-kadang aku jeles gak kat mak-mak yang boleh jahitkan baju sekolah, baju kurung tuk anak-anak diaorg. Aku pun teringin jugak nak pegang jarum dan kain dan jahit baju untuk anak-anak aku sendiri. At least, diaorg dapat gak merasa 'air tangan' ibu diaorg ni kan huhu.

Bukan taknak pergi kelas menjahit kat luar sana tu. Memang ada dan Pak Jelan pun encourage aku pergi belajar sejak dulu lagi. Tapi, masa tu hati tak terbuka lagi hehe. Now, hati dah terbuka mata dah celik dan tangan dah ligat nak belajar. Tambah pulak yuran kelas kali ni terrrrrrrrsangatla berbaloi dan murah!!! Wow!

Kebetulan sangat, puspanita di jabatan aku ada buat kelas menjahit untuk ahli-ahlinya. Yuran hanya bayar sekali iaitu RM100, murah giler kan! Dah tu, segala peralatan menjahit dari jarum sehingga kain dibekalkan oleh cikgu kelas. Kami bawak badan je hehehe. Giler ko taknak join?? Dah la murah, pastu dia akan ajar kita dari kain pasang jadi baju kurung yang sempurna dijahit! Wow!


Peralatan menjahit diagih-agihkan untuk setiap seorang

Kelas menjahit kitaorg start minggu terakhir sebelum puasa hari tu, setiap hari Jumaat time rehat. Okla tu, dalam 2 jam lebih tu macam-macam boleh belajar. Takla terbuang je masa tu kan hehe. Cikgu yang nak mengajar kami menjahit ni pun bukan orang lain, opismate kami jugak. Tuuuu! yang tudung pink polka dot tu ....kami panggil Kak Gee :)




Masa part agih-agih barang ni pun dah terserlah keterujaan di wajah masing-masing. Macam aku ni yang dah laaaaaaaama tak tengok talitep (tali ukur lilit) dan pembaris yang macam-macam saiz tu hahaha. Lengkap semua peralatan Kak Gee bagi kat kami. Seorang dapat satu! Macam tak caya je bajet RM100 boleh dapat ni sumer hehe. 

Sapa nak tempah baju kurung, pasni boleh cari kami! ^^

Sebelum kelas bermula, haruslah ada gambar ramai-ramai kan hehehe. Boleh tengok sumer senyum riang ria je masing-masing hehe. 

Time ni takut ada, nervous ada, teruja ada, semangat membara, gediks takda .... muahaha!


Amboiiii! overdose sungguh mereka ini mengalahkan tuan blog pulak! muehehe. 



Haaa inilah peralatan yang aku cakapkan tu. Semua yang diperlukan, Kak Gee dah sediakan! Siap ader paperbag uolss!!! hehe.

Pose sebelum kelas bermula.
Amik fefeeling dulu boleh! muehehehe :D

Perghh! eksited kemain mak budak sorang ni muahahaha. Entah boleh ke tidak aku nak menjahit ni ye hehehe. Takut gak ni, maklumla jahit sembat pun aku dah berkurun tak buat hehehe.


Kak Gee ajar cara nak amik ukuran badan dgn betul.

Disebabkan tak ramai yang ada basic menjahit ni, maka Kak Gee ajar kami bab tu dulu. Minggu pertama hari tu, kitaorg belajar ambil ukuran badan. Pegang talitep dah lulus dah, tinggal nak tahu cara-cara mengambil ukuran kat badan je hehe.





Nampak cam senang, tapi bagi aku yang tak pernah tahu macam mana nak ukur dengan talitep tu,nak pegang pun rasa tangan ni berpeluh-peluh hehe. tapi, demi nak belajar ku gigihkan jugak amik ukuran di badan kengkawan. 





Setiap ukuran dicatatkan atas kertas dan disimpan. Pastu, kitaorg practice plak amik ukuran badan kengkawan yang lain. Kira macam practice makes perfect gitu hehehe. Agak-agak dah pro, Kak Gee ajar kami tulis ukuran atas kertas minyak ni pulak.

Pastu, minggu seterusnya nanti baru kami ukur kat kain dan gunting! Wowweeeeee!




First week belajar pun dah seronok! ini baru bab amik ukuran kat badan hehe. Tak sabar nak gunting kain dan jahit tangan. 

Terima kasih Kak Gee buka kelas menjahit tuk kami. Boleh la nanti kami jahit baju tuk anak-anak kami pulak. Mana la tau, nanti ada antara kami yang dah boring keje ngadap pc, boleh pencen awal amik upah menjahit pulak kan. 

Masyukkkkk!


You Might Also Like

12 pengomen comel

  1. akak pun baru sedar kepentingan skill menjahit nie..teringin jugak nak pi kelas menjahit..tapi masa tak mengizinkan..dapat jahit baju untuk anak-anak dan baju sendiri pun dah kira ok

    ReplyDelete
  2. amboi...tengok gambar pon dah tau bersemangat semuanya. lepas ni buat part-time jahit baju le.....

    ReplyDelete
  3. bleh la tempah baju raya noo

    ReplyDelete
  4. wah seronoknye..selamat belajar menjahit

    ReplyDelete
  5. Seronoknya murah tu..lya jahit biasa2 blh la sikit

    ReplyDelete
  6. seronok kan blajar mnjahit.. ika pun suka, tapi pandai buat baju yg senang-2 ja mcm jubah ja, hehe selamat belajar menjahit.:)

    ReplyDelete
  7. teringin nak belajar menjahit baju..takdelah susah2 nak tempah kat orang..tapi tangan nie takde keykinan nak pegang mechine tu..huhu

    ReplyDelete
  8. Tahun depan boleh mula ambil tempahan kan :)

    ReplyDelete
  9. Wahh seronok ni... All the best Anim. Slmt menjahit.. :)

    ReplyDelete
  10. Menjahit nie nie kena ada minat.. bagus anim..mana tahu lepas nie boleh ambik tempahan ke.. masyukk jugak tue..=D

    ReplyDelete
  11. Akak dulu blajar menjahit separuh jalan jer..huhu

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM