Monday, August 11, 2014

# Cerita My Pearls # Jom Tambah Ilmu

Buku Wang Saku


Assalamualaikum!




Berbulan lepas cikgu dia bagi buku ni pada semua murid di sekolah. Aku ingatkan dia gi beli kat bookshop sekolah. Aku rasa dah banyak duit pusaka yang dia bagi kat nyonya bookshop tu sejak awal tahun ni hehehe.



Katanya cikgu suruh buat catitan perbelanjaan dan simpanan dalam buku ni. Biasa, dia masuk terus duit baki dalam tabung tapi kali ni kita kasi 'upgrade' dengan mencatit segala perbelanjaan dan simpanan dalam buku log ni. 




Meh ibu ajar cara nak tulis.

Begini caranya ....




Start bulan berapa ntah, aku dah up sikit duit belanja kakak jadi RM3 untuk sekolah rendah dan RM3 untuk sekolah agama. Tak dinafikan budak2 sekarang kuat makan cepat lapar petangnya. 

Pesan kat kakak belilah apa yang kakak suka makan, asalkan mesti ada bawak balik bakinya. Setiap yang kami beri, setiap yang dia beli dan setiap baki yang tinggal aku catitkan dalam buku log simpanan ni.




Setakat ni kakak lebih obses kepada kehendak instead of keperluan hehehe. Aku membebel panjang pun bukan dia faham, nanti dia beli lagi benda tu. Asalkan ada bawak balik baki dah la.

Kalau teruk sangat belanjanya, aku marahkan juga. Kena start menyimpan dari sekarang kakak weh. Nak tabung ibu dah belikan, nak buku bank ibu dah buatkan jadi gunakan ia sebaik yang mungkin untuk kumpul duit sendiri dari sekarang.

Aku stop takat bulan 7 je, bulan 8 sibuk beraya tak sempat nak update lagi hehe. 


7 comments:

  1. bagus kalau kita latih mereka dari kecil kan anim..belajar agar lebih menghargai wang untuk simpanan..

    ReplyDelete
  2. belajar menabung nie kena ajar anak2 dari kecik kan.. sikit pun tak pe janji simpan.. =D

    ReplyDelete
  3. Ha..a... Mmg budak sekolah ada buku nih.. Tak tahu la diorgbuat ke tak..

    ReplyDelete
  4. Anak2 ni mmg bagus dibiasakan dgn perkara mcm ni.. terkehel sikit2 tu biasalah.. budak2kan.. kehendak mmg mcm2 hehee.. :D

    ReplyDelete
  5. Kecik2 dah belajar menabung bagus la .besar2 harap dapat senang kan orang tua

    ReplyDelete
  6. Betul Tu. Dah besar ni memang liat nak buat acounting untuk diri sendiri, nak track perbelanjaan dapur, padahal tahu benda tu semua penting. Tapi kalau dah biasa dari kecil pakai BUku Saku macam ni sure dan besar nanti pandai manage duit.

    ReplyDelete

Apa kata korang?