Sunday, August 31, 2014

# Cerita My Pearls # Parenting & Tips

Bila Si Kecil Mengkritik!


Assalamualaikum!




Amboii lantang sungguh anak dara ni! Tak padan yang kecil dah pandai nak mengkritik hasil kreativiti orang lain huhu. 

Alkisah pagi tadi, rancangan Safiyya di TV9 ada tunjukkan pakaian busana fesyen yang agak ..err ... menjolok mata! Aku tak cakap apa, cuma memerhatikan gelagat Mira yang dari tadi dok geleng kepala sambil memuncungkan mulut. 


Yessss! tetiba idea nak menyakat timbul. Aku pun tanya ...

"huishhh! cantiknyeeee baju dia!"

"macam ni cantik bu?? ketat sana ketat sini. Pastu pakai kain pun ketat! Nampak dada semua pun dia nak bagi nampak!"

"seksi sangat ke tu dik. Ibu tengok ok je"

"ok apenye buuu..tengok la tudung pun pendek nampak t*t*k dia. Ibu nak pakai camtu ke? Eeeeeee! kalau kita pakai ketat, darah tak jalan kan? bila darah tak jalan, kita cepat mati kan ...bu?"

"ye ke dik? boleh ke camtu?"

"ye laaaaa...tu la pakai ketat lagi, nanti darah tak jalan baru tau. Dah la ketat sana ketat sini, baju ape macam tu?"

Anak kecil tak pandai nak mengampu apatah lagi bodek nak kata pakaian tu lawa ke tidak. Apa yang dipandang kalau tak tak betul pada dia, memang dia akan 'hentam' kaw-kaw punya hahaha!

Pada pereka fesyen di luar sana, jangan hanya mengejar trend tapi yang wajib korang tak pandang langsung, tak cakna langsung! Lepas tu kata baju tu sesuai untuk muslimah...apekehei???


*terkenang bila anak marah aku masuk tandas tak tutup kepala ... makan dalam ko!


4 comments:

  1. Itulah.. belum merdeka sepenuhnya lagi dari segi pemikiran . Cuma nampak kpd keseronokan je lebih.

    ReplyDelete
  2. fuyyoooo ada pengkritik ni hahha...

    ReplyDelete
  3. Bila anak2 dh besar kan....mmg sentap menusuk jiwa

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah... Dia pndai menilai..

    ReplyDelete

Apa kata korang?