Kakak ....

Thursday, August 21, 2014


Assalamualaikum!


Petang semalam dia dah tunjuk dah tangan yang kena gigit ngan semut kecik tu. Mulanya memang takda apa-apa tanda bengkak atau gatal. Tapi ada kesan merah sikit kat situ. Bila aku picit, katanya sakit. 

"cam mane kakak boleh kena gigit semut ni?"

"masa tu kakak main panjat-panjat, pastu kawan tolak kakak, kakak tolak kawan balik pastu kawan lagi satu gi tolak kakak. Kakak jatuh atas pasir. Bila kakak tengok tangan kakak, ada satu semut kecik gigit"




Hurm...

Malam semalam aku cakap kakak takyah gi sekolah la pagi ni, kita gi klinik. Tapi, dia taknak. Nak jugak gi sekolah. Ok, kakak takyah gi sekolah agama la petangnya. Taknak juga! sebab ada peperiksaan kat sekolah agama.

So, pagi ni kakak ke sekolah. 

Hurm...

Tadi cikgu sekolah dia call bagitahu kakak masuk dalam bilik guru minta ubat untuk tangan dia. Tangan dah tak boleh genggam pegang pensel. Muka pun ada rupa nak nangis tapi ditahan jugak, pasal awal-awal lagi aku dah pesan jangan nangis. Pergi jumpa cikgu suruh cikgu call ibu atau ayah datang amik kakak. Nombor telefon pun ibu dah tinggalkan dalam pensel box kakak.

Hati tak senang..rasa nak gi je sekolah kakak sekarang. Tapi, kereta Pak Jelan yang pegang. So, dia kena patah balik ke PJ dan amik kakak gi klinik. 

Kakak .... be strong and hold on. Ayah is on the way.


You Might Also Like

7 pengomen comel

  1. kesiannya kakak,kena ceopat2 gi klinik..takut binatang lain pulak yang gigit...bisa gaknya tu kot anim...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak, memang bisa tu. Tu yang suruh ayah dia cepat gi sekolah amik dia ni. Risau ....

      Delete
  2. takut ad seliuh ke ape je...masa tolak2 tu.kebetulan je masa tu ad semut, so dia ingat semut gigit..hehe..comel je ckp semut kecil gigit.

    ReplyDelete
  3. kakak memang strong...dah sakit2 pon masih nak sekolah...semoga cepat sembuh yer...

    ReplyDelete
  4. Hrp2 tak ada apa2 erkk..bisa juga kna gigit semut kerangga tu

    ReplyDelete
  5. Bengkak truk jugak ye. Takut tebuan je.. Dulu saya pnah kna gigit ngan tebuan, habis bngkak kaki..last22 kna cucuk baru kebah sikit..

    ReplyDelete

Apa kata korang?

DISCLAIMER - Hanimhashim.com merupakan blog peribadi. Segala pendapat yang diluahkan disini adalah berdasarkan dari pengalaman penulis sendiri dan tidak mewakili mana-mana pihak kecuali jika penulis nyatakan namanya di sini. Sebarang perkongsian atau penyebaran apa-apa maklumat dari blog ini samada melalui PRINT SCREEN atau apa saja cara adalah dilarang sama sekali kecuali dengan keizinan tuan punya blog. Tindakan akan diambil sekiranya hak persendirian ini dicabuli. Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Terima kasih

Facebook - HanimHashimDotCom

Google+ Followers

COPYRIGHT @ 2016 HANIM HASHIM