Monday, August 04, 2014

# Bila Balik Kampung # Cerita My Pearls

Bola Hanya Untuk Budak Lelaki?


Assalamualaikum!

Start kakak & adik boleh berjalan di umur seawal 10 bulan lagi, aku dah belikan diaorg bola mainan yang corak-corak kartun tu untuk ditendang. Bola tu la yang dilambungnya, ditendangnya, dipeluknya dan dibawa lari ke hulu hilir keliling kuarters di Kuantan.

Tapi, bila masing-masing dah besar sikit kalau diaorg tunjuk nak bola kat toy store tu kitaorg cakap, "hish! bola tak mo la. Tu untuk budak lelaki". Cliche la sangat kan!




Malam tu kami bawa diaorg gi Family Store kat Duyong. Naik tingkat atas, berlari masuk bahagian mainan dan disitu jari masing-masing tunjuk ke arah bola-bola plastik bercorak cantik dan berwarna-warni. Barang mainan lain tak berapa berahi, mungkin sebab diaorg dah banyak kali dapat mainan masak-masak hehehe. 





Pagi kelmarin, diajaknya aku main sekali. Okla tu, pagi-pagi tengah orang tak berapa nak ramai lagi depan umah boleh gak layan bola sekali sekala kan. Memula men tendang-tendang, asyik aku je gol dekat 20 kali plak tu! hahaha.




Mujur 'pagar' wan tinggi nak oii! kalau terlepas bola tu ke luar pagar, den tak koso nak amik do!





Datang plak adik bawa bola dia suruh main ngan aku. Jom kita main bola baling plak ye dik. Bola bukan takat boleh ditendang-tendang je, tapi boleh dilambung-lambung gitu hehehe.

Skill tangkapan yang baik amat perlu untuk memastikan bola yang ditangkap tidak jatuh ye adik. Tergelak-gelak dia bila bola yang disambut jatuh ke tanah. Aku plak yang tensen sebab asyik kena kutip bola ekekekeke :p




Gamaknya lama tak pegang bola, adik jadi macam eksited bebenor bila main begitu hehehe. Time ni la kita nak asah kemahiran motor anak-anak kita. Haishh! bukan nek motor macam rempit tuuuuu! 

Kemahiran membaling, menangkap dan memegang bola dengan betul. Boleh juga pupuk sifat keberanian dalam diri mereka. Adik mula-mula cam takut je bila aku baling bola kat dia, tapi lama-lama tu dia mula berani dan makin seronok plak. 




Pastu adik nangis kes gaduh ngan kakak plak haha. Masuk dalam terus tak main bola dah. Aku ajak plak kakak main bola. Main tangkap-tangkap bola, sapa tak dapat sambut atau bola jatuh ke tanah dia kena denda! wahaha cun tak? :D

Cam biasa la kakak je yang kena denda! haha. First, aku denda ketuk ketampi 5 kali. Boleh pulak tergelak-gelak tu! Nak sangat main ngan ibu, kita kasi main puas2 la hahaha. Lama tak buat begini, rasa seronok plak main ngan anak-anak hehehe :D




Pastu aku tukar denda ke pusing helikopter! wahaha. Terhuyung hayang anak dara aku berpusing walhal 5 kali je pun hehe :D






See, baru aku tau naper anak-anak aku seronok nak bola tiap kali gi kedai. Ngan bola ni macam-macam game kita boleh main. Seronok gak layan anak-anak macam ni hehe.


Dan, di saat aku menaip entri ni bola kakak yang kaler pink tu telah bocor terkena duri pokok kaktus wan ekekeke :p. Tu la den dah koba an, tunggu potang baru maen ngan den, ekau nak jugak main totongahari buto ni! kan dah buco!

Ekau melangut la songsorang tengok adik maen yo!



12 comments:

  1. Replies
    1. mau tak best hehe. Macam2 hado kek kampung tu ;)

      Delete
  2. Ganaih kakak main bola sepak tu.. uncle pun kecik-kecik dulu main lompat getah je kakak oi.. kakaka

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak benor le kelentong uncle tu kan haha :p

      Delete
  3. seronok layan anak2 main hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok Asha, boleh jadi pen-release tension kita gak sebenarnya hehe :D

      Delete
  4. Hahaha. Lawak pulak part penghabisan entri ni. Boleh pulak bocor bola tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nyompek-nyompek nak main tu la jadiknya hehe :D

      Delete
  5. hihihi~ bole pulak bucus bola nyer. entri yg best dibaca ni..

    ReplyDelete
  6. Rindu main ngan budak-budak kat kampung.

    ReplyDelete
  7. Moment indah di kg mmg susah nak lupa . Huwaaaaa rindu kg....

    ReplyDelete
  8. ala kena beli bola baru la utk kakak..=D

    ReplyDelete

Apa kata korang?