Block Youtube

Monday, August 11, 2014


Assalamualaikum!


Hebatnya budak-budak sekarang ni, kalau kita bagi seketul henpon kat diaorg pasti diaorg tahu macam mana nak guna dari A-Z tanpa refer mana-mana buku, betoi dak! 

Tapi, aku tak nafikan kadang-kadang aku risau kalau-kalau diaorg tersalah godek apa yang ada dalam henpon tu. 




Tadi ada sorang sahabat tanya bagaimana kita nak block youtube dekat henpon. Aku ni dah la tak berapa nak pro sangat bab-bab software ni, tambah bab-bab nak block website. Aku try ubah setting kat youtube itu sendiri, tapi tetap boleh access video-video blue gitu! 

Godek punya godek, aku terjumpa INI!




1. First, aku gi kat Play Store dan taip 'applock'. Ada banyak jenis aplikasi block kat sini yang kita boleh pilih, dan aku pilih AppLock by DoMobileLab seperti yang disyorkan. 




2. Bila dah jumpa, aku klik 'Install'. Kecik je filenya cuma 2.98MB. Jenis applock ni menggunakan pin number yang kita sorang je boleh tau. So, let say kalau orang nak tengok benda tak senonoh kat henpon kita, kita boleh sekat access di situ menggunakan secret password.




3. Selesai install, klik 'Open'




4. Dia akan kuar paparan camni. Aku create password sendiri kat sini. Kemudian re-enter password tadi.




5. Kemudian, aku letakkan address email




6. Applock tadi dah boleh diguna terus! Aku klik OK untuk langkah seterusnya.




7. Kat sini, kita boleh pilih aplikasi apa kita nak pilih untuk aktifkan password 'applock' tadi.  Macam sahabat aku, dia pilih Youtube pasal anak dia rajin godek-godek video kat Youtube tanpa pengawasan sahabat aku. 




8. Once dah pilih aplikasi apa kita nak lock, tekan aje icon kunci kat belah kanan tu macam kat atas ni. Pastu 'Exit'




9.  Pastu, pergi semula kat Desktop dan klik Youtube




10. Bila klik nak masuk Youtube, dia akan kuar paparan seperti di atas ni minta password, kalau betul password baru boleh access.

Mungkin korang ada cara lain, tapi inilah cara yang aku ajarkan pada sahabat aku tadi. Kadang-kadang budak-budak ni cerdik tau, kalau dia tak boleh access direct ke Youtube, dia boleh access melalui Chrome atau Google. So, kita juga boleh setkan password AppLock ni untuk kedua-dua website tadi.

Sebagai ibu, aku faham perasaan sahabat tadi. Bila anak-anak semakin meningkat remaja, perasaan ingin tahu tu pasti membuak-buak. Bila kita check history kat henpon, baru dapat tau dia tengok video apa dalam tu! Nauzubillah!

Jadi, sentiasa pantau apa yang anak kita buat atau tengok kat henpon kita. Mencegah itu lebih baik dari mengubati .....


Nota : Sebagaimana teknologi itu mampu memudahkan hidup kita, semudah itulah ia mampu memusnahkan diri kita. Renung-renungkan dan selamat beramal. 


You Might Also Like

10 pengomen comel

  1. bagus jugak nie anim...anak saudara akak pun rajin jugak bukak youtube nie kalau diorang datang rumah...boleh la gunakan..thanks sharing hanim...

    ReplyDelete
  2. adehh anak2 sekarang advance sekali ajaq jer..diorang dulu yg explore..

    ReplyDelete
  3. ooo ada gak app block youtube. baru tahu. nice sharing kak. yumida jarang buka youtube pakai phone. coz byk mkn data

    ReplyDelete
  4. memang nak kena berhati2 sekarang...budak2 cepat belajar dengan apa yang dorang tengok...kadang tanpa sedar, kita buat depan dorang...tu yang tau jer dorang...^_^

    ReplyDelete
  5. Good sharing... Tapi sy mmg dr awal tak dedahknnya... Lagipun jrg tgk youtube..

    ReplyDelete
  6. Bagus jugak yer ada application mcmni.. thanks 4 sharing dear.. =D

    ReplyDelete
  7. Mudah kalau ada applock ni. hehe. saya pun guna juga tapi app lock yang lain.

    ReplyDelete
  8. bgus gak tu block...kang takut diorang tertekan benda2 yg tak elok pulak nnt..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM